Tuesday, October 28, 2014

BUAT ANDA, SILA BACA

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Almost 2 weeks wawa diamkan diri dalam blog. Dan 2 kali wawa miss untuk update senarai peserta segmen wawa. Untuk pengetahuan korang, segmen masih berjalan seperti biasa dan In Shaa Allah wawa akan update senarai peserta dalam masa terdekat ini. Terima kasih kepada korang semua sebab support wawa dalam segmen yang pertama ini. 

Baru-baru ini wawa ada buat medical check up untuk masuk ke Uia nanti. Siapa yang tak excited kan bila dapat masuk U. Tengah-tengah excited tu, wawa diuji dengan sedikit masalah selepas Xray. Doktor cakap "macam" ada tanda-tanda tibi. Terus petang tu pergi ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Semalam baru je lepas date dengan doktor baik. Kena amik darah, kahak dan suntikan mantoux. Khamis ni baru dapat keputusan betulnya. Harapya keputusan nanti baik-baik lah. Kalau boleh memang taknak kena tangguh masuk uia nanti. Apa-apa pun doakan wawa ye. 

Wasalam. 




Tuesday, October 21, 2014

[ALERT!] ENTRI KHAS BUAT PARA PESERTA SEGMEN WAWA

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Sepatutnya hari ini wawa kena listkan senarai peserta untuk di-follow tapi maaf sangat-sangat sebab tak dapat nak post hari ini seperti yang dijanjikan sebab wawa tak habis blogwalking lagi para peserta segmen ini. Banyak sangat halangan hari ini. Nak uruskan borang ke Uia campur tetamu datang. Lepastu, masalah link follow para peserta yang mana bila wawa tekan balik link tu tak boleh nak buka. In Shaa Allah wawa akan update dalam masa terdekat ini sama ada esok atau lusa. Wawa akan memperbaiki mana yang patut untuk kesenagan para peserta dalam segmen ini. 

Maaf sangat sangat. Dan wawa juga akan masukkan 10 orang peserta segmen ini ke dalam bloglist wawa tau. Pemilihan diambil melalui Random.org. 



Saturday, October 18, 2014

Jom Tingkatkan Follower Sampai Puas



بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


(klik banner kalau nak join sekali)

Follower Semasa Join Segmen : 244
Follower Target : 1000

Fanpage : Tiada
Twitter : Tiada

DUE DATE : 31.10.2014


Thursday, October 16, 2014

SEGMEN REVIEW BLOG #1

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.



KLIK BANNER UNTUK JOIN!

Nak blog direview? Sangat dialu-alukan join segmen di atas ini. 3 hari sahaja tau segmen ini berjalan. Thanks sudi jemput wawa join segmen ini. 

[RUANG BISNESS] DAISY SHAWL

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.

P/S : PEMBELIAN 5 HELAI KEATAS PERCUMA 1 HELAI DAISY SHAWL



Hari ini wawa nak update stock shawl yang ada dengan wawa sekarang. Daisy wideshawls ini menjadi kegemaran para remaja kini. Sekiranya berminat, boleh order dengan wawa kejap lagi. 

P/S : The colour in the picture slightly different due to the lighting of the camera.



DAISY WIDESHAWL
[LIMITED STOCK]

Price : 
-RM10 EXCLUDE POSTAGE
[ADD RM6 PEN.MALAYSIA & RM10 SABAH/SARAWAK]

Material : Cotton viscose

DS01 - daisy black 
DS02 - daisy silver
DS03 - daisy brown

SOLD OUT


DAISY WIDESHAWL
[LIMITED STOCK]

Price : 
-RM10 EXCLUDE POSTAGE
[ADD RM6 PEN.MALAYSIA & RM10 SABAH/SARAWAK]

Material : Cotton viscose

DS04 - daisy purple
DS05 - daisy red

SOLD OUT


DAISY WIDESHAWL
[LIMITED STOCK]

