Saturday, December 28, 2013

PERUBAHAN KUTUB BUMI MENURUT HADIS DAN SAINS


Assalamualaikum.

Alhamdulillah hari ini kita masih diberi kesempatan oleh Yang Maha Berkuasa untuk bernafas di muka bumi ini. Kalau ikutkan hati wawa nak post entri ini semalam, selepas baca satu artikel dekat blog tapi ditangguhkan sebab hari terlalu lewat malam. Nak post siang, sibuk dengan ragam anak kucing kat rumah. Nak tak nak, wawa kena post jugak malam ni. 

Terpaku sekejap lepas baca artikel tentang perubahan kutub bumi menurut hadis dan sains. Terus ingat dosa-dosa lama wawa sejak wawa bernafas sampai la sekarang. Tak terhingga. Hari tu, wawa ada tengok tv yang seorang ustaz tu cakap, walaupun dia alim, tapi belum tentu dia dapat masuk ke syurga. Kata-kata tu terngiang-ngiang dalam telinga wawa sampai sekarang. Bila wawa ingat kata-kata tu, mesti dalam hati wawa cakap layak ke aku nak masuk syurga.  Ya Allah, banyaknyaa dosa aku. Dosa sebagai seorang anak, seorang pelajar, seorang penjaga kucing, seorang kakak, seorang kawan dan sebagainya. Tak menang jari bila nak ingat balik kisah silam yang kita dah lakukan. Kalaulah masa boleh putar balik, mesti semua nak berbuat baik. Tapi semua tu tak akan berulang, masa yang berlalu tetap akan berlalu. Bahkan masa juga memendekkan umur kita. Semakin banyak masa berlalu, semakin singkat hayat kita. Alhamdulillah sekarang kita masih ada peluang untuk berubah, peluang untuk bertaubat sebelum kiamat menghampiri. Rebutlah peluang yang masih ada sebelum terlambat. InsyaAllah, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan menerima taubat hambaNya. 

Artikel di bawah ni wawa ambil daripada www.wasukalu.com


Mesir sedang mengalami musim salji pertama dalam sejarah selepas 112 tahun manakala Vietnam juga mengalami jatuhan salji namun tidak begitu berat berbanding Mesir.

Kehadiran salji di beberapa tempat di Vietnam menarik ramai penduduk seluruh Vietnam ke kawasan terlibat untuk melihat fenomena bersejarah itu sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas selam berjam-jam seperti dilaporkan Al Jazeera.

Penjelasan tentang fenomena itu boleh dirungkai dengan membaca artikel di bawah.

PAKSI BUMI SEDANG BERALIH ARAH


Kutub Bumi berganjak 1 batu sehari.

Pada tahun 2007, Medan kutub utara berganjak dari Kanada Utara kearah Siberia di Russia pada kadar 35 batu setahun. Ini bermakna arah kompas berganjak 35 batu menghampiri Russia dalam tahun tersebut.. Anjakan kutub bumi ini mengakibatkan jajaran kompas dan arah utara sebenar semakin ketara perbezaannya. Hingga menjadikan arah panduan beberapa landasan kapal terbang tidak lagi terpakai.

Ia semakin memberi kesan terhadap kegiatan manusia hinggakan lapangan terbang antarabangsa Tampa di Florida terpaksa mengubahsuai tanda arah di landasan dengan kedudukan yang baru. Lapangan terbang tersebut terpaksa ditutup selama sebulan bagi kerja-kerja pengubahsuaian.

Pergerakan kutub utara ke arah Siberia berlaku kerana cepatnya perubahan magnet pada kerak bumi. Perubahan terkini adalah paling dramatik. Ia bergerak semakin pantas.

Kutub bergerak ke timur laut 9 batu setahun pada tahun 1904. Kelajuannya kira-kira 35 batu setahun pada tahun 2007. Ia bergerak sepantas 26 batu sebulan pada tahun 2013.

Terkini kepantasannya 1 batu setiap hari!!

Kelajuan pergerakan Kutub makin bertambah Dalam masa 2 tahun kutub ia akan sampai ke Siberia untuk berada di kedudukan 40 darjah.

Pada titik ini ia akan meluru merentasi garis Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan. Ini boleh berlaku dalam jangka waktu yang sangat pantas samada beberapa hari atau beberapa jam.

Jika ini berlaku, seluruh geografi akan berubah. Ada tempat yang timbul. Ada tempat yang tenggelam. Air akan mencari tempatnya. Ada tempat mengalami banjir. Ada tempat berubah menjadi padang pasir.

Amerika selatan khususnya Brazil akan menjadi Kutub Utara manakala India akan menjadi Kutub Selatan. Malaysia dijangka berada sebaris dengan India. Tidak tenggelam tapi membeku.

Khatulistiwa berada di Antartika

Peralihan kutub yang semakin pantas membuatkan saintis mengagak keseluruhan medan magnet bumi akan " flip" di mana kompas yang dahulunya menunjuk ke utara akan beralih arah ke selatan.

Semasa pergerakan " flip" peralihan kutub dari 40 darjah utara ke 40 darjah selatan pergerakan besar air boleh mencetuskan mega tsunami yang menenggelamkan tempat-tempat sebagaimana yang berlaku kepada Atlantis.

Antara negara yang dijangka tenggelam terus ialah India dan Australia Barat. Bandar-bandar ditepi laut akan ditenggelami air

Peta dunia akan berubah dalam masa dua tahun selepas peralihan kutub berlaku. India akan tenggelam terus. Begitu juga Australia barat.

Apabila berlaku "flip" pada kutub medan magnet bumi akan menjadi lemah. Medan magnet yang kuat melindungi bumi dari kerosakan oleh sinaran matahari. Kini bumi akan lebih terdedah kepada kesan dahsyat akibat gejolak api di matahari, angin solar, ribut surya dan "sun spot".

