SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DIRECT EMAIL : wawaabdhadi@gmail.com. Terima Kasih ^^

Wednesday, October 1, 2014

BUAH CONGKAK GORENG

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


So, hai semua! Dah lama tak bersiaran mengenai resepi. Malam ni kekwa share resepi lain dari yang lain tau. Entah ni resepi ke tak tapi nak share juga cara nak makan buah congkak ni. 

Tempat lain tak tau la pulak orang panggil buah ni apa. Tapi kat Terengganu, kitaorang panggil buah congkak. Kalau makcik-makcik selalu panggil buah ninja. Buah ni dulu memang jadi faveret masa kecik. Tapi sekarang dah jarang sangat dapat makan buah ni. Alhamdulillah tahun ni berpeluang makan lagi. 


Memandangkan haritu pokok congkak ni tumbang time dia tengah berbuah lebat, jadi buah congkaknya ada yang masak dan yang tak masak semua. Masak ke tak masak ke dua dua boleh makan. Yang masak digoreng, yang tak masak boleh direbus. 

Jadi, apa yang korang perlukan untuk buat buah congkak goreng ni sangat lah mudah. Hanya 2 perkara je yang korang perlukan : 

- pasir garam/pasir kasar
-buah congkak. 



Kulit buah congkak ni  tebal jugak tau tapi tak ada la sampai 1cm. Hanya beberapa mm je. Lepas tu dalam dia tu ada kulit lagi. Kulit keras. Kalau kat rumah korang ada pokok ni, memang boleh makan sampai puas.


Ni rupanya selepas kesemua buah congkak dibuang kulitnya. (tengok gambar belah kanan). 
Dulu wawa ingat buah congkak ni rasa macam kacang tau. Sebab rupa dia warna coklat persis kacang. Dalam hati dah terbayang bila makan mesti rangup ngap ngap ngap...


Gambar di atas buah congkak digoreng bersama pasir. Wawa pakai pasir garam sebab kat rumah dah tak ada pasir kasar macam zaman dulu. Pasir ni korang jangan lupa BASUH sampai BERSIH macam korang nak nanak nasik tu. Bila air jernih, baru boleh sejat sekejap lepas tu letak dalam kuali. 
Masa ni korang kena kacau pasir tu sampai dia nak kering. Then, masukkan buah congkak ni. Goreng goreng goreng selalu sampai masak. 

Nak tau macam mana dia masak, korang akan nampak warna buah congkak tu gelap sikit, lepas tu korang akan dengar dia macan nak meletup. (sorry tak rekod la pulak sound dia meletup ni) Yang pasti bukan meletup macam bom la. Dia meletup macam popcorn je. Manja manja gituw. Hihi.



Tadaa. Yang ni buah congkak yang sudah masak dah sudah diketuk menggunakan alu lesung. Yang tak tau apa itu alu lesung, sila gunakan khidmat Google.com ye. 



Lastly, buah congkak yang sudah dibuang kulit kerasnya. Bagi mereka yang anggap buah ni rangup, sama sekali tak. Dia tak rangup macam kacang. Rasanya tak rangup dan baunya umph sedap. Hihi. 

P/S : Tapi buah congkak bakar sedap lagi kot dari goreng. Cara buat dia sama dengan goreng. Cuma tak letak dalam pasir, letak dalam bara api. Makan masa panas-panas memang sedap. 





4 comments:

  1. tak pernah tengok. first time dengar jugak. hehe
    pasir garam pon xpernah tengok.hehe
    hebat.
    irrayyan.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah tengok lagi buah congkak ni? hihi nampknya awak kena pergi ke kawasan kampung ni mengenali pasir garam dan buah congkak :D

      Delete
  2. ohh tak pernah tau pon ade buah congkak...
    tak pernah tgk pon..
    heheheh ape rase ni wa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tempat lain, wawa tak pasti buah congkak ni di panggil apa. Tapi kalau duk kat kampung memang ada. Rasa dia sedap macam kacang tapi tak rangup macam kita makan kacang. selalu makan waktu panas sedap.

      Delete