Price : 
-RM10 EXCLUDE POSTAGE
[ADD RM6 PEN.MALAYSIA & RM10 SABAH/SARAWAK]

Material : Cotton viscose

DS06 - daisy electric blue
DS07 - daisy navy blue 

SOLD OUT


DAISY WIDESHAWL
[LIMITED STOCK]

Price : 
-RM10 EXCLUDE POSTAGE
[ADD RM6 PEN.MALAYSIA & RM10 SABAH/SARAWAK]

Material : Cotton viscose

DS08 - daisy turquoise 
DS09 - daisy orange 

SOLD OUT


DAISY WIDESHAWL
[LIMITED STOCK]

Price : 
-RM10 EXCLUDE POSTAGE
[ADD RM6 PEN.MALAYSIA & RM10 SABAH/SARAWAK]

Material : Cotton viscose

DS10 - daisy hot pink

SOLD OUT

To order? Kindly PM me at Facebook .

Happy Shopping!


Tuesday, October 14, 2014

Birthday Giveaway by EshaZara

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.



KLIK BANNER UNTUK JOIN!

DUE DATE : 24 Oct 2014

Hadiah yang bakal dimenangi : 


Herbal Blend Multipurpose Cream Shaklee. Ada banyak jenis keluaran produk dari Shaklee, wawa pun baru pertama kali tengok produk di atas ni. Dibawah ni wawa nak kongsika sikit keistimewaan Herbal Blend Multipurpose Cream Shaklee ni. Mana tahu kalau korang berminat nak beli kan? 

Kalau ada yang nak membeli, wawa rasa korang boleh terus pergi ke blog eshazara.blogspot.com sebab dia penjual shaklee dan juga menganjurkan giveaway ini. 


KEISTIMEWAAN HERBAL BLEND MULTIPURPOSE CREAM SHAKLEE.


  • Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, tumit, dan siku
  • Dingin, bermentol, dan tidak berminyak
  • Diperbuat daripada ekstrak semulajadi yang menenangkan termasuklah sage, horse chestnut yarrow, dan rosemary
  • Menyelesaikan masalah kulit seperti gatal, ekzema, dan alergik
  • Menghilangkan ruam pada bayi
  • Menghilangkan parut termasuklah parut akibat campak
  • Meredakan kegatalan akibat gigitan serangga/nyamuk
  • Mengecutkan dan meredakan jerawat
  • Sesuai dijadikan losyen kegunaan harian
  • PARABEN FREE

Wawa rasa elok juga wawa mencuba produk ni. Boleh mengecutkan dan meredakan masalah jerawat ni. Untuk kanak-kanak pun sesuai. 

Kalau korang nak dapat produk ni secara FREE, boleh join giveaway EshaZara ni sebelum 24 Oktober ini tau. Sebab 25 Oktober senarai pemenang bakal diumumkan. 

Dan, Happy Birthday EshaZara. Wawa doakan semoga panjang umur dan bahagia di samping keluarga tersayang. Tak lupa juga, selamat maju jaya ye dalam bidang perniagaan hihi. 
*wish awal sikit sebab takut terlupa nak ucap nanti. :)

Monday, October 13, 2014

Segmen Bloglist 10 Blog Pilihan HASRULHASSAN.COM

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


JOM JOIN SEBELUM 15 OCT 2014.  
[KLIK BANNER UNTUK JOIN!]

[RUANG BISNESS] : GLITTER SHAWL

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.




Anyone yang berminat, boleh pm wawa secepat yang mungkin sebab stock sangat limited. Semuanya tinggal 1 helai. And guess what, wawa cuma dapat update glitter shawl sebanyak 5 helai sahaja kat sini sebab warna lain semuanya sudah diambil. Sekiranya ada restock, wawa akan update disini ok. 



GLITTER WIDESHAWL 

(5 warna sahaja yang tinggal)
LIMITED STOCK!