Manakala "flip" juga bakal mengakibatkan berlaku gempa bumi, letusan gunung berapi, banjir, tsunami dan taufan yang dahsyat yang belum pernah berlaku sedahsyat itu.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku. makin hari makin laju. Pergerakan kutub dapat dilihat dengan fenomena berbagai bencana alam yang kerap berlaku.

Bilakah peralihan sepenuhnya kutub akan berlaku?

Mengikut anggaran saintis ianya akan berlaku pada 2015. Hanya Allah yang Maha Mengetahui kerana semuanya adalah perencanan Ilahi.

Samada merujuk kepada Komet ISON atau kejadian langit yang lain yang belum muncul, berikut adalah sabdaan Rasulullah SAW dan kata-kata sahabat tentang fenomena bintang berekor yang bakal disaksikan di akhir zaman.

Terdapat sabdaan Rasulullah s.a.w dan Saidina Ali tentang sejenis komet yang memberi indikasi sejarah. Samada hadis dan sabdaan tersebut merujuk kepada kehadiran Komet ISON, hanya Allah swt yang Maha Mengetahui.

Sabda Rasulullah S.A.W "
“..antara tanda muncul Imam Mahadi ialah munculnya bintang berekor dengan ekornya bercahaya menerangi langit dan menyebabkan tenggelamnya kawasan pantai

Kata Saidina Ali RA mengungkapkan dalam catatannya (Jufr Ahmar),

"Kedatangan Al Mahdi akan di dahului oleh kemunculan bintang yang ekornya menakjubkan, bukan seperti bintang yang kamu lihat muncul setiap dua pertiga pada satu dekad (sepuluh tahun) dan bukan juga bintang yang muncul pada dua pertiga abad dan bukan juga bintang yang muncul setiap abad.

Tetapi ia adalah bintang berabad-abad, yang diliputi api, salji, udara dan tanah. Ekornya memanjang, kelajuannya seperti kelajuan cahaya matahari ketika menyonsong fajar. Hujung depannya bertemu dengan hujung belakangnya seperti lingkaran raksasa memancarkan sinar terang dalam langit yang gelap seperti matahari yang terbit.

Kemudian bintang itu akan kembali beredar pada orbitnya. Setelah itu akan datang banyak malapetaka dan kematian yang merupakan keuntungan bagi orang- orang yang baik, dan ia merupakan kerugian bagi orang -orang yang jahat".

Antara fakta Komet ISON ialah:

1. ISON digelar “ Komet abad ini”
2. ISON akan berada paling hampir dengan matahari pada 28 November 2013.
3. ISON akan berada paling hampir dengan bumi pada 26 Disember 2013
4. ISON dapat dilihat seperti matahari kedua di siang hari.
5. ISON boleh dilihat diwaktu siang dan malam.
6. ISON memiliki ekor sepanjang 57,000 Km.
7. ISON adalah komet yang paling mudah dilihat oleh ramai orang.
8. ISON akan dilihat 15 kali ganda kecerahan cahaya bulan.
9. ISON akan menghasilkan ribut suria yang sempurna@perfect Solar Storm.
10. Bumi akan merempuh debu2 komet ISON pada 14 Januari 2014.

Artikel ini ditulis bukan untuk menggempar dan menakutkan. Apa yang bakal terjadi akan tetap terjadi.

Semoga setelah membaca artikel ini, saudara- saudari serta anak-anak ku bertambah kesedaran dan keinsafan. Bertambah taat pada Allah.

Bertambah akan amalan agama. Di waktu yang sama terus peka dengan perubahan-perubahan serta lebih rajin membaca dan mengkaji fenomena perubahan kutub ini.- Harakatul Muqawamatul Islamiyyah


New Giveaway By Sh.Amarina & Amila


Assalamualaikum.




JOM TERJAH : BEST SEO CONTEST FOR THIS YEAR! ==? CONTEST SEO ERIDY

GA ini bermula pada 27 Dec 2013 - 27 Jan 2014 dan tamat tepat jam 12 malam pada 27 Jan 2014. Pemenang akan diumumkan pada 30 Jan 2014. GA akan terbatal apabila tidak melebihi 50 peserta. Hadiah menarik menanti anda semua !! Jom join semua :)
Mencari 33 pemenang bertuah
Nampak tak banner kat atas tu?? Malam ni wawa join satu lagi GA daripada Amila. Tapi kali ni Cik Amila buat GA dengan partner dia, Sh.Amarina. So, wawa harap GA Amila kali ini mendapat sambutan gilang gemilang gitu. Hihi. Dan wawa harap kali ini adalah rezeki wawa nak dapat baju RM dengan badge EXO. Dan satu lagi, banyak hadiah-hadiah menarik yang bakal dimenangi tau. 

Kat bawah ni wawa ada sikit nak borak-borak pasal Kpoplicious Online Shop dan D'Orchidcharm Shoppe . Semalam wawa ada la usha-usha sikit facebook diaorang mana tahu takut ada yang berkenan nanti. Orang tua-tua cakap sambil menyelam sambil minum air. Hihi. Tambahan lagi, Cik Amila tu ada cakap kalau nak dapat Tshirt RM dengan badge EXO kena buat entri ringkas sikit pasal Kpoplicious Online Shop dan D'Orchidcharm Shoppe. Actually, wawa berat hati sikit malam ni nak update entry terbaru. Tapi di gagahkan juga jari jemari ini dan hati untuk menaip. Entri seterusnya wawa cerita ye sebab apa wawa berat hati. Hee :)

Semalam banyak jugak wawa cuci mata dekat kpoplicious ni, macam-macam akak tu jual barang pasal kpop. Sampaikan kalau boleh wawa nak beli semua je. SNSD, RUNNING MAN, 2NE1, BTOB, BAP, 2PM, CNBLUE, BIGBANG, SHINEE, FTISLAND, BEAST, TEEN TOP, INFINITE, BLOCK B, EXO-K, EXO-M, SUPER JUNIOR dan MBLAQ. Kalau korang peminat tegar kumpulan korea kat atas, boleh pergi ke Kpoplicious tu cepat-cepat. Kat sana ada jual jugak powerbank, school bag, phone cover, tshirt design sendiri dan printing service. Kalau korang rasa nak letak gambar orang tersayang atau nak letak muka korang yang kiut miut dekat bantal, mug, pinggan, tshirt, mouse pad, puzzle dan lain-lain, korang boleh mintak akak tu buatkan. Semuanya disediakan. 
Kat bawah ni wawa letak sikit gambar daripada facebook Kpoplicious Online Shop untuk tunjukkan kat korang. Wawa tunjuk album dia aje tau, nanti kalau wawa tunjuk semua gambar jualan dia tak surprise laa pulak.. Kalau korang rase dah nak meletoop tengok gambar bawah ni, meh kite terjah KPOPLICIOUS ONLINE SHOP sekarang!












