Sunday, October 5, 2014

APA KATA ANDA : NAK BUKA BISNESS SHAWL

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.



Alhamdulillah, Hari Raya Aidiladha kali ini disambut dengan baik dan bersederhana. Korang semua mesti kenyang perut hari ni sebab boleh makan daging qurban kan? Ada yang buat sup tulang, satey, rendang daging dan macam-macam lagi. Memikirkan soal makanan ni, terasa nak makan sup tulang la pulak malam-malam macam ni. 

Baru-baru ini wawa ada plan nak jual shawl. Nak cari duit poket lebih sikit buat pergi belajar nanti. Tapi rasanya wawa perlu belajar dengan lebih lagi kot tentang selok belok bisness ni. Pekara ni bukannya mudah. Wawa pun kena berani untuk mencuba dan menerima risikonya nanti. Sekiranya usaha ini berhasil, wawa juga ada plan nak try buat shawl sendiri (angan-angan). Tapi bila tu tak tahu lagi la.

Nanti, korang jangan lupa tau tunggu wawa update glitter shawl kat sini. Hihi. Pasal harga, korang tak payah risau tau. InshaaAllah wawa akan bagi harga kasih sayang nanti. Kalau korang nak check ikot instagram pun boleh. Apa-apa nanti wawa update ok? 

P/S : Daisy shawl pun akan ada juga nanti. 





13 comments:

  1. Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih atas sokongan :)

      Delete
  2. wah... idea yang bagus ni wawa.. btw, nik singgah sini dan follow wawa.. hehehe. good luck dear. : )

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih fatihah. nanti wawa datang singgah dan follow back ya :)

      Delete
  3. Semoga berjaya wawa ;D

    ReplyDelete
  4. All the best, wawa. Jangan lupa belajar cara nak lilit shawl gak tau, nanti akan buatkan orang lagi tertarik sebab boleh kasi idea kat diaorang camne nak pakai shawl tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas cadangan itu. In Shaa Allah wawa akan buat tutorial cara nak lilit shawl. :)

      Delete
  5. In sha Allah Wawa. Berniaga adalah 9/10 daripada sumber rezeki. Tapi kena buat sungguh-sungguh sampai berjaya. All the best

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak siti. ni pun tengah mencuba dengan bersungguh-sungguh. Terima kasih atas sokongan :)

      Delete
  6. semoga berjaya wawa..yang penting jangan cepat putus asa ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, terima kasih sudi sokong wawa :)
      in shaa Allah tidak akan mengalah dalam bisness ni nanti.

      Delete