RM12 each exclude postage
[postage add RM6 SM | RM9 SS]

Cotton Viscose
180cm x 110cm

ALL SOLD OUT

Berminat? Boleh PM wawa di Facebook atau email tgnucouture@gmail.com

THANKYOU SHOPPING WITH US!

Thursday, October 9, 2014

GIVEAWAY 2014 BELOG CIK KUMBANG

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang bermula pada jam 9.30 pagi 9 Oktober 2014 hingga 11.59 malam 28 Oktober 2014.Sepuluh blogger bertuah akan dipilih untuk memenangi Template Eksklusif untuk Bloglist dari cikkumbang.

Semua blogger dijemput untuk menyertai Giveaway ini sambil berkenalan sesama blogger.

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow Blog Sponsor
CikKumbangAzhafizahSyiraLokmanDayangDeno

2. Like Fanpage Sponsor


3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish.

5. Make sure korang tinggalkan link entri di ruangan komen INI & nyatakan Bulan Kelahiran korang untuk memudahkan Cik Kumbang letak di Bloglist mengikut Bulan Kelahiran plus boleh wish birthday nanti (x__X)

TARIKH TAMAT: 28 Oktober 2014

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2014.

Good luck!

Sunday, October 5, 2014

APA KATA ANDA : NAK BUKA BISNESS SHAWL

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.



Alhamdulillah, Hari Raya Aidiladha kali ini disambut dengan baik dan bersederhana. Korang semua mesti kenyang perut hari ni sebab boleh makan daging qurban kan? Ada yang buat sup tulang, satey, rendang daging dan macam-macam lagi. Memikirkan soal makanan ni, terasa nak makan sup tulang la pulak malam-malam macam ni. 

Baru-baru ini wawa ada plan nak jual shawl. Nak cari duit poket lebih sikit buat pergi belajar nanti. Tapi rasanya wawa perlu belajar dengan lebih lagi kot tentang selok belok bisness ni. Pekara ni bukannya mudah. Wawa pun kena berani untuk mencuba dan menerima risikonya nanti. Sekiranya usaha ini berhasil, wawa juga ada plan nak try buat shawl sendiri (angan-angan). Tapi bila tu tak tahu lagi la.

Nanti, korang jangan lupa tau tunggu wawa update glitter shawl kat sini. Hihi. Pasal harga, korang tak payah risau tau. InshaaAllah wawa akan bagi harga kasih sayang nanti. Kalau korang nak check ikot instagram pun boleh. Apa-apa nanti wawa update ok? 

P/S : Daisy shawl pun akan ada juga nanti. 





Friday, October 3, 2014

DAPAT TAWARAN KE IIUM

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.




Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan kepada wawa. Walaupun wawa banyak melakukan kesilapan, tapi Alhamdulillah wawa berasa bersyukur kerana Allah memberikan peluang kepada wawa untuk mendekatkan diri kepada-Nya. 

Firstday bulan Oktober wawa mendapat panggilan daripada pihak UIA mengatakan bahawa wawa dapat melanjutkan pelajaran kesana tapi bukan dalam course yang wawa minta sebelum ini sebaliknya dia course Tourism Planning and Management. Result SPM wawa baru ini bukanlah cemerlang sangat. Syukur kepada Allah memang tak terkata apabila wawa bakal menjadi salah seorang penghuni UIA.

Banyak juga wawa selidik pasal course yang wawa dapat ini melalui blogger senior yang masuk UIA. Tak lupa juga wawa turut pertanya kepada Kaunselor Halatuju tentang course tourism ini. Kebanyakan daripada mereka tidak tahu mengenai course tourism yang ada di UIA. Tapi sewaktu wawa isi borang permohonan ke sana, dia ada senaraikan course yang kosong dan course tourism ini ada dalam senarai tersebut. 

Terima atau tak masih lagi dalam pertimbangan wawa. Sebab wawa masih lagi sedang menunggu keputusan permohonan wawa dari pihak Uitm. Rasanya nak pergi ke UIA sebab dari mula wawa mohon, memang harap sangat diri ini diterima oleh pihak UIA. 