Sekarang, kita tukar kedai pulak. Lepas jenguk facebook Kpoplicious, secara tak langsung wawa jenguk juga D'Orchidcharm Shoppe. Ni kedai pakai pilihan wanita. Lepas wawa tengok, memang dah sah jadi pilihan wawa. Lawa gilaa long sleeve dia. Sampai rambang mata tengok. Haha. D'Orchidcharm shoppe ni bukan jual long sleeve je tau, dia jual shawl, dress, niqab dan baju kurung yang sesuai untuk kita. Semuanya lawa-lawa. Korang boleh pilih warna dan corak kesukaan korang disini. Meh kita cuci mata tengok baju baju dia.



Korang boleh terjah ke facebook D'Orchidcharm Shoppe untuk mendapatkan baju dan tudung pilihan korang. Sebagai orang Islam yang sentiasa taat kepada perintah-Nya, sama-sama lah kita peliharalah aurat kita dengan sempurna. :)



Thursday, December 26, 2013

KONTES U-BLOGGER


PELANCARAN | KONTES U-BLOGGER | Assalamualaikum, seperti yang di war-warkan sebelum ini, maka hari ini bermulalah Kontes U-Blogger yang bertujuan membuka ruang kepada rakan-rakan Blogger yang sudah mempunyai brand dan service mereka sendiri untuk sama-sama mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka.

BANNER U-BLOGGER

Syarat-syarat Penyertaan

1. Mestilah Blogger yang berwarganegara Malaysia.
2. Follow blog www.mawardiyunus.com [klik]
3. Buat entri bertajuk KONTES U-BLOGGER
*sila copy coding berikut dan paste di ruangan HTML
4. Sila backlink banner U-blogger ke entri ini.
5. Jawab 1 soalan berkaitan dengan penaja Kontes U-Blogger dan Tinggalkan URL entry dan jawapan anda ke dalam ruangan komen entri ini. * awas jangan jawab dan letakkan jawapan soalan kontes di dalam entry anda untuk mengelakkan peserta lain "copy & paste".

SOALAN : SIAPAKAH PEMILIK MYWIFE CLOSET?


6. Follow blog, Like fanpage penaja dan Follow Google+ penaja.


Instagram

Senarai Blog U-Blogger

U-Blogger Mk Syahir ~ fuh.my [klik]
U-Blogger Dik Bee ~ www.dikbee.com [klik]
U-Blogger Hafizzy Aziz ~ www.fizgraphic.com [klik]
U-Blogger Sue Izza ~ myputeri21.blogspot.com [klik]
U-Blogger Qaseh Dalia ~ www.qasehdalia.com [klik]
U-Blogger Nurramizah Fadzil ~ supersihat.com [klik]
U-Blogger Pari Pari Putih ~ www.paripariputih.com [klik]
U-Blogger Marqis Careno ~ marqiscareno.blogspot.com [klik]
U-Blogger Korakora Art ~ korakoraartdesign.blogspot.com [klik]
U-Blogger Zulhilmi Tempoyak ~ www.zulhilmitempoyak.blogspot.com [klik]
dengan kerjasama Kelab Blogger Ben Ashaari [klik]



Senarai Fanpage U-Blogger
 




Monday, December 23, 2013

BUDDYZ GIVEAWAY


Assalamualaikum .




Giveaway ini merupakan giveaway pertama dianjurkan oleh Farhah dan buddyz buddyz iaitu Sofea , Izzah , Iqqah .

Anda semua dijemput join giveaway bagi memeriahkan lagi giveaway ini .


Senarai Hadiah 


Tempat Pertama :
Topup RM20 ( Celcom / Maxis / Digi )
Review / promote blog oleh aku dan Sofea

Tempat Kedua :
Topup RM15 ( Celcom / Maxis / Digi )
Review / promote blog oleh aku dan Sofea

Tempat Ketiga :
Topup RM10 ( Celcom / Maxis / Digi )
Review / promote blog oleh aku dan Sofea

Tempat Keempat :
Topup RM5 ( Celcom / Maxis / Digi )
Review / promote blog oleh aku dan Sofea

Tempat Kelima :
* Pilih antara salah satu *
Toup RM5 ( Celcom / Maxis / Digi )
atau
Review / promote blog oleh aku dan Sofea

GIVEAWAY INI SECARA AUTOMATIK AKAN DIBATAL JIKA TIDAK MENDAPAT PESERTA LEBIH DARIPADADA 10 ORANG .

Undian : Random.org / Cabutan bertuah

Anda semua dijemput untuk join giveaway ini .

Klik SINI untuk join .

Sunday, December 22, 2013

PENCARIAN BLOGLIST 2014 BY BBL

Assalamualaikum.



Hari ini wawa nak mencuba nasib dengan join pencarian bloglist 2014 daripada BBL. 2 3 kali juga fikir tadi nak join ke tidak. Yelah wawa baru buat blog baru masih tak cukup matang lagi nak join bloglist ni tapi takpelah kita cuba dulu. Pengalaman kalau tak dicari tak dapat orang kata. Hihi. Pencarian bloglist daripada BBL ni berakhir pada 31 Disember 2013, so kalau korang tak join lagi, meh la join sekali mana tau rezeki tahun baru ini ada pada kita. InsyaAllah. 



