Friday, October 3, 2014

DAPAT TAWARAN KE IIUM

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.




Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan kepada wawa. Walaupun wawa banyak melakukan kesilapan, tapi Alhamdulillah wawa berasa bersyukur kerana Allah memberikan peluang kepada wawa untuk mendekatkan diri kepada-Nya. 

Firstday bulan Oktober wawa mendapat panggilan daripada pihak UIA mengatakan bahawa wawa dapat melanjutkan pelajaran kesana tapi bukan dalam course yang wawa minta sebelum ini sebaliknya dia course Tourism Planning and Management. Result SPM wawa baru ini bukanlah cemerlang sangat. Syukur kepada Allah memang tak terkata apabila wawa bakal menjadi salah seorang penghuni UIA.

Banyak juga wawa selidik pasal course yang wawa dapat ini melalui blogger senior yang masuk UIA. Tak lupa juga wawa turut pertanya kepada Kaunselor Halatuju tentang course tourism ini. Kebanyakan daripada mereka tidak tahu mengenai course tourism yang ada di UIA. Tapi sewaktu wawa isi borang permohonan ke sana, dia ada senaraikan course yang kosong dan course tourism ini ada dalam senarai tersebut. 

Terima atau tak masih lagi dalam pertimbangan wawa. Sebab wawa masih lagi sedang menunggu keputusan permohonan wawa dari pihak Uitm. Rasanya nak pergi ke UIA sebab dari mula wawa mohon, memang harap sangat diri ini diterima oleh pihak UIA. 

Apa-apa pun wawa harap para blogger disana sudi kongsikan pengalam korang di UIA, apa yang perlu buat, first day di sana macam mana dan lain-lain. Mudah-mudahan bantuan dari korang semua boleh ringankan wawa. 




P/S : Bagi adik-adik diluar sana, wawa sarankan korang join group HALATUJU SELEPAS SPM di Facebook sebagai kaunter pertanyaan dan sebagai penyelesaian masalah yang anda hadapi sebelum sambung belajar. In Shaa Allah, members dalam group ini akan bantu anda semua mengikut pengalaman masing-masing.




7 comments:

  1. congrats, syukran and alhamdulillah. all the best in your future undertakings babe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, In Shaa Allah. Terima kasih kak farah :)

      Delete
  2. Tahniah wawa.
    Foundation dlu la kan?
    Kampus mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih :)
      Yup, foundation dulu. Wawa kena daftar dekat kampus petaling jaya. Tapi untuk course wawa ni tak pasti kampus mana kena duduk. Hee ^^

      Delete
  3. Tahniah!! Saya pernah belajar di UIA...best sangat. Asasi 1 tahun? Lepas tu 3 tahun ijazah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe terima kasih!! :D
      Akak pernah belajar di UIA ke? Saya tak pasti dapat asasi untuk berapa tahun. Dia tak cakap pulak. Saya tak banyak sangat tahu pasal UIA ni, jadi harap juga pertolongan daripada kakk :)

      Delete