Thursday, August 28, 2014

SESI MEMBALAS KOMEN DAN BLOGWALKING PARA BLOGGER [PART 1]

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.



Bulan Ogos kali ni banyak pulak wawa join segmen dan giveaway. Entri dekat blog pun dah penuh dengan segmen/giveaway. Memandangkan hampir semua segmen/giveaway wawa sapu, hari ini wawa nak balas komen serta blogwalking para blogger yang tinggalkan link dekat mister linky dan SINI . Harap korang buka pintu luas-luas ye. Nanti wawa datang nak ziarah. 

Have a nice day korang. 

SEGMEN I LOVE MALAYSIA BERSAMA CIK POP

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.



KLIK BANNER UNTUK JOIN!

TEMPOH : Sepanjang bulan kemerdekaan sehingga 31 OGOS 2014, 11.59 malam.

Kalau anda anak Malaysia, ayuh join segmen ini.

WE LOVE MALAYSIA!



I'M FROM TERENGGANU.


Wednesday, August 27, 2014

GIVEAWAY HARRY POTTER POSTCARDS FROM GERMANY

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.



KLIK BANNER UNTUK JOIN!

Last minute wawa join giveaway Harry Potter postcards. Sorry tau awak sebab kita join saat genting macam ni. And thankyou jugak sebab invite kita join. Hihi. 

Wawa kalau masa zaman hingus meleleh, harry potter memang cerita wajib tengok. Sebab magik yang dibuat tu boleh buat orang nganga mulut. Sampai penyapu terbang dia tu sangat femes masa zaman sekolah dulu. Orang kata nak tiru aksi Harry Potter la konon. 


Kalaulah wwa terpilih menang dalam giveaway ni kan, wawa nak postcard yang belah kiri atas tu aci tak? Wawa suka tengok heroin dia. Comel campur manis je.

Backgroud blog awak tu cantik. Siap ada Eifel Tower lagi. Tu mesti tempat yang awak angan-angan nak pergi kan? Hihik. Dan kelajuan blog awak hanya 11.91 saat. Laju macam batang penyapu Harry Potter ni. Agak-agak bodek saya ni cukup tak untuk buat awak senyum sorang depan screen laptop dengan dapat postcards tu? hehe

Anyway, goodluck buat semua peserta-peserta giveaway. Aja aja fighting!

TAMAT : 27 OGOS 2014


SEGMEN : BIAR SAYA TOLONG CIK FARRA

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.




TAMAT : 14 SEPTEMBER 2014

HADIAH : 2 Pasang baju untuk dua blogger pilihan.
(hadiah bakal bertambah sekiranya ramai galakan dari para blogger)

http://syiralokman.blogspot.com/
http://mellyareenza.blogspot.com/
http://www.mialiana.com/

P/S : Mudah-mudahan ada lah rezeki wawa nak pakai baju dari Cik Farra ni raya korban nanti. Maklumlah raya tahun ini baju tak siap. Hihi. 

Sunday, August 24, 2014

IPHONE 5S GAJET IMPIAN SETIAP BLOGGER

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.

gambar iphone 5s gold




Bismillahirrahmanirrahim, rasanya belum terlambat lagi untuk wawa join contest untuk menang iphone 5s dari pihak denaihati.com. Dengar je nama "iphone" mesti terbeliak biji mata terutamanya remaja zaman sekarang. Yela, masing masing dah ada keinginan besar nak pakai handphone mahal. Nak bergaya sambil pegang phone depan orang kan? Kalau dulu, wawa jumpa contest macam ni rasa berat je nak join sebab perasaan mengatakan 1/300 peluang wawa nak menang. Jadi malam ni wawa mencuba nasib untuk join, manalah tahu kalau-kalau ada rezeki wawa disini. InsyaAllah.