RANDOM

Assalamualaikum.



Shawl ni wawa dapat gift daripada akak Farah's Apparel. Kain dia pun sedap, tak jarang, tak panas. Dan yang penting tak payah gosok. Mudah dibentuk. Ada banyak lagi corak dan jenis. Korang boleh pergi ke facebook dia atau ke instagramnya, farahsapparel. 


Hari ini dah masuk 22 Disember 2013 lagi tinggal 9 hari lagi sebelum masuk tahun baru 2014. Cepatnya masa berlalu. Umur wawa pun dah banyak dimakan masa. Setiap detik masa berlalu, semakin berkurang umur wawa. Tu maknanya semakin dekat la ajal wawa. Ya Allah, panjangkanlah umurku, murahkanlah rezekiku, lindungilah aku dari segala kejahatan, malapetaka dan kuatkanlah imanku. Amin :)

Last day Disember nanti wawa ada ujian berkomputer, 45 minit 50 soalan. Dulu waktu SPM, paper 1 objektif sejam lebih untuk jawab 50 soalan. Tapi ujian memandu sekejap je. Ibaratnya 5 soalan tu kena jawab paling kurang 3 minit kot. Buku memandu wawa tak sentuh lagi Haha. Haritu, waktu dengar ceramah, macam sedap je tengok buku dia sebab ada gambar tapi bila sampai rumah hm next week lah start. Yes, tu wawa. Selalu nak tangguh kalau bab membaca. Tapi kalau bahan bacaan pasal kesihatan, makanan laju baca. Tapi kali ini, kena buat betul-betul lah. Nanti nak bawa kereta, kalau tak lulus ujian terbang duit kena bayar. Mintak mintak lulus ujian tu. Amin. 

Okay, malam tadi wawa ada buat rainbow cookies ( biskut lidah kucing pelangi ). Ni kali yang kedua wawa buat biskut ni. Sebelum ni wawa tak guna emplex ( peranggup biskut ) tapi wawa main hentam je letak soda bikarbonat. Haha. Manalah tau kan menjadi. Waktu wawa nak bina acuan dia tu wawa letak soda bikarbonat banyak juga sebab nampak kesian kalau letak sikit. Jadi tambah sikit, lepas tu tambah lagi. Last-last jadi pahit. Haha. 
So malam tadi wawa cuba buat lagi dengan bantuan adik wawa. Alang alang kawan dia nak datang esok, jadi buat sekali lah untuk kawan dia. Minggu lepas wawa dah beli serbuk emplex tu dekat giant. Alhamdulillah nasib baik giant ada jual. Wawa buat biskut ni ikot resepi Citarasawan. Dan kalau wawa nak buat apa-apa biskut, selalu pergi ke blog Citarasawan sebab senang dan mudah. Kat bawah ni resepi yang wawa amik daripada blog citarasawan. 

***************************************************************************************************************
RESEPI BISKUT LIDAH KUCING PELANGI

  • 250 gm mentega
  • 175 gm gula kaster
  • 100 ml putih telur
  • 200 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • 1/4 sudu teh emplex ( peranggup biskut )
* Pewarna ungu, merah, kuning, hijau, biru dan oren
*loyang lidah kucing di griskan dengan mentega

Ni contoh loyang lidah kucing yang wawa amik daripada citarasawan.

Cara-cara

  1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan emplex. Ketepikan
  2. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan kaup balikkan dengan spatula sehingga rata.
  4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan letak pewarna yang berlainan.
  5. Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan noxxle bulat dan picit lurus mendatar ke dalam loyang lidah kucing mengikut susunan pelangi.
  6. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150'C selama 15 minit. Jangan biarkan permukaan atas keperangan kerana akan menengelamkan warna pelangi.
  7. Biarkan biskut sejuk dahulu dan simpan di dalam bekas kedap udara.

********************************************************************************************************************************

Yang atas tu resepi asal yang wawa amik daripada blog citarasawan. Tapi kalau wawa buat, bahan dia tu sama tapi hasilnya tu lain sikit la sebab wawa tak ada loyang lidah kucing ni. Nak beli, jarang keluar rumah. So, wawa pakai loyang bulat dan segi empat biasa je. Lagipun family wawa tak selalu buat kuih, kitaorang biasa lebih suka buat kuih tradisional jadi tak banyak la acuan yang ada dekat rumah. Wawa buat biskut lidah kucing ni pun sebab dah jadi biskut kegemaran wawa yang kedua kot selepas biskut kacang peas. 
Bahan-bahan dia juga wawa tak sukat macam yang citarasawan buat. Wawa pakat hentam je letak bahan dia ikot anggaran sendiri macam kokping ( fynnjamal ) buat. Tapi kekurangan yang wawa buat untuk biskut ni ialah kurang manis. Family wawa fobia gila dengan gula jadi kalau nak buat apa-apa kena kurangkan manis. Tapi Alhamdulillah menjadi dan sedap sampai menjilat jari gittuw. Haha



Sebab wawa tak pakai loyang lidah kucing, biskut ni dia jadi lebih besar sebab wawa letak dalam loyang yang rata. Dan wawa gunakan 3 warna sahaja sebagai percubaan hehe :)



Thursday, December 19, 2013

Hallyu Waves Giveaway by Rifa Sparrowz and Putry Mirah


Assalamualaikum.

Ni Giveaway kedua yang wawa nak join malam ni. Hadiah dia memang awesome gila! Wawa memang suka dengan kpop. Nak-nak EXO-K, SNSD, CNBLUE, BEAST dan banyak lagi lah. Pernah juga nak ada bag kpop dan  baju kpop sendiri. Nak cari kat Terengganu punyalah susahh. So, wawa terus join GA ni nak tengok rezeki berpihak pada wawa atau tak. Kalau dapat, syukur Alhamdulillah. :D 



NAK JOIN BOLEH TEKAN BANNER

Hai guys , Ini adalah Hallyu Waves GiveAway yang dianjurkan oleh Putry Mirah dan Rifa Sparrowz.
GiveAway yang berkonsepkan Korean Pop {{KPOP}} . Contohnya EXO dan lain-lain . 

