Sunday, August 24, 2014

IPHONE 5S GAJET IMPIAN SETIAP BLOGGER

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.

gambar iphone 5s gold




Bismillahirrahmanirrahim, rasanya belum terlambat lagi untuk wawa join contest untuk menang iphone 5s dari pihak denaihati.com. Dengar je nama "iphone" mesti terbeliak biji mata terutamanya remaja zaman sekarang. Yela, masing masing dah ada keinginan besar nak pakai handphone mahal. Nak bergaya sambil pegang phone depan orang kan? Kalau dulu, wawa jumpa contest macam ni rasa berat je nak join sebab perasaan mengatakan 1/300 peluang wawa nak menang. Jadi malam ni wawa mencuba nasib untuk join, manalah tahu kalau-kalau ada rezeki wawa disini. InsyaAllah.

Waktu Tingkatan 5 dulu pernah lah jugak wawa berimpian nak beli iphone pakai duit sendiri. Memandangkan keluarga wawa pun bukanlah berkemampuan sangat nak beli gadget canggih zaman sekarang ni. Lebih-lebih lagi iphone. Bagi mereka cukuplah untuk memberi makan minum tempat berteduh untuk anak-anak. Orang cakap utamakan keperluan dahulu baru kehendak. Bila fikir balik, ada betulnya juga tu. Yela, masa tu wawa nak SPM, banyak jugak duit yang perlu pakai untuk beli buku rujukan. Jadi taknak lah nak bebankan keluarga dengan permintaan "iphone" pulak kan.

Lepas je tamat alam persekolahan, wawa terus pasang niat buat bisness kecil-kecilan untuk kumpul duit. Mana tahu boleh guna pakai buat pergi belajar nanti, kalau ada lebih sikit boleh beli iphone pakai duit sendiri. Rezeki kita siapa yang tahu kan? 


Barang yang selalu kita idamkan macam iphone memang tak boleh dilupakan walaupun apa yang kita dapat lain. Manusia tak pernah puas. Dan orang mana yang tak ingin nak pakai iphone bila tengok kawan-kawan yang lain pakai bermacam jenis gadget Apple, ambil gambar cantik-cantik, buat video semua.Kita yang memandang boleh cakap "hm, bestnya dia ada iphone", "beruntungnya mak dia bagi hadiah ipad", "sweetnya pakwe dia bagi iphone".

Apa yang wawa rasa ingin sangat nak guna iphone ni sebab aplikasinya. Kebanyakan aplikasi yang ada dalam 'app store' ni tidak terdapat dalam playstore. Dan menurut wawa, menjadi seorang blogger juga ibarat seorang wartawan. Kalau boleh nak ambil kesemua maklumat/gambar tempat yang kita pergi untuk dicoretkan ke dalam blog. Orang cakap, sambil menyelam sambil minum air. Yela, mana tahu, berkat artikel yang kita coretkan dalam blog itu menyebabkan tempat yang kita pergi haritu menjadi tarikan para pelancong. Kalau ya, Alhamdulillah. Dalam pada masa yang sama juga, 'aplikasi offline' arah qiblat dan waktu solat amatlah berguna kepada kita sewaktu kita berada di luar kawasan. Kalau zaman dulu, kita boleh tahu waktu solat mengikut pergerakan matahari dan menggunakan kompass untuk mencari arah qiblat. Tapi sekarang, dengan teknologi yang semakin canggih ini sangat memudahkan kita untuk mencari. 

Iphone/ipad/ipod ni boleh diibaratkan sempurna dimata kita. Sekali pandang, terus jatuh cinta dengan bentuknya, kameranya, kelebihannya dan sebagainya. Kamera iphone pun tak boleh nak lawan kamera handphone lain. (Ni kalau menurut pandangan wawa lah.) Tambahan lagi, sistem dalam iphone tu jauh lebih canggih dari handphone handphone lain. No wonder lah kalau syarikat Apple ni mengambil masa bertahun untuk mengeluarkan telefon pintar terbaru berbanding syarikat-syarikat lain. 

KENAPA IPHONE 5S MENJADI IMPIAN? 


Pengesan "fingerprint" dan butang home "sapphire".

Ciri yang terdapat pada iphone 5s kali ni merupakan yang paling radikal tau. Dan syarikat Apple jugak menjangkakan akan menggunakan pengesan capjari untuk membuka peranti tersebut. Kegunaan utama pengesan ini adalah untuk membuka iphone anda name syarikat Apple juga akan menggunakannya sebagai sistem pengesan bagi aplikasi bayaran 'wallet' pada masa akan datang. Butang bulat pada iphone juga dikatakan akan disaluti menggunakan gelas "sapphire" yang tahan lasak dan calar. Jadi, bolehlah korang bagi kucing korang main games dalam iphone. Hihi. 

apple-a7-iphone-5s

Pemproses Apple A7 dengan 1GB RAM.

Iphone 5s dilancarkan dengan pemproses A7 dual-core 32nm yang dibuat oleh Samsung yang mempunyai kelajuan 1.5GHz, grafik SGX 544MP4 dan 1GB RAM. RAM yang digunakan Apple pada iphone 5s ini lebih laju dan mempunyai 'bandwith' 10.7GB/s berbanding RAM pada iphone 5 yang mempunyai 'bandwith' 8.5GB/s. Amacam? Laju kan? 


iPhone-5s-camera-dual-flash

Kamera 12-megapiksel dengan 2 Flash LED.