Waktu Tingkatan 5 dulu pernah lah jugak wawa berimpian nak beli iphone pakai duit sendiri. Memandangkan keluarga wawa pun bukanlah berkemampuan sangat nak beli gadget canggih zaman sekarang ni. Lebih-lebih lagi iphone. Bagi mereka cukuplah untuk memberi makan minum tempat berteduh untuk anak-anak. Orang cakap utamakan keperluan dahulu baru kehendak. Bila fikir balik, ada betulnya juga tu. Yela, masa tu wawa nak SPM, banyak jugak duit yang perlu pakai untuk beli buku rujukan. Jadi taknak lah nak bebankan keluarga dengan permintaan "iphone" pulak kan.

Lepas je tamat alam persekolahan, wawa terus pasang niat buat bisness kecil-kecilan untuk kumpul duit. Mana tahu boleh guna pakai buat pergi belajar nanti, kalau ada lebih sikit boleh beli iphone pakai duit sendiri. Rezeki kita siapa yang tahu kan? 


Barang yang selalu kita idamkan macam iphone memang tak boleh dilupakan walaupun apa yang kita dapat lain. Manusia tak pernah puas. Dan orang mana yang tak ingin nak pakai iphone bila tengok kawan-kawan yang lain pakai bermacam jenis gadget Apple, ambil gambar cantik-cantik, buat video semua.Kita yang memandang boleh cakap "hm, bestnya dia ada iphone", "beruntungnya mak dia bagi hadiah ipad", "sweetnya pakwe dia bagi iphone".

Apa yang wawa rasa ingin sangat nak guna iphone ni sebab aplikasinya. Kebanyakan aplikasi yang ada dalam 'app store' ni tidak terdapat dalam playstore. Dan menurut wawa, menjadi seorang blogger juga ibarat seorang wartawan. Kalau boleh nak ambil kesemua maklumat/gambar tempat yang kita pergi untuk dicoretkan ke dalam blog. Orang cakap, sambil menyelam sambil minum air. Yela, mana tahu, berkat artikel yang kita coretkan dalam blog itu menyebabkan tempat yang kita pergi haritu menjadi tarikan para pelancong. Kalau ya, Alhamdulillah. Dalam pada masa yang sama juga, 'aplikasi offline' arah qiblat dan waktu solat amatlah berguna kepada kita sewaktu kita berada di luar kawasan. Kalau zaman dulu, kita boleh tahu waktu solat mengikut pergerakan matahari dan menggunakan kompass untuk mencari arah qiblat. Tapi sekarang, dengan teknologi yang semakin canggih ini sangat memudahkan kita untuk mencari. 

Iphone/ipad/ipod ni boleh diibaratkan sempurna dimata kita. Sekali pandang, terus jatuh cinta dengan bentuknya, kameranya, kelebihannya dan sebagainya. Kamera iphone pun tak boleh nak lawan kamera handphone lain. (Ni kalau menurut pandangan wawa lah.) Tambahan lagi, sistem dalam iphone tu jauh lebih canggih dari handphone handphone lain. No wonder lah kalau syarikat Apple ni mengambil masa bertahun untuk mengeluarkan telefon pintar terbaru berbanding syarikat-syarikat lain. 

KENAPA IPHONE 5S MENJADI IMPIAN? 


Pengesan "fingerprint" dan butang home "sapphire".

Ciri yang terdapat pada iphone 5s kali ni merupakan yang paling radikal tau. Dan syarikat Apple jugak menjangkakan akan menggunakan pengesan capjari untuk membuka peranti tersebut. Kegunaan utama pengesan ini adalah untuk membuka iphone anda name syarikat Apple juga akan menggunakannya sebagai sistem pengesan bagi aplikasi bayaran 'wallet' pada masa akan datang. Butang bulat pada iphone juga dikatakan akan disaluti menggunakan gelas "sapphire" yang tahan lasak dan calar. Jadi, bolehlah korang bagi kucing korang main games dalam iphone. Hihi. 

apple-a7-iphone-5s

Pemproses Apple A7 dengan 1GB RAM.