GiveAway ni menawarkan hadiah-hadiah yang menarik . 

Top Referral : Baju KPOP {{ MISTERI }} *ikut nasib 

Tempat pertama : Beg KPOP { SUPER JUNIOR } dan Button { SNSD }
Tempat kedua : Poster { BIG BANG } dan Poster { EXO }
Tempat ketiga : Header KPOP (Pilihan pemenang) { seorang  pemenang } 
Tempat keempat : Cursor nama (Pilihan pemenang) { dua pemenang } 
Tempat kelima : Blog Review { lapan pemenang }
Tempat keenam : Bloglist { lapan pemenang } 

JOM JOIN RAMAI-RAMAI . JANGAN LEPASKAN PELUANG
AKAN TERBATAL JIKA KURANG DARI 30 PESERTA

P/S : Wawa tag semua blogger yang datang sini.

Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com


Assalamualaikum.

Hari ini wawa join satu lagi segmen daripada akak Mialiana. Segmen ni tak lama tau. 12 jam je berlangsung dan wawa baru tahu malam tadi, 1 jam 30 minit sebelum segmen ni tamat. Nasib sempat join. Hehe. So, korang semua apa tunggu lagi, meh la kita join sekali :)


Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 19 Disember 2013, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #6 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2013.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Tuesday, December 17, 2013

LEELUVIE GIVEAWAY BY RL & IL



Picit kalau nak join ---> Ryna Comelz / Ierah Comelz

Assalamualaikum.

Hari ini wawa join satu lagi ohsemm giveaway daripada kak  adik Ryna dan Ierah. Mula-mula jengok blog diaorang, wawa ingat dia ''akak'' tadi. Haha. Nasib baik wawa cek balik biodata adik Ryna dengan Ierah ni. Hee. Sorry ye dik. Lepas baca satu satu part dalam blog ni baru la wawa tau diaorang ni kawan baik ibarat isi dan kuku sampaikan dekat credits pada blog diaorang pun ada letak link sesama sendiri. Bravo. Wawa bangga dengan hubungan persahabatan Ryna dengan Ierah ni. Hihi.

         

            

Lama juga wawa stalk blog diaorang ni. Hihi. Bukan apa, blog diaorang ni comelzzzzzz sangat. Header diaorang cantik sangat! 


Kat atas sekali, header adik Ierah dan yang bawah tu header adik Ryna. Hihi. Lawa kan. Wawa suka gambar panda tu. Yang Ierah pulak wawa suka meow yang pegang belon. Warna belon tu pun cantik jugak haha. Creative diaorang buat. Kalau lah wawa pandai edit, boleh buat header sendiri macam diaorang :)
Satu lagi kan, wawa tertarik sangat dengan cursor adik Ryna dengan Ierah ni. Macam mane diaorang buatt T.T setiap kali cursor tu gerak, ada gambar comel keluar macam bunga, kereta, tv etc. Kalau wawa menang GA diaorang, wawa nak buat permintaan minta diaorang buatkan cursor comel macam tu la hee.



Adik Ryna dengan Ierah juga ada page dekat facebook tau. Page ni diaorang kongsi sama-sama. Luviena Luviera. Maybe nama Luviena tu untuk Ryna, Luviera tu untuk Ierah. Wawa ada juga BFF tapi tak sampai macam adik Ryna dan Ierah ni sampai ada page dekat facebook sebab wawa tak main sangat dengan facebook. Nak buat status pun 3 4 kali fikir haha. Untuk Ryna dan Ierah, wawa bagi double tripple thumbs up la. Hihi



Wawa harap, hubungan persahabatan antara Ryna dengan Ierah ni berkekalan sehingga ke akhir hayat. Dan buat yang terbaik SPM nanti tau Hihi. Semoga GA korang mendapat sambutan meriah daripada para blogger yang lain. Kalau ada salah dan silap dalam entri ni, mohon maaf :)

P/S : Hadiah yang adik Ryna dan Ierah tawarkan ni memang cantik menarik tertarik lahh. Rugi kalau korang tak join hihi. Meh la join sama-sama, kita meriahkan lagi giveaway ni. Tag tag tag tag seribu tag.






Sunday, December 15, 2013

JANGAN TIDUR LEWAT


Assalamualaikum.

Tadi tengah jejalan tengok blog, wawa ada la jumpa satu entri yang menarik perhatian wawa ni. Entri ni memang sesuai sangatlah dengan wawa yang suka jadi burung hantu. Haha. Selepas habis sekolah, waktu tidur wawa terus jadi tak teratur. Dulu, belum pukul 10 dah masuk tidur. Esok pagi menggelabah tak gosok baju, hw tak siap haha. Sekarang, malam dah jadi siang. Nak buat aktiviti pun rasa lagi semangat bila buat malam. Cerita pun best-best. 
        Family pun dah mula bising mintak tidur awal. Siap bagi warning lagi. Jadi wawa tutup tv awal-awal, then masuk bilik senyap. Diaorang bising-bising tu bukan sebab marah tapi sebagai nasihat. Diaorang taknak juga tengok orang yang diaorang sayang tu jatuh sakit kan. Dulu, masa wawa sekolah dulu pun cikgu-cikgu selalu pesan supaya jangan tidur lewatt. JANGAN TIDUR LEWAT

Berdasarkan blog yang wawa baca tadi, akak Mieya ada cakap tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Sekiranya kita tidak dapat tidur dengan baik, racun yang terdapat dalam tubuh kita akan berkumpul dan akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.

Lepas wawa baca satu persatu baru la wawa tahu kenapa. Sekarang pun tengah pujuk mata biar tidur awal sikit. Haha. Duhai mata, tidurlah tidurlah..