Apa-apa pun wawa harap para blogger disana sudi kongsikan pengalam korang di UIA, apa yang perlu buat, first day di sana macam mana dan lain-lain. Mudah-mudahan bantuan dari korang semua boleh ringankan wawa. 




P/S : Bagi adik-adik diluar sana, wawa sarankan korang join group HALATUJU SELEPAS SPM di Facebook sebagai kaunter pertanyaan dan sebagai penyelesaian masalah yang anda hadapi sebelum sambung belajar. In Shaa Allah, members dalam group ini akan bantu anda semua mengikut pengalaman masing-masing.




[RESEPI] BISKUT RED VELVET BY WAWA

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.



Selamat malam uolls. Untuk hari ini wawa nak kongsi resepi biskut red velvet dengan korang semua. Dah dua kali wawa buat biskut ni. Alhamdulillah menjadi dan sedap uolls. Haha. 

Kalau dulu, sebelum raya selalu buat biskut, tapi kalau wawa tak ikot masa. Rasa nak makan je, kalau cukup lengkap bahan, teruih buat. Dah kelemahan wawa buat biskut ni, memang tak boleh nak kena puji sikit. Kalau tak memang tak menjadi biskut. Serious ok. 

Dulu, kek red velvet menjadi bualan orang, sekarang biskut red velvet pulak. Lepas ni kita tengok pula biskut apa yang popular pada tahun 2015. zzuuppp....

RESEPI BISKUT RED VELVET 

BAHAN_BAHAN : 

*120 gram tepung gandum
*50 gram tepung beras
*1 sudu besar serbuk koko 
**120 gram Planta 
**10 gram minyak sapi
**100gram gula kastor
50 gram badam cincang (nak letak lebih pun ok)
1 biji kuning telur 
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar pewarna merah 
60 gram coklat cips (wawa tak letak sebab coklat cips dah buat ice blended)


CARA-CARANYA :

P/S : Sebelum memulakan sesuatu perkara, eloklah kita mulakan dengan bacaan Bismillah dan jangan lupa cuci tangan dahulu. Kebersihan perlu dijaga rapi ye tuan-tuan dan puan-puan.

1. Satukan simbol * (tepung gandum, tepung beras dan serbuk koko) dalam mangkuk dan ayak. Lepastu, ketepikan sebentar.
2. Bakar badam cincang dalam ketuhar selama 5 minit bersamaan suhu 170'C. Digoreng pun boleh. 
3. Masukkan simbol ** (planta, minyak sapi dan gula kastor) dalam bekas mesin pemutar dan putar adunan tersebut sehingga kembang dan bertukar warna kuning pucat. 
4. Masukkan kuning telur dan putar sehingga sebati.
5. Kemudian, tambahkan asen vanilla dan pewarna merah ke dalam adunan tersebut dan putar adunan sehinga rata.
6. Masukkan bahan kering yang telah diayak tadi ke dalam adunan, gaul dengan spatula sehingga rata. (boleh guna senduk kayu)
7. Tambahkan badam cincang yang telah dibakar tadi dan coklat cips. Gaul rata.
8. Sudukan adunan tadi ke dalam dulang pembakar.

P/S : Korang juga boleh hiaskan adunan yang telah disudukan tadi dengan lebihan badam atau coklat cips. (optional)

9. Bakar di dalam ketuhar selama 20 minit atau sehingga adunan masak dengan suhu 150'C. 
(jangan lupa panaskan ketuhar dulu ye)
10. Setelah masak, sejukkan biskut dan sedia untuk disimpan dalam bekas kedap udara.

Mudahkan? 






SELAMAT MENCUBA! 



Wednesday, October 1, 2014

NAK LANCARKAN SEGMEN OKAY KE TAK?