Iphone 5s dilancarkan dengan pemproses A7 dual-core 32nm yang dibuat oleh Samsung yang mempunyai kelajuan 1.5GHz, grafik SGX 544MP4 dan 1GB RAM. RAM yang digunakan Apple pada iphone 5s ini lebih laju dan mempunyai 'bandwith' 10.7GB/s berbanding RAM pada iphone 5 yang mempunyai 'bandwith' 8.5GB/s. Amacam? Laju kan? 


iPhone-5s-camera-dual-flash

Kamera 12-megapiksel dengan 2 Flash LED.

Iphone 5s bakal dikatakan menggunakan kamera dengan dua flash LED dengan f/2.0 aperture yang akan memberikan kualiti gambar menjadi lebih baik walaupun keadaan cahaya yang rendah. Selain itu, syarikat Apple juga memberikan kamera 12MP dengan perakam video HDR yang diperbaiki dan berkemungkinan besar syarikat akan menyertakan kebolehan merakam video 'slow motion' dengan 120f/ps dan juga menggunakan kamera hadapan 2-megapiksel berbanding 1.2MP pada iphone 5. Haa, part ni la yang anak muda sekarang suka iphone ni. Kamera terbaik. Sebab tu budaya 'selfie' menjadi buah mulut orang sekarang. Hehe. 

iphone 5s emas

Iphone 5s dalam warna emas (gold).

Kalau sebelum ni, kita tengok iphone ada dua warna je kan? Hitam dan putih. Tapi sekarang, keluaran iphone 5s kali ini diikuti dengan warna baru tau. Iaitu warna emas (gold). Namun, ianya bukanlah emas yang sebenar yang menyebabkan harga iphone didalam warna ini naik berkali ganda. Kalau lah emas sebenar, agaknya mesti kadar ragut dekat sini naik mendadak. 



Iphone 5s 128GB.

Iphone 5s kali ini bakal ditawarkan dengan pilihan memori simpanan dalaman yang lebih besar iaitu 128GB dimana ianya pasti akan mendapat sambutan yang tinggi kepada pengguna yang memerlukan kapasiti besar. Dengan model ini juga, margin keuntungan syarikat Apple akan lebih besar dan memberikan pulangan yang lebih tinggi. 

P/S : Kepada kaum wanita diluar sana yang tengah pening nak pilih gadget mana yang sesuai untuk korang pakai, lebih baik amik iphone 5s ni. Sebab orang perempuan ni suka simpan gambar/video/apps banyak banyak dalam handphone diaorang. Kalau nak buang pun, 2 3 4 kali fikir balik. Ni memang sifat orang perempuan. Walaupun cerewet tapi kreatif dan "goodgirl". Mohon calon/bakal suami memahami. 


NFC.

Near-field Communication adalah teknologi yang berkait rapat dengan sistem pembayaran elektronik yang dikatakan akan menjadi salah satu cara utama membuat pembayaran pada masa akan datang. NFC boleh didapati hampir semua pengeluar telefon pintar tetapi setakat ini syarikat Apple belum bersedia menggunakannya. Iphone 5s bakal menjadi peranti pertama dengan NFC.




Dibawah ni wawa belanja segambar yang diambil menggunakan ipad saudara : 


Gambar ni diambil dua tahun lepas tak silap. Kucing ni pun dah besar (boleh tengok backgroud kucing kat blog wawa tu). Wawa ambil menggunakan ipad. Tak edit tau. korang boleh tilik jelas jelas. Siap boleh kira biji batu dalam gambar tu ada berapa. Ni kehebatan kamera Apple yang wawa nakkan sangat. 

TAMAT : 24.08.2014 / 11.59 MALAM


PIHAK PENAJA YANG DIHORMATI :

http://amariman.com (PENAJA UTAMA)

http://www.ombakcreatives.com
http://wowberita.org/
Japan Budget Trip

Dan Arwah Syuhada Baharudin (http://www.syuhada1981.com @ http://syuhadabaharudin.com) juga salah seorang penaja. Kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Semoga tajaan ini menjadi sedekah yang diterima oleh Allah SWT.