Antara punca UTAMA kerosakkan hati ialah :


  • Tidur terlalu lewat dan selalu bangun lewat adalah penyebab utama.
  • Tidak buang air kecil di pagi hari. 
  • Terlalu banyak makan.
  • Tidak mengambil sarapan pagi.
  • Mengambil ubat-ubatan overdos (banyak)
  • Terlalu banyak mengambil bahan pengawet, pewarna makanan, perasa tiruan dan aditif.
  • Terlalu banyak mengambil makanan yang berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan yang berminyak walaupun makanan yang diambil menggunakan minyak yang terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan yang berminyak ketika dalam keadaan letih kecuali ketika badan berada dalam keadaan betul-betul fit.
  • Mengambil makanan yang berlebihan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Seeloknya, makan sayur-sayuran dalam keadaan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayur yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak boleh disimpan.
P/S : Makan telur sebanyak 2-3 biji dalam seminggu. Kalau boleh makan telur separuh masak atau telur mata kerbau dimana telur kuningnya cair untuk menggelakan sakit jantung.


Bagaimana tubuh kita berfungsi :

Malam ( 9pm - 11pm )
- masa untuk menyah/membuang toxic chemicals (de-toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan berada dalam suasana yang rileks seperti mendengar muzik.

Malam  ( 11pm - 1am )
- Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah Malam  ( 1am - 3am )
- Proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah Malam   ( 3am - 5am )
- Proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalami batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengamil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan mengganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal Pagi  ( 5am - 7am )
- Proses de-toxification di bahagian usu besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi  ( 7am - 9am )
- Penyerapan gizi pada usu kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang sakit, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6.30 pagi. Makan pagi sebelum pukul 7.30 pagi sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak bersarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. 

Namun, jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9pagi-10pagi, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun lewat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh kita.

Tengah malam sampai ke 4 pagi juga adalah waktu untuk sum sum tulang menghasilkan darah. Oleh itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur lewat.

Sumber : akak Mieya comel



Friday, December 13, 2013

[AWAS] ULAR MENCEROBOH




Assalamualaikum

          Dah dua hari wawa tak update blog ni. Banyak sangat kesibukkan tu sampai tak sempat nak update blog. *lap peluh* Kalau nak update pun asyik tertangguh je kerja. Haha. Oklah,  kali ni banyak jugak wawa nak kongsi cerita tapi satu per satu. Nanti kalau cerita sekaligus, jadi karangan pula. Entri yang wawa akan buat ni semuanya berlaku dalam hidup wawa sejak sehari dua lepas. Masih segar lagi dalam ingatan wawa ni. Hehe. Tak lupa. Malam semalam, sewaktu family wawa tengah khusyuk makan nasi, tetiba wawa ternampak seekor kucing wawa ni pandang sesuatu yang pelik macam nampak musuh. Wawa cepat-cepat bangun pergi kat kucing sebab taknak bagi kucing bergaduh. Korang tahu la kan macam mana kalau kucing bergaduh. Lintang pukang berlari sampai luka badan. Lepas sampai je depan pintu, wawa tengok dekat rumah sebelah ada "dahan" yang tak bergerak. Waktu tu kucing wawa dah ada depan "dahan" tu sambil teliti dengan penuh semangat. Then tiba-tiba, "dahan" yang wawa sangkakan "dahan" tadi tu bergerak. Eh? Biar betul ni. Wawa cepat-cepat paggil family cakap ada ular, ular, ular. Kucing-kucing wawa semua dah pergi dekat ular tu. Ular tu pula semakin laju jalannya. Nasib tak makan kucing wawa. Alhamdulillah.. Waktu tu dalam gelap. Kebetulan penyewa rumah tak ada. So, ayah wawa bagi torchlight yang ala-ala polis tu. Sekali picit, cerah macam spotlight. Haha. Lepas suluh dekat ular tu, panjang bebenar badan dia tu. Lebih satu depa. Ular tu pulak warna hitam dan berminyak. Kalau ikotkan, anak muda kot sebab dia halus dan panjang. Orang cakap kalau ada anak, ibu mesti ada. Huishh. Bimbang jugak ni. Nak-nak sekarang musim hujan, tanah pula lembap mesti ular tu lagi syok campur lagi musim dia nak cari habuan. 

       Lepas wawa nampak si ular tu, hati rasa tak sedap. Sibuk fikir keselamatan kucing-kucing wawa. Walaupun ada yang wawa dengar kalau kucing lawan dengan ular, menang kucing. Tapi, hati tetap bimbang jugak. Hari ni, wawa cari kira semua kucing-kucing wawa tengok cukup tak. Semua ada 13 ekor. 7 ekor baby, 2 ekor warga emas (betina), 3 ekor anak remaja, 1 ekor dewasa+matang. Nasib baik semuanya cukup lengkap. Petang tadi pula wawa tengok semua ibu-ibu kucing ni sibuk alihkan anak-anak dia dekat ruang dekat tempat letak kasut. Dia duduk satu tempat. Pelik juga bila macam ni. Macam dah tau-tau je musuh ada. So, wawa try la search google macam mana nak halau ular. Ada yang minta letak blerang kuning. Tapi kebetulan rumah wawa tak ada. Nak cari kat kedai pula jauh, so wawa search lagi cara lain. Cari punya cari, wawa jumpa la satu laman ni, dia cakap 'Tabur Garam Bukan Untuk Mistik, tapi Menghalau Ular'. Wawa cepat-cepat buka laman ni, baca baca baca. Lepas tu wawa try la tabur garam dekat tempat kucing wawa letak anak dia tu. Habis satu tempat wawa tabur garam. Haha. Atas kasut, lantai, lubang semua lah wawa letak. Magrib tadi, wawa tabur lagi sebab tak puas hati. Garam habis tak apa, asal kucing selamat. hee. Semoga dengan cara tu, ular tak berani nak datang la :)

  Taburan garam. Itu efektif bila tidak hujan. Lidahnya ular kan selalu keluar ketika berjalan, dia akan merasakan asin lalu akan mundur tidak mau lewat. Ular itu kalau berjalan, dengan membuka dan menutup kulitnya. Ketika ada benda yang masuk, dia merasa tidak nyaman. Sehingga dia akan mundur kembali.
Jadi ular takut sama garam bukan kepercayan mistik sebetulnya. Benda lainnya adalah duri atau tambang ijuk. Bisa dipakai musim hujan atau panas tidak masalah. Kita kelilingi saja. Ketika dia merasakan yang kasar, dia akan mundur tidak mau lewat. Makanya jarang di pohon-pohon salak ada ular karena dia merasa terganggu.

