Saturday, February 8, 2014

MPHONLINE MUDAH DAN JIMAT


Assalamualaikum.



Baru-baru ni wawa ada order buku When I Was A Kid dan When I Was A Kid 2 dengan MPHONLINE. Tak sangka ada rezeki nak baca buku ni. Dulu pergi kedai buku MPH tengok harga dia dalam RM30 lebih. Kalau nak beli dua buah buku, campur tolak darab bahagi jadi RM70. Mak aihh segan nak guna duit. Haha. Lepas tu try usha-usha dekat MPHONLINE, ada diskaun 25%. Yang RM30 lebih tu jadi RM20 lebih. Bila campur dua-dua, semua jadi RM54.10. FREE POSTAGE okay! MPHONLINE cakap, segala pembelian buku melebihi RM50 dikira free postage. Heheh. Layanan dia pun baik gila. Wawa puas hati dengan perkhidmatan yang diberi oleh MPHONLINE. 
Lepas ni wawa memang akan cari MPHONLINE. Dapat diskaun. Jimat. Mudah. Tak banyak buang masa. Lepas tu tak payah hadapi kesesakan lalu lintas macam BCWMH. Haha.
Tapi kena register dulu. Korang tak payah segan silu nak bagi alamat, email, no phone. Nanti kalau tak letak, susah diaorang nak contact kita. Lagipun, kalau nak dibandingkan kedai buku yang dijual online, kebanyakan diaorang jual mahal jugak. Lepastu kena campur postage lagi. Kalau beli 3 buah keatas baru dapat free postage. Muahaha. Jadilah pengguna bijak. JALAN MPHONLINE

1 comment:

  1. yupp. Free postage untuk RM50 keatas. Haha. Diskaun sempena CNY banyak juga baru ni. Saya dengan adik dengan order mphonline selalu. Youre welcome :)

    ReplyDelete