HADIAH :

Hadiah Utama : Tiga unit Iphone 5s 16GB untuk 3 orang pemenang.
Hadiah Saguhati : Wang Tunai akan diumumkan jumlah dan kategori di entri lain.





Mudah-mudahan ada rezeki wawa untuk menang contest ini. InsyaAllah.



Thursday, August 21, 2014

MISI BLOGWALKING

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.



Hampir 2 minggu wawa menjalankan misi blogwalking hampir 200 peserta segmen-segmen yang wawa telah join. Alhamdulillah tengah hari tadi selesai menjejakan nota di blog mereka. Sebenarnya kan dah lama tak blogwalking blogger. Selalu jadi silent reader je. Tapi kali ni, entah tiba-tiba semangat pulak nak komen setiap blog dan follow diaorang. Hihi. 


Yang mana wawa terlepas pandang ke, nak wawa datang ke blog mereka ke, nak wawa follow diaorang ke, boleh tinggalkan URL blog korang dekat komen bawah ni atau boleh letakkan link blog korang dekat Mister Linky kat blog wawa tu. InsyaAllah nanti wawa datang serang blog korang ye. :)



P/S : Esok blog wawa cuti selama 1 hari (24jam) sebagai tanda menghormati hari berkabung MH17. 
Al-Fatihah dan salam takziah kepada semua penumpang MH17.

1ST GIVEAWAY : SELAMAT HARI LAHIR ASELAWATI


Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.


Assalamualaikum w.b.t.


KLIK BANNER UNTUK JOIN!

TAMAT : 22 OGOS 2014, 11 MALAM

Dua pemenng bakal dipilih melalui cabutan bertuah versi tradisional.

HADIAH :

SET 1 -


SET 2 -



Selamat Hari Lahir Aselawati dan selamat berkenalan dari wawa. Semoga Aselawati dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu oleh Allah SWT. Tidak lupa juga, wawa doakan semoga saudari Aselawati sentiasa bahagia di samping keluarga tercinta. Smile! :) 



Wednesday, August 20, 2014

9 AWESOME BLOGS OF THE MONTH

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.





Assalamualaikum w.b.t.



KLIK BANNER UNTUK JOIN!

Segmen ini diadakan selama 9 hari sahaja bermula Rabu (20.08.2014) sehingga Khamis (28.08.2014) 12.00 tengah malam.

9 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan keputusan pemenang bakal diumumkan pada 29.08.2014.

SELAMAT BERJAYA!


XIAOMI REDMI NOTE CONTEST - PLAY TO WIN!!

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Tuesday, August 19, 2014

GIVEAWAY SAYA NAK POSKAD DARI MOSCOW

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.



KLIK BANNER UNTUK JOIN!

Ada sesiapa nak poskad Moscow macam gambar kat atas tak? Meh join giveaway dari blog INI dan jangan lupa ikuti syarat-syaratnya semudah abc. Poskad yang dia nak bagi ni cantik tau. Dari jauh, gambar dalam poskad tu nampak macam real je kan? 

TAMAT : 24 OGOS 2014



Monday, August 18, 2014

SEGMEN 12 JAM BLOGLIST #10 MIALIANA.COM

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.



Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 18 Ogos 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #10 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Sunday, August 17, 2014

GIVEAWAY MERDEKA : PENANG MARI BAQ ANG BY SITI YANG MENAIP

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.



Sambutan Hari Kemerdekaan pun dah tak lama, tinggal 2 minggu je lagi. Nanti mesti banyak giveaway sempena Hari Kemerdekaan ni akan diadakan macam kat atas tu, kak Siti dah lacarkan. So, apa tunggu lagi. Meh join cepat-cepat. Saya sayang Malaysia! Merdeka!!

[MAAF] BUKAN DIPLOMA SENIBINA LANDSKAP LAGI

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.



