Assalamualaikum.
Tadi tengah jejalan tengok blog, wawa ada la jumpa satu entri yang menarik perhatian wawa ni. Entri ni memang sesuai sangatlah dengan wawa yang suka jadi burung hantu. Haha. Selepas habis sekolah, waktu tidur wawa terus jadi tak teratur. Dulu, belum pukul 10 dah masuk tidur. Esok pagi menggelabah tak gosok baju, hw tak siap haha. Sekarang, malam dah jadi siang. Nak buat aktiviti pun rasa lagi semangat bila buat malam. Cerita pun best-best.
Family pun dah mula bising mintak tidur awal. Siap bagi warning lagi. Jadi wawa tutup tv awal-awal, then masuk bilik senyap. Diaorang bising-bising tu bukan sebab marah tapi sebagai nasihat. Diaorang taknak juga tengok orang yang diaorang sayang tu jatuh sakit kan. Dulu, masa wawa sekolah dulu pun cikgu-cikgu selalu pesan supaya jangan tidur lewatt. JANGAN TIDUR LEWAT.
Berdasarkan blog yang wawa baca tadi, akak Mieya ada cakap tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Sekiranya kita tidak dapat tidur dengan baik, racun yang terdapat dalam tubuh kita akan berkumpul dan akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.
Lepas wawa baca satu persatu baru la wawa tahu kenapa. Sekarang pun tengah pujuk mata biar tidur awal sikit. Haha. Duhai mata, tidurlah tidurlah..
Antara punca UTAMA kerosakkan hati ialah :
Lepas wawa baca satu persatu baru la wawa tahu kenapa. Sekarang pun tengah pujuk mata biar tidur awal sikit. Haha. Duhai mata, tidurlah tidurlah..
Antara punca UTAMA kerosakkan hati ialah :
- Tidur terlalu lewat dan selalu bangun lewat adalah penyebab utama.
- Tidak buang air kecil di pagi hari.
- Terlalu banyak makan.
- Tidak mengambil sarapan pagi.
- Mengambil ubat-ubatan overdos (banyak)
- Terlalu banyak mengambil bahan pengawet, pewarna makanan, perasa tiruan dan aditif.
- Terlalu banyak mengambil makanan yang berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan yang berminyak walaupun makanan yang diambil menggunakan minyak yang terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan yang berminyak ketika dalam keadaan letih kecuali ketika badan berada dalam keadaan betul-betul fit.
- Mengambil makanan yang berlebihan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Seeloknya, makan sayur-sayuran dalam keadaan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayur yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak boleh disimpan.
P/S : Makan telur sebanyak 2-3 biji dalam seminggu. Kalau boleh makan telur separuh masak atau telur mata kerbau dimana telur kuningnya cair untuk menggelakan sakit jantung.
Bagaimana tubuh kita berfungsi :
Malam ( 9pm - 11pm )
- masa untuk menyah/membuang toxic chemicals (de-toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan berada dalam suasana yang rileks seperti mendengar muzik.
Malam ( 11pm - 1am )
- Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.
Tengah Malam ( 1am - 3am )
- Proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.
Tengah Malam ( 3am - 5am )
- Proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalami batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengamil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan mengganggu proses pembuangan toksin tersebut.
Awal Pagi ( 5am - 7am )
- Proses de-toxification di bahagian usu besar, anda harus mengosongkan usus.
Pagi ( 7am - 9am )
- Penyerapan gizi pada usu kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang sakit, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6.30 pagi. Makan pagi sebelum pukul 7.30 pagi sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak bersarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka.
Namun, jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9pagi-10pagi, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun lewat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh kita.
Tengah malam sampai ke 4 pagi juga adalah waktu untuk sum sum tulang menghasilkan darah. Oleh itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur lewat.
Sumber : akak Mieya comel
hmm samalah untuk qila lah ni hihiihihi thanksssss <3
ReplyDeletewah, meera pun selalu masa cuti sekolah biasa tidur lambat. hehe.
ReplyDelete