Tuesday, December 10, 2013

TEST BLOG BERLARI

Assalamualaikum. 

Tadi masa tengah jejalan melawat blog kawan-kawan yang lain, wawa terjumpa la satu blog yang wawa follow ni, nama dia Princess Sarah. Waktu tu dia update entri pasal kelajuan blog. So wawa try la cuba kelajuan blog wawa sekali. Dah alang-alang jumpa, terus pergi check. hehe. Btw, thankyou tau Sarah sebab buat tutorial nak tengok laju blog. :)
Kat bawah ni kelajuan blog wawa. 





Haa, korang nampak tak tu..blog wawa ni kalau bab berlari, dia lah jaguhnyaaaa 5.02 saat. Teettt! haha.. alaa, blog baru buat memang laju. Tunggu setahun dua akan datang nanti, memang lambat la jadinya. Ni pun wawa tengah cari juga widgets yang sesuai untuk blog wawa ni hehe. So, kalau korang nak test laju mana blog korang berlari, bola  boleh la dapatkan link dari Princess Sarah atau terus ke BLOG'S TEST.
Nanti share la kelajuan blog korang kat sini ye. hehe Selamat Mencuba :)

AKU AWET MUDA


*GAMBAR HIASAN*


Assalamualaikum.

Hai hai semua. Entri kali ni wawa nak kongsi sikit macam mana nak jadi awet muda menurut Islam. Korang semua nak cantik dan lawa-lawa kan? Petua yang wawa kongsi ni, korang kena la amalkan selalu ye. Jangan kejap buat, kejap tak buat. Lambat menjadi nanti. Sebelum tu, wawa nak bagitahu satu rahsia kat korang semua. Petua ni mak wawa yang bagitahu tempoh hari dan wawa nak kongsikan petua ni kat semua orang. Ilmu kalau kita kongsi bertambah nanti hehe.
Okay, petua dia macam ni, selepas korang makan, pastikan korang minum segelas air suam sebelum masuk tidur. Nak tau kenapa? Sebab air suam yang kita minum nanti akan menurunkan semua makanan yang terlekat kat badan kita dan bawa ke perut. Selain itu, kalau kita minum air suam selalu sebelum masuk tidur, kita dapat menghindari diri dari penyakit yang bahaya dan dalam masa yang sama boleh jadi awet muda juga tau. 


Dan kat bawah ni, wawa nak kongsikan 16 petua awet muda menurut Islam. Wawa amik petua ni melalui Fattabiouni Malaysia. Kat page ni, banyak sangat tips yang berguna yang boleh kita amalkan. Jadi, kalau korang nak cari tips atau info-info yang korang perlukan, jenguk la Fattabiouni Malaysia.

  •  Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W sebanyak 3 kali.
  • Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi, ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
  • Lakukan pada setiap pagi disusuli dengan minum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. [PERINGATAN] Jangan sesekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan. *cepat tua*
  • Sejurus bangun pagi, baca doa. Amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air ke dalam mulut selamat 10 saat dan selawat sebanyak 3 kali dalam hati. Kemudian, air tadi diteguk.
  • Air liur pada awal pagi mengandungu ENZIM yang boleh menjadi penawar , kemudian barulah menggosok gigi anda.
  • Baca surah Al-Waqiah ayat 35-38 setiap kali mandi. Untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
  • Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
  • Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rmuput yang masih berembun. 


  • Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat
  •  Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
  • Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
  • Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
  • Amalkan solat tahajud.
  • Sentiasa tenang dan bersikap positif.
  •  Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
  • Maafkan semua orang sebelum tidur.





GIVEAWAY PLAYBOY ITU SUAMI AKU?!



ASSALAMUALAIKUM !

http://nikainaa.blogspot.com/2013/11/giveaway-playboy-itu-suami-aku.html
[ KLIK BANNER UNTUK JOIN ]



HADIAH UTAMA MERUPAKAN SEBUAH NOVEL PLAYBOY ITU SUAMI AKU?! 


CARA PEMILIHAN PEMENANG IALAH TOP REFERRAL. JIKA HADIAH BERTAMBAH, PEMENANG DIPILIH SECARA TOP REFERRAL DAN RANDOM.ORG.


UNTUK PENGETAHUAN UMUM TENTANG DRAMA PLAYBOY ITU SUAMI AKU?! 
BOLEH RUJUK DI SINI.


BACA TIPS UNTUK MENJADI TOP REFERRAL DI SINI DAN SINI

 

REBUT PELUANG INI SEKARANG !!!

Wawa tag semua blogger yang singgah sini :)
Wawa harap novel tu boleh la jadi milik wawa sebab adik wawa minat sesangat-sangat cerita dia sampai dengan wawa sekali minat. Adik wawa tu kalau nak pergi kedai pun dia suruh rekod cerita ini untuk dia. Walaupun tak sempat tengok 5 minit, nak juga rekod. Hehe.

"KALAU AKU KAYA"

Assalamualaikum.

