SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DIRECT EMAIL : wawaabdhadi@gmail.com. Terima Kasih ^^

Friday, October 3, 2014

[RESEPI] BISKUT RED VELVET BY WAWA

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.



Selamat malam uolls. Untuk hari ini wawa nak kongsi resepi biskut red velvet dengan korang semua. Dah dua kali wawa buat biskut ni. Alhamdulillah menjadi dan sedap uolls. Haha. 

Kalau dulu, sebelum raya selalu buat biskut, tapi kalau wawa tak ikot masa. Rasa nak makan je, kalau cukup lengkap bahan, teruih buat. Dah kelemahan wawa buat biskut ni, memang tak boleh nak kena puji sikit. Kalau tak memang tak menjadi biskut. Serious ok. 

Dulu, kek red velvet menjadi bualan orang, sekarang biskut red velvet pulak. Lepas ni kita tengok pula biskut apa yang popular pada tahun 2015. zzuuppp....

RESEPI BISKUT RED VELVET 

BAHAN_BAHAN : 

*120 gram tepung gandum
*50 gram tepung beras
*1 sudu besar serbuk koko 
**120 gram Planta 
**10 gram minyak sapi
**100gram gula kastor
50 gram badam cincang (nak letak lebih pun ok)
1 biji kuning telur 
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar pewarna merah 
60 gram coklat cips (wawa tak letak sebab coklat cips dah buat ice blended)


CARA-CARANYA :

P/S : Sebelum memulakan sesuatu perkara, eloklah kita mulakan dengan bacaan Bismillah dan jangan lupa cuci tangan dahulu. Kebersihan perlu dijaga rapi ye tuan-tuan dan puan-puan.

1. Satukan simbol * (tepung gandum, tepung beras dan serbuk koko) dalam mangkuk dan ayak. Lepastu, ketepikan sebentar.
2. Bakar badam cincang dalam ketuhar selama 5 minit bersamaan suhu 170'C. Digoreng pun boleh. 
3. Masukkan simbol ** (planta, minyak sapi dan gula kastor) dalam bekas mesin pemutar dan putar adunan tersebut sehingga kembang dan bertukar warna kuning pucat. 
4. Masukkan kuning telur dan putar sehingga sebati.
5. Kemudian, tambahkan asen vanilla dan pewarna merah ke dalam adunan tersebut dan putar adunan sehinga rata.
6. Masukkan bahan kering yang telah diayak tadi ke dalam adunan, gaul dengan spatula sehingga rata. (boleh guna senduk kayu)
7. Tambahkan badam cincang yang telah dibakar tadi dan coklat cips. Gaul rata.
8. Sudukan adunan tadi ke dalam dulang pembakar.

P/S : Korang juga boleh hiaskan adunan yang telah disudukan tadi dengan lebihan badam atau coklat cips. (optional)

9. Bakar di dalam ketuhar selama 20 minit atau sehingga adunan masak dengan suhu 150'C. 
(jangan lupa panaskan ketuhar dulu ye)
10. Setelah masak, sejukkan biskut dan sedia untuk disimpan dalam bekas kedap udara.

Mudahkan? 






SELAMAT MENCUBA! 



2 comments:

  1. Replies
    1. haha yang wawa buat ni tak ranggup. Dia biskut red velvet ala chocolate chips. Yang ranggup tu, coming soon nanti wawa share kat sini hihi

      Delete