Assalamualaikum.
Sejak 30 Januari lepas, susah sangat wawa nak update blog. Masa terbatas. Semalam wawa dapat tempahan rainbow cookies dan blueberry cheese tart dari jiran. Katanya, anak dia nak balik pagi esok (harini). Wawa punyalah gaduh buat kerja sampai lewat pagi takut tak sempat. Alhamdulillah siap juga akhirnya.
Dan tadi pula wawa buat lagi untuk mak saudara wawa bawak balik KL esok. Dan esok pula wawa buat lagi dan lagi kerana masih ada 3 lagi tempahan yang wawa tak siapkan lagi.
Nak kata baik sangat, tak baik juga. Tapi sifat simpati wawa ni tak menentu orang. So, wawa jual RM10 ada 50 keping. Ala untuk jiran tetangga. Lagipun, wawa buat pun dalam loyang biasa, jadi size dia pun tak menentu dan besar sikit dari yang orang lain jual.
Gambar Hiasan
Ni bekas tudung merah yang wawa letak rainbow cookies buat sementara waktu sebab permintaan jiran wawa tu cepat sangat. Tak sempat nak beli. Dan wawa letak biskut tu dalam keadaan tidur biar lena sikit tidurnya tu. Hihi. Begitu juga dengan blueberry cheese tart. Wawa letak dalam bekas ni juga. Muat-muat 20 biji. Wawa buat tart pun sekadar nak melepaskan keinginan perut wawa. Tak rancang pun nak jual. Tapi tiba-tiba ada jiran rasa tart tu then cakap sedap terus tempah. Haha. Alhamdulillah rezeki.
nanti share gambar rainbow cookies tu wawa??? akak nak tengok... ke ada dalam entri2 sebelum ni?
ReplyDeletedulu pernah letak gambar rainbow cookies dalam entri 'biskut rainbow cookies berjaya' tapi yang tu buat saja-saja je. Nanti saya akan buat entri terbaru dan letak gambar rainbow cookies yang saya buat :)
Delete