SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DIRECT EMAIL : wawaabdhadi@gmail.com. Terima Kasih ^^

Sunday, August 17, 2014

[MAAF] BUKAN DIPLOMA SENIBINA LANDSKAP LAGI

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.



Sejak dua tiga menjak ni ada la mata wawa terpandang keywords "cerita pelajar uitm jurusan landskap". Nak buat buat pejam rasa tak sedap jugak memandangkan wawa pernah mewujudkan entri "Tips temuduga senibina landskap di UITM" dekat blog ni. Hari itu, nak bagitahu rasa macam terlalu awal. 
Tapi nak tak nak terpaksa jugak wawa bagitahu. 

Alhamdulillah, waktu keputusan UPU keluar hari tu wawa dapat pergi ke Uitm Seri Iskandar dalam jurusan diploma senibina landskap ni. Tapi rezeki untuk pergi menimba ilmu di sana bukan kepunyaan wawa. So terpaksalah lupakan hasrat nak pergi tu atas sebab-sebab tertentu. Nak cerita lebih lanjut takut terkeluar pula masalah wawa ni kepada umum. Korang semua faham-faham je la ye. Manusia sekarang ni petah dalam menghukum hidup orang lain tanpa tengok diri sendiri. Hihik.

Tapi, apa yang wawa nak bagitahu, diploma senibina landskap ni best tau. Serius. Wawa buat kerja kursus dalam landskap ni pun rasa happy, tak ada nak stress-stress meraung macam jawab soalan addmath tu. Kebetulan ada sepupu wawa sedang belajar dekat sana dalam bidang interior designer (I.D), jadi banyak jugak la dia cerita suasana di sana. Alang-alang, wawa tanya jugak keadaan senibina landskap kat sana macam mana. Teringin jugak nak pergi ni.  T.T

Korang tak perlu la nak risau sangat pasal susah ke senang belajar ni. Peluang pekerjaan macam mana. Nak cari ilmu bukan mudah. Kalau kita usaha, insyaAllah, Allah akan bagi rezeki kepada kita. Yang penting sentiasa mintak kepada Allah S.W.T. Berdoa selalu. Jalankan perintahnya dan jauhi larangannya. 

Apa-apa pun all the best dan jangan lupa doakan wawa supaya lulus permohonan second intake dari UITM. Amin :)



4 comments:

  1. I.D...heee favourite tu..
    tapi apakan daya waktu akak dulu mana orang pandang I.D...atau senibina landskap..
    semua nak engineer..lawyer ...doctor...
    nanti pandai-pandai tukar kena ketuk kepala pula...

    Bahagianya kalau dapat buat apa yang kita suka... :) All the best Wawa...

    Sijil ijazah ke diploma ke is just a ticket...tak terhad pun bidang apa awak nak masuk nanti...I'd proved that already... eheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, semua nak engineer, doctor, lawyar. Katanya gaji lebih tinggi. Tapi semua tu rezeki dari Allah. Mana-mana yang kita amik, kalau dah kehedak rezeki kita dapat banyak, dapat jugak.
      Btw, terima kasih tau atas nasihat kak nadirah. Hihi. :D

      Delete