Sejak dua tiga menjak ni ada la mata wawa terpandang keywords "cerita pelajar uitm jurusan landskap". Nak buat buat pejam rasa tak sedap jugak memandangkan wawa pernah mewujudkan entri "Tips temuduga senibina landskap di UITM" dekat blog ni. Hari itu, nak bagitahu rasa macam terlalu awal. 
Tapi nak tak nak terpaksa jugak wawa bagitahu. 

Alhamdulillah, waktu keputusan UPU keluar hari tu wawa dapat pergi ke Uitm Seri Iskandar dalam jurusan diploma senibina landskap ni. Tapi rezeki untuk pergi menimba ilmu di sana bukan kepunyaan wawa. So terpaksalah lupakan hasrat nak pergi tu atas sebab-sebab tertentu. Nak cerita lebih lanjut takut terkeluar pula masalah wawa ni kepada umum. Korang semua faham-faham je la ye. Manusia sekarang ni petah dalam menghukum hidup orang lain tanpa tengok diri sendiri. Hihik.

Tapi, apa yang wawa nak bagitahu, diploma senibina landskap ni best tau. Serius. Wawa buat kerja kursus dalam landskap ni pun rasa happy, tak ada nak stress-stress meraung macam jawab soalan addmath tu. Kebetulan ada sepupu wawa sedang belajar dekat sana dalam bidang interior designer (I.D), jadi banyak jugak la dia cerita suasana di sana. Alang-alang, wawa tanya jugak keadaan senibina landskap kat sana macam mana. Teringin jugak nak pergi ni.  T.T

Korang tak perlu la nak risau sangat pasal susah ke senang belajar ni. Peluang pekerjaan macam mana. Nak cari ilmu bukan mudah. Kalau kita usaha, insyaAllah, Allah akan bagi rezeki kepada kita. Yang penting sentiasa mintak kepada Allah S.W.T. Berdoa selalu. Jalankan perintahnya dan jauhi larangannya. 

Apa-apa pun all the best dan jangan lupa doakan wawa supaya lulus permohonan second intake dari UITM. Amin :)



Thursday, August 14, 2014

SEGMEN BLOGWALKING MERDEKA BERSAMA AYU INSYIRAH

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.





KLIK UNTUK JOIN!

Due Date : 31 Ogos 2014, 10 malam.



SEGMENT BLOGWALKING OGOS BY KARYA MAHIRAH

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


KLIK BANNER UNTUK JOIN!

Tuesday, August 12, 2014

KEGEMARAN ZAMAN DULU - TIJOH

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.



Ni salah satu makanan faveret orang tua-tua zaman dulu. Kalau kat Terengganu, makanan ni dipanggil "Tijoh". Kalau nama saintifik dia tak tahu la pulak apa. Tapi dia macam spesis kerang, lala, remis, etok jugak la. Ni pun pertama kali wawa jumpa dan makan "tijoh". Bukan senang tau nak cari. "Tijoh" ni duduk di tepi tepi sungai. Orang Terengganu cakap bira-bira sungai. Korang kena la gali-gali sikit pasir tu kalau nak cari "tijoh" ni. Sedap tau untuk buat gulai, masak merah atau cucur tijoh ni. 


Kalau korang datang Terengganu, jangan lupa cari peluang cari "tijoh" ni (dah macam nama orang pulak ye). Hehe

Monday, August 11, 2014

SINOPSIS RINDU AWAK 200%

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Walaupun drama Rindu Awak 200% ni dah masuk episod belas-belas, tapi malam ni nak jugak wawa update entri pasal cerita ni. Cerita ni best gila ok. Sebelum ni kita asyik tengok orang lelaki je yang berlakon ego tinggi tapi sekarang kita tengok pulak turn yang perempuan, si Amel yang ego tinggi mengunung tak macam Zill. 

Kalau korang tak sabar nak tengok ending dia macam mana, terpaksa la korang kena pergi beli novel Rindu Awak 200% ni dekat pasaran. 



