Assalamualaikum.
Hari-hari wawa update blog tapi blog wawa ni hari-hari diupdatekan denga GA, Segmen dan bermacam-macam lagi lah. Boleh ibaratkan, 4 daripada 5 post yang wawa update, semuanya pasal wawa join GA dengan Segmen. Korang mesti boring kan bila jenguk blog wawa asyik update pasal join contest, bila jenguk je join contest, bila contest je jenguk Haha. Jadi malam ni wawa nak update pasal lain la pulak, contest tu esok-esok wawa join lagi. Korang semua apa khabar? Rumah korang banjir tak? Tadi wawa tengok berita, Alhamdulillah banjir dekat Terengganu, Pahang dengan Johor dan berkurang. Wawa asal orang Terengganu. Anak Jati Terengganu. Tapi Alhamdulillah kat tempat wawa duduk ni, tak ade masalah banjir. Cuma malam-malam kalau air pasang, pernah la naik air tapi pagi esok dia akan surut balik. Walaupun kat sini tak ada banjir,tapi jangan disangka pula air yang tenang tak ada buaya. Haa, even tempat wawa ni dah bertahun-tahun tak banjir [agak-agak 1 dekad kot] tapi kalau time musim tengkujuh, Ya Allah angin kuat bebenar tapi best. Tak payah kipas. Save duit!
Okay, berdasarkan tajuk entri wawa kat atas tu, wawa hajat nak la buat entri malam ni pasal "Kalau Aku Kaya". Kaya? Semua orang nak kaya kan. Kaya miskin tua muda semua kalau boleh nak kaya sebab dengan kaya diaorang boleh beli apa-apa je. Tapi, walaupun kita kaya macam mana pun, iman kena kuat. Ustaz wawa pernah cakap dulu -"kalau semua orang kat dunia ni kaya, hancur bumi ni nanti"- dimana, ustaz wawa maksudkan bahawa kalau semua orang atas muka bumi ni kaya, mesti mereka semua akan lalai dengan dunia dan lupa akan asal usul dan agama. Bila fikirkan balik, ada betulnya juga. Jadi sejak pada tu, wawa batalkan angan-angan wawa nak jadi kaya. Bagi wawa bersederhana tu lebih baik. Masa selang masa, ada la pada suatu hari tu wawa terbuka blog kucing KakiMotong. Sekali buka, habis entri wawa baca pasal kucing. Campur lagi wawa ni memang obses dengan kucing. Rumah wawa pun sekarang ada 13 ekor kucing. Kat sekolah pun wawa bela kucing. Bila baca punya baca dalam entri tu, banyak yang wawa sedar pasal kucing ni boleh sakit macam manusia juga. Dan kos rawatan untuk kucing lebih tinggi dari manusia. Ubat selsema kucing pun wawa beli haritu dekat RM20. Tapi sebab sayang, beli. Wawa tak kisah duit wawa terbang sebab kucing. Lepas wawa tahu banyak penyakit kucing yang memerlukan rawatan yang tinggi, baru la wawa azam balik nak jadi kaya. Nak buat persiapan untuk kucing-kucing wawa. Bak katanya, kalau manusia ada insurans, mengapa kucing tidak boleh ada juga. Biar sama-sama ada, sama-sama adil. Dan kalau boleh wawa nak kaya untuk melakukan kebaikan kepada kucing dan orang yang memerlukan. Macam wawa tengok dalam page facebok, ramai orang hulurkan sumbangan kepada mangsa banjir. Kucing pun dia hulurkan bantuan sekali dan mereka juga melakukan operasi menyelamatkan kucing. Kalau ikotkan hati teringin juga nak join sekali. Tapi takpelah bukan masanya lagi, nanti ada la rezeki.
Nanti, kalau wawa jadi kaya nanti, wawa ada hajat nak buat rumah kucing. Hehe. Alang-alang kucing wawa ni ramai dan diaorang semua asyik bergaduh je dengan kucing luar, jadi wawa nak la buat rumah sikit untuk diaorang. Sekurang-kurangnya keselamatan diaorang terjamin. Dan risiko nak kena langgar tu berkurang. Wawa kalau boleh nak buat la satu taman kucing untuk kucing jalanan, kucing yang didera tapi ni masih dalam angan-angan lagi. Yela, kerja pun takada lagi. Baru habis SPM 2 3 minggu lepas dah pasang angan-angan. Tapi mudah-mudahan mulut wawa ni masin la.. Impian yang diimpikan tu dapat tercapai. Wawa nak kaya bukan sebab untuk kucing dan tolong yang memerlukan je. Tapi kalau boleh, wawa nak juga tolong family wawa ni dengan hasil titik peluh wawa sendiri. Penuhi impian mereka. Even wawa tahu yang wawa tak banyak kelebihan, tapi wawa yakin Allah pasti berikan wawa kelebihan dari aspek lain yang belum wawa jumpa lagi. Hehe..
*GAMBAR HIASAN*
Kat atas tu, kucing rumah wawa. Hampir 7 tahun family wawa bela dia. Dari kecil, sampai dia da tak ada gigi da sekarang, tapi 2 minggu lepas, dia baru je lepas beranak 5 ekor, seekor meninggal sebab kurang susu. Nama dia Tika. Full nama Kartika HAHA. Dia ni anak kepada Cika dan Ciko. Masa wawa F4 dulu, kaki si Tika ni kena potong sebab dia digigit oleh biawak. BIAWAK. Bila wawa cakap yang kucing wawa ni kena gigit di biawak, ramai yang gelak. Terasa jugak hati ni, even dia ni hanya kucing tapi hati kalau dah sayang, siapa tak kecewa kan bila orang yang kita sayang jadi bahan ketawa orang. Kejadian ni berlaku masa wawa pergi sekolah. Kakak yang jumpa dia dulu sambil kaki berlumuran darah. Lepas balik sekolah, terus pergi vet, dan vet cakap kalau jahit, kaki dia dah tak berfungsi da, tapi kalau potong, dia tak jamin hidup atau tak sebab keadaan dia 50-50. Banyak darah hilang. Campur lagi tengah bunting. Tapi, kitaorang amik risiko besar dengan potong kaki dia sebab kalau jahit balik sama je ada kaki atau tak. 3 hari dia terbaring. Tapi Alhamdulillah hari berikutnya dia mula stabil, dah makan, jalan-jalan. hehe. Sekarang pun dia lagi lincah dengan kaki 3 dia tu berbanding kaki 4.
No comments:
Post a Comment