         Hari-hari wawa update blog tapi blog wawa ni hari-hari diupdatekan denga GA, Segmen dan bermacam-macam lagi lah. Boleh ibaratkan, 4 daripada 5 post yang wawa update, semuanya pasal wawa join GA dengan Segmen. Korang mesti boring kan bila jenguk blog wawa asyik update pasal join contest, bila jenguk je join contest, bila contest je jenguk Haha. Jadi malam ni wawa nak update pasal lain la pulak, contest tu esok-esok wawa join lagi. Korang semua apa khabar? Rumah korang banjir tak? Tadi wawa tengok berita, Alhamdulillah banjir dekat Terengganu, Pahang dengan Johor dan berkurang. Wawa asal orang Terengganu. Anak Jati Terengganu. Tapi Alhamdulillah kat tempat wawa duduk ni, tak ade masalah banjir. Cuma malam-malam kalau air pasang, pernah la naik air tapi pagi esok dia akan surut balik. Walaupun kat sini tak ada banjir,tapi jangan disangka pula air yang tenang tak ada buaya. Haa, even tempat wawa ni dah bertahun-tahun tak banjir [agak-agak 1 dekad kot] tapi kalau time musim tengkujuh, Ya Allah angin kuat bebenar tapi best. Tak payah kipas. Save duit! 

       Okay, berdasarkan tajuk entri wawa kat atas tu, wawa hajat nak la buat entri malam ni pasal "Kalau Aku Kaya". Kaya? Semua orang nak kaya kan. Kaya miskin tua muda semua kalau boleh nak kaya sebab dengan kaya diaorang boleh beli apa-apa je. Tapi, walaupun kita kaya macam mana pun, iman kena kuat. Ustaz wawa pernah cakap dulu -"kalau semua orang kat dunia ni kaya, hancur bumi ni nanti"- dimana, ustaz wawa maksudkan bahawa kalau semua orang atas muka bumi ni kaya, mesti mereka semua akan lalai dengan dunia dan lupa akan asal usul dan agama. Bila fikirkan balik, ada betulnya juga. Jadi sejak pada tu, wawa batalkan angan-angan wawa nak jadi kaya. Bagi wawa bersederhana tu lebih baik. Masa selang masa, ada la pada suatu hari tu wawa terbuka blog kucing KakiMotong. Sekali buka, habis entri wawa baca pasal kucing. Campur lagi wawa ni memang obses dengan kucing. Rumah wawa pun sekarang ada 13 ekor kucing. Kat sekolah pun wawa bela kucing. Bila baca punya baca dalam entri tu, banyak yang wawa sedar pasal kucing ni boleh sakit macam manusia juga. Dan kos rawatan untuk kucing lebih tinggi dari manusia. Ubat selsema kucing pun wawa beli haritu dekat RM20. Tapi sebab sayang, beli. Wawa tak kisah duit wawa terbang sebab kucing. Lepas wawa tahu banyak penyakit kucing yang memerlukan rawatan yang tinggi, baru la wawa azam balik nak jadi kaya. Nak buat persiapan untuk kucing-kucing wawa. Bak katanya, kalau manusia ada insurans, mengapa kucing tidak boleh ada juga. Biar sama-sama ada, sama-sama adil. Dan kalau boleh wawa nak kaya untuk melakukan kebaikan kepada kucing dan orang yang memerlukan. Macam wawa tengok dalam page facebok, ramai orang hulurkan sumbangan kepada mangsa banjir. Kucing pun dia hulurkan bantuan sekali dan mereka juga melakukan operasi menyelamatkan kucing. Kalau ikotkan hati teringin juga nak join sekali. Tapi takpelah bukan masanya lagi, nanti ada la rezeki. 

       Nanti, kalau wawa jadi kaya nanti, wawa ada hajat nak buat rumah kucing. Hehe. Alang-alang kucing wawa ni ramai dan diaorang semua asyik bergaduh je dengan kucing luar, jadi wawa nak la buat rumah sikit untuk diaorang. Sekurang-kurangnya keselamatan diaorang terjamin. Dan risiko nak kena langgar tu berkurang. Wawa kalau boleh nak buat la satu taman kucing untuk kucing jalanan, kucing yang didera tapi ni masih dalam angan-angan lagi. Yela, kerja pun takada lagi. Baru habis SPM 2 3 minggu lepas dah pasang angan-angan. Tapi mudah-mudahan mulut wawa ni masin la.. Impian yang diimpikan tu dapat tercapai. Wawa nak kaya bukan sebab untuk kucing dan tolong yang memerlukan je. Tapi kalau boleh, wawa nak juga tolong family wawa ni dengan hasil titik peluh wawa sendiri. Penuhi impian mereka. Even wawa tahu yang wawa tak banyak kelebihan, tapi wawa yakin Allah pasti berikan wawa kelebihan dari aspek lain yang belum wawa jumpa lagi. Hehe..
     

*GAMBAR HIASAN*



Kat atas tu, kucing rumah wawa. Hampir 7 tahun family wawa bela dia. Dari kecil, sampai dia da tak ada gigi da sekarang, tapi 2 minggu lepas, dia baru je lepas beranak 5 ekor, seekor meninggal sebab kurang susu. Nama dia Tika. Full nama Kartika HAHA. Dia ni anak kepada Cika dan Ciko. Masa wawa F4 dulu, kaki si Tika ni kena potong sebab dia digigit oleh biawak. BIAWAK. Bila wawa cakap yang kucing wawa ni kena gigit di biawak, ramai yang gelak. Terasa jugak hati ni, even dia ni hanya kucing tapi hati kalau dah sayang, siapa tak kecewa kan bila orang yang kita sayang jadi bahan ketawa orang. Kejadian ni berlaku masa wawa pergi sekolah. Kakak yang jumpa dia dulu sambil kaki berlumuran darah. Lepas balik sekolah, terus pergi vet, dan vet cakap kalau jahit, kaki dia dah tak berfungsi da, tapi kalau potong, dia tak jamin hidup atau tak sebab keadaan dia 50-50. Banyak darah hilang. Campur lagi tengah bunting. Tapi, kitaorang amik risiko besar dengan potong kaki dia sebab kalau jahit balik sama je ada kaki atau tak. 3 hari dia terbaring. Tapi Alhamdulillah hari berikutnya dia mula stabil, dah makan, jalan-jalan. hehe. Sekarang pun dia lagi lincah dengan kaki 3 dia tu berbanding kaki 4.