Sinopsis Rindu Awak 200% : 

"Zill Faezrul Iqbal - Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. Bersifat tenang tapi bermulut celopar sungguh menjengkelkan hati. Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya. 

Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya, rumah tangga mereka tidak pernah aman! Penyudahnya Armel ke utara, Faezrul ke selatan. Namun, semakin Faezrul tidak peduli, semakin sakit hati Armel. 

Misteri Faezrul yang kejap hilang kejap ada di rumah menimbulkan tanda tanya di kepala Armel. Mustahil seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mampu memiliki kereta Range Rover Evogue! 

Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku-sakat Jula Juli Bintang Tujuh?"

Saksikan....



Untuk download drama Rindu Awak 200%, boleh terjah sini :


Sunday, August 10, 2014

MERAWAT KETUMBIT

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.



Asyik jadi silent reader je sampai keluar bibit-bibit malas nak update blog. Orang lain keluar bibit-bibit cinta tapi yang wawa kali ni keluar bibit-bibit malas. Malam ni baru nak update sikit. Tapi sebelum tu, wawa nak ucap 'Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin' kepada semua blogger. Tak lupa juga, kalau dalam entri sebelum ni wawa ada bagi segala resepi atau tips yang tak menjadi bila korang buat tapi menjadi bila wawa buat, mohon maaf bebanyak. Kosong kosong ye. Hee. 

Malam ni wawa nak cerita masalah ketumbit. Kalau korang kena ketumbit ni mesti rasa berat je mata korang nak celik kan? Wawa pun terkena dengan masalah ketumbit ni. Orang terengganu selalu panggil "timbir". Sesetengah orang dalam 3-7 hari akan hilang sendiri. Tapi ada juga yang mengalami masalah ini hampir berbulan-bulan lamanya dan berakhir dengan operate. 

Kalau korang nak tau ketumbit ni ada 2 jenis. Stye dan Chalazion. Nak tahu lebih lanjut pasal stye dan chalazion ni boleh rujuk sini -----> STYE & CHALAZION
Sorry den tak larat nak blebe panjang dekat entri ni sebab sibuk tengok running man. 

CARA MERAWAT : 

Wawa baca dekat blog lain banyak bagi petua nak merawat ketumbit ni. 
Tapi wawa ada try satu petua ni dimana dia suruh gosok air bawang putih (hiris) dekat tempat kita kena ketumbit tu. Wawa try dalam 2 malam jugak. Tapi tak dak nampak kesan dan rasa ketumbit kat mata ni macam kecik besar kecik besar je tak nak kecut. Malah kelopok mata pulak yang jadi pedih. 

Lepas tu wawa tukar ke petua lain. Yela, risau jugak ni ade ketumbit. Sebab tengok dekat image google ramai yang operate. Tapi petua kedua yang wawa guna ni, Alhamdulillah menjadi! 

1. Sediakan air dalam bekas kecil. Tak kira nak guna air paip/air masak/air suam. Tapi wawa guna air suam.
2. Mulakan dengan membaca selawat sebanyak 7kali, diikuti dengan surah Al-Fatihah 1kali dan doa di bawah ni : 

"Ya Allah yang mengecilkan segala yang besar dan membesarkan segala yang kecil. Kecilkanlah apa yang ada padaku."

3. Kemudian tiupkan pada air yang telah anda sediakan tadi. 
4. Sapukan pada kulit yang terkena ketumbit tadi sehingga pulih. Pastikan air tadi tidak masuk dalam mata. 

Alhamdulillah wawa guna cara ni, berkesan. Apa yang penting yakin dengan pertolongan Allah. 


P/S : Doa tadi boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat, bisul dan sebagainya. 
P/S : Jagalah mata korang dari sebarang kekotoran. Kalau boleh sentiasa basuh tangan dulu sebelum sentuh muka. (ni petua orang zaman dulu kalau taknak bagi jerawat tumbuh).