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Setelah beberapa hari mendiamkan diri dari dunia blog, hari ini wawa datang nak mintak pendapat dari blogger lain tentang perancangan wawa nak lancarkan segmen buat pertama kalinya. 
Terfikir juga dalam minda ni tentang mampu ke wawa nak handle segmen ni nanti, ramai ke sambutannya nanti, ada ke blogger lain yang nak join segmen wawa ni. 

Yela, memandangkan wawa ni baru je lagi dalam dunia blog. Dan orang lain belum lagi mengenali wawa jadi rasa yakin tak yakin tu memang ada la. 

Apa-apa pun wawa harap korang semua boleh la kongsikan sedikit nasihat, petua, tips untuk wawa lancarkan segmen ini nanti. :)

BUAH CONGKAK GORENG

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


So, hai semua! Dah lama tak bersiaran mengenai resepi. Malam ni kekwa share resepi lain dari yang lain tau. Entah ni resepi ke tak tapi nak share juga cara nak makan buah congkak ni. 

Tempat lain tak tau la pulak orang panggil buah ni apa. Tapi kat Terengganu, kitaorang panggil buah congkak. Kalau makcik-makcik selalu panggil buah ninja. Buah ni dulu memang jadi faveret masa kecik. Tapi sekarang dah jarang sangat dapat makan buah ni. Alhamdulillah tahun ni berpeluang makan lagi. 


Memandangkan haritu pokok congkak ni tumbang time dia tengah berbuah lebat, jadi buah congkaknya ada yang masak dan yang tak masak semua. Masak ke tak masak ke dua dua boleh makan. Yang masak digoreng, yang tak masak boleh direbus. 

Jadi, apa yang korang perlukan untuk buat buah congkak goreng ni sangat lah mudah. Hanya 2 perkara je yang korang perlukan : 

- pasir garam/pasir kasar
-buah congkak. 



Kulit buah congkak ni  tebal jugak tau tapi tak ada la sampai 1cm. Hanya beberapa mm je. Lepas tu dalam dia tu ada kulit lagi. Kulit keras. Kalau kat rumah korang ada pokok ni, memang boleh makan sampai puas.


Ni rupanya selepas kesemua buah congkak dibuang kulitnya. (tengok gambar belah kanan). 
Dulu wawa ingat buah congkak ni rasa macam kacang tau. Sebab rupa dia warna coklat persis kacang. Dalam hati dah terbayang bila makan mesti rangup ngap ngap ngap...


Gambar di atas buah congkak digoreng bersama pasir. Wawa pakai pasir garam sebab kat rumah dah tak ada pasir kasar macam zaman dulu. Pasir ni korang jangan lupa BASUH sampai BERSIH macam korang nak nanak nasik tu. Bila air jernih, baru boleh sejat sekejap lepas tu letak dalam kuali. 
Masa ni korang kena kacau pasir tu sampai dia nak kering. Then, masukkan buah congkak ni. Goreng goreng goreng selalu sampai masak. 

Nak tau macam mana dia masak, korang akan nampak warna buah congkak tu gelap sikit, lepas tu korang akan dengar dia macan nak meletup. (sorry tak rekod la pulak sound dia meletup ni) Yang pasti bukan meletup macam bom la. Dia meletup macam popcorn je. Manja manja gituw. Hihi.



Tadaa. Yang ni buah congkak yang sudah masak dah sudah diketuk menggunakan alu lesung. Yang tak tau apa itu alu lesung, sila gunakan khidmat Google.com ye. 



Lastly, buah congkak yang sudah dibuang kulit kerasnya. Bagi mereka yang anggap buah ni rangup, sama sekali tak. Dia tak rangup macam kacang. Rasanya tak rangup dan baunya umph sedap. Hihi. 

P/S : Tapi buah congkak bakar sedap lagi kot dari goreng. Cara buat dia sama dengan goreng. Cuma tak letak dalam pasir, letak dalam bara api. Makan masa panas-panas memang sedap.