Monday, December 9, 2013

Segmen Kenapa Aku Jadi Blogger? by AkuPenghibur.com




Hari ini wawa join satu lagi segmen ''Kenapa Aku Jadi Blogger''. Penganjur cakap, kalau kita nak tulis banyak-banyak perkataan pun tak apa sebab tak ada limit. So, sebelum jari wawa menari-nari laju lagi, wawa nak la jemput para pengunjung blog wawa ni join segmen kat atas tu. Boleh kita sama-sama meriahkan lagi segmen ni sebelum tarikh luput :)

Due Date : 28 Disember 2013, 12.00 Tengah Malam

Wawa start berblog sejak August 2011 tapi pada awal tahun baru ni wawa baru je delete blog sebab nak fokus pada study campur dengan ada alasan yang tertentu. Lepas wawa tamat exam SPM baru ni, baru wawa terdetik nak buat balik blog dan mula dari bawah. Kali ni wawa fikir masak-masak untuk hidupkan balik blog wawa macam blogger yang lain. Tak nak dah pisang berbuah dua kali. Dulu wawa menyesal juga sebab delete blog tapi yang berlalu biar la berlalu jangan diungkit kembali. Dengan azam baru wawa kali ni, wawa buat blog ni sebab wawa nak kongsikan sedikit sebanyak asam garam hidup wawa, keluarga,kucing dan kawan-kawan. Kalau boleh wawa nak juga share kat semua orang pasal isu-isu semasa, kesihatan, agama, makanan dan banyak lagi. Tapi kena mula secara perlahan-lahan dulu sebab tak nak tergesa-gesa. Dan kalau boleh wawa nak pastikan blog wawa ni 100% hasil tulisan ni dari diri wawa sendiri. InsyaAllah kalau diizinkan. Wawa buat blog ni juga sebab wawa suka menulis, kebanyakan hari-hari wawa diisi dengan internet. Baca isu-isu semasa pun melalui internet jugak. Apatah lagi kalau nak tengok resepi, nak cari penawar melalui ubat-ubat tradisional. Semuanya melalui internet. Orang muda-muda cakap maklumat dihujung jari. Jadi boleh la wawa kongsi sedikit sebanyak maklumat yang wawa tahu dengan menulis dalam blog ni. Bak kata pepatah melayu, sambil menyelam, sambil minum air. Sementara wawa tunggu result SPM tahun depan, wawa hajat nak buat la bisnes kecil-kecilan melalui blog ni macam shawl, tudung bawal. Boleh tambah pendapatan sikit. Tapi masih dalam perancangan lagi. Dah alang-alang kakak wawa ada negara orang, boleh la minta dia belikan shawl kat sana dan jual kat Malaysia. Maybe suatu hari nanti. Wawa tak boleh nak buat janji lagi sebab semuanya masih dalam perancangan, baru nak beli. Satu lagi, niat wawa nak berblog juga sebab wawa nak cari kawan-kawan baru tak kira tua atau muda. Sebab wawa tahu mereka semua lebih makan asam garam dari wawa. Mereka ada banyak pengalaman pahit manis. Jadi tak salah kalau wawa berkawan dan berkongsi pendapat sesama mereka. Wawa harap impian wawa nak jadi blogger yang dikenali ramai tercapai. Hehe

3 comments:

  1. salam..ayu singgah dr segmen yg sama..

    ada masa singgah la ke blog ayu...ayu ada buat segmen juga..tq

    http://ayuinsyirah.blogspot.com/2013/12/segmen-kenapa-aku-jadi-blogger-by.html

    ReplyDelete
  2. salam gud luck, nak ajak join kontest kt blog saya pula. :) , peluang nak menag service like fanpage , businesscard n banyak lagi . masa dh tinggl 5 hari je lagi huhu http://www.mawardiyunus.com/2013/12/pelancaran-kontes-u-blogger_7.html

    ReplyDelete