Iphone 5s bakal dikatakan menggunakan kamera dengan dua flash LED dengan f/2.0 aperture yang akan memberikan kualiti gambar menjadi lebih baik walaupun keadaan cahaya yang rendah. Selain itu, syarikat Apple juga memberikan kamera 12MP dengan perakam video HDR yang diperbaiki dan berkemungkinan besar syarikat akan menyertakan kebolehan merakam video 'slow motion' dengan 120f/ps dan juga menggunakan kamera hadapan 2-megapiksel berbanding 1.2MP pada iphone 5. Haa, part ni la yang anak muda sekarang suka iphone ni. Kamera terbaik. Sebab tu budaya 'selfie' menjadi buah mulut orang sekarang. Hehe. 

iphone 5s emas

Iphone 5s dalam warna emas (gold).

Kalau sebelum ni, kita tengok iphone ada dua warna je kan? Hitam dan putih. Tapi sekarang, keluaran iphone 5s kali ini diikuti dengan warna baru tau. Iaitu warna emas (gold). Namun, ianya bukanlah emas yang sebenar yang menyebabkan harga iphone didalam warna ini naik berkali ganda. Kalau lah emas sebenar, agaknya mesti kadar ragut dekat sini naik mendadak. 



Iphone 5s 128GB.

Iphone 5s kali ini bakal ditawarkan dengan pilihan memori simpanan dalaman yang lebih besar iaitu 128GB dimana ianya pasti akan mendapat sambutan yang tinggi kepada pengguna yang memerlukan kapasiti besar. Dengan model ini juga, margin keuntungan syarikat Apple akan lebih besar dan memberikan pulangan yang lebih tinggi. 

P/S : Kepada kaum wanita diluar sana yang tengah pening nak pilih gadget mana yang sesuai untuk korang pakai, lebih baik amik iphone 5s ni. Sebab orang perempuan ni suka simpan gambar/video/apps banyak banyak dalam handphone diaorang. Kalau nak buang pun, 2 3 4 kali fikir balik. Ni memang sifat orang perempuan. Walaupun cerewet tapi kreatif dan "goodgirl". Mohon calon/bakal suami memahami. 


NFC.

Near-field Communication adalah teknologi yang berkait rapat dengan sistem pembayaran elektronik yang dikatakan akan menjadi salah satu cara utama membuat pembayaran pada masa akan datang. NFC boleh didapati hampir semua pengeluar telefon pintar tetapi setakat ini syarikat Apple belum bersedia menggunakannya. Iphone 5s bakal menjadi peranti pertama dengan NFC.




Dibawah ni wawa belanja segambar yang diambil menggunakan ipad saudara : 


Gambar ni diambil dua tahun lepas tak silap. Kucing ni pun dah besar (boleh tengok backgroud kucing kat blog wawa tu). Wawa ambil menggunakan ipad. Tak edit tau. korang boleh tilik jelas jelas. Siap boleh kira biji batu dalam gambar tu ada berapa. Ni kehebatan kamera Apple yang wawa nakkan sangat. 

TAMAT : 24.08.2014 / 11.59 MALAM


PIHAK PENAJA YANG DIHORMATI :

http://amariman.com (PENAJA UTAMA)

http://www.ombakcreatives.com
http://wowberita.org/
Japan Budget Trip

Dan Arwah Syuhada Baharudin (http://www.syuhada1981.com @ http://syuhadabaharudin.com) juga salah seorang penaja. Kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Semoga tajaan ini menjadi sedekah yang diterima oleh Allah SWT.

HADIAH :

Hadiah Utama : Tiga unit Iphone 5s 16GB untuk 3 orang pemenang.
Hadiah Saguhati : Wang Tunai akan diumumkan jumlah dan kategori di entri lain.





Mudah-mudahan ada rezeki wawa untuk menang contest ini. InsyaAllah.



14 comments:

  1. Selamat berjaya di dalam contest yang hebat ini :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah kalau ada rezeki, terima kasih ye :)

      Delete
  2. all d best wawa!
    insyaAllah ada rezeki wawa nnti. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah, harap-harap macam tu lah kak. Hihi. Terima kasih ye :)

      Delete
  3. InsyaAllah..ada rezeki menang..Ameenn.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin. In Sha Allah. Terima kasih wanie :)

      Delete
  4. kalau dah iphone, sapa yg x nk kan..? heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan. Sebut je iphone, terus berpusu pusu datang. Hihi

      Delete
  5. semoga berjaya...

    p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #7. (^_^). Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/08/senarai-url-blog-7.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak mia :)

      Waalaikumussalam, Alhamdulillah. Sama-sama kasih kak mia :)

      Delete
  6. saya pun berangan nak iphone,,hehe,,comel betol kucing wawa,,,salam kenal sis...^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan juga dari wawa. Hihi. Iphone ni dah jadi wishlist kita dah. Tunggu peluang nak dapat je. Hihi. Kucing wawa cakap terima kasih dila ^^

      Delete