SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DIRECT EMAIL : wawaabdhadi@gmail.com. Terima Kasih ^^

Sunday, August 10, 2014

MERAWAT KETUMBIT

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.



Asyik jadi silent reader je sampai keluar bibit-bibit malas nak update blog. Orang lain keluar bibit-bibit cinta tapi yang wawa kali ni keluar bibit-bibit malas. Malam ni baru nak update sikit. Tapi sebelum tu, wawa nak ucap 'Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin' kepada semua blogger. Tak lupa juga, kalau dalam entri sebelum ni wawa ada bagi segala resepi atau tips yang tak menjadi bila korang buat tapi menjadi bila wawa buat, mohon maaf bebanyak. Kosong kosong ye. Hee. 

Malam ni wawa nak cerita masalah ketumbit. Kalau korang kena ketumbit ni mesti rasa berat je mata korang nak celik kan? Wawa pun terkena dengan masalah ketumbit ni. Orang terengganu selalu panggil "timbir". Sesetengah orang dalam 3-7 hari akan hilang sendiri. Tapi ada juga yang mengalami masalah ini hampir berbulan-bulan lamanya dan berakhir dengan operate. 

Kalau korang nak tau ketumbit ni ada 2 jenis. Stye dan Chalazion. Nak tahu lebih lanjut pasal stye dan chalazion ni boleh rujuk sini -----> STYE & CHALAZION
Sorry den tak larat nak blebe panjang dekat entri ni sebab sibuk tengok running man. 

CARA MERAWAT : 

Wawa baca dekat blog lain banyak bagi petua nak merawat ketumbit ni. 
Tapi wawa ada try satu petua ni dimana dia suruh gosok air bawang putih (hiris) dekat tempat kita kena ketumbit tu. Wawa try dalam 2 malam jugak. Tapi tak dak nampak kesan dan rasa ketumbit kat mata ni macam kecik besar kecik besar je tak nak kecut. Malah kelopok mata pulak yang jadi pedih. 

Lepas tu wawa tukar ke petua lain. Yela, risau jugak ni ade ketumbit. Sebab tengok dekat image google ramai yang operate. Tapi petua kedua yang wawa guna ni, Alhamdulillah menjadi! 

1. Sediakan air dalam bekas kecil. Tak kira nak guna air paip/air masak/air suam. Tapi wawa guna air suam.
2. Mulakan dengan membaca selawat sebanyak 7kali, diikuti dengan surah Al-Fatihah 1kali dan doa di bawah ni : 

"Ya Allah yang mengecilkan segala yang besar dan membesarkan segala yang kecil. Kecilkanlah apa yang ada padaku."

3. Kemudian tiupkan pada air yang telah anda sediakan tadi. 
4. Sapukan pada kulit yang terkena ketumbit tadi sehingga pulih. Pastikan air tadi tidak masuk dalam mata. 

Alhamdulillah wawa guna cara ni, berkesan. Apa yang penting yakin dengan pertolongan Allah. 


P/S : Doa tadi boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat, bisul dan sebagainya. 
P/S : Jagalah mata korang dari sebarang kekotoran. Kalau boleh sentiasa basuh tangan dulu sebelum sentuh muka. (ni petua orang zaman dulu kalau taknak bagi jerawat tumbuh).

1 comment: