Wednesday, December 4, 2013

Bangkit




"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti.
- Saidina Ali bin Abi Talib -

Assalamualaikum



Dah lama jari tak menari-nari atas keyboard ni. Rasa janggal pun ada seperti baru kali pertama buat blog. Padahal dah lama buat tapi buang buang buang. Dulu kemain aktif main blog, tapi bila da dekat SPM, sorry blog, kita terpaksa putus jap. Cinta kita hanya setengah jalan. Nanti kalau jodoh kita ada, ada la tu..tak kemana. 02 Disember 2013, wawa last paper exam Lukisan Kejuruteraan, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan dapat menduduki SPM sehingga selesai. Semoga result SPM kali ni, wawa tergolong dalam golongan cerdik pandai hihi.. Habis je paper exam, tiba-tiba hati terdetik nak ada blog balik nak post gambar, join giveaway, nak kongsi cerita dan kalau boleh nak semua lah.. banyak sangat impian ni. Disebabkan jodoh dengan blog tu kuat sangat, jadi wawa pun buatlah blog baru. Kena bermula dari awal balik. Dulu wawa kongsi blog dengan kawan wawa, Jiha. Blog kitaorang nama The Two Of Us lepas tu kitaorang delete sebab hajatnya nak fokus pada exam. Azam dulu-dulu kemain nak fokus sampai berjaya, tapi lalai dengan cerita korea,games Candy Crush,  Minion Rush. Habis roboh plan nak berjaya. Jadi dalam blog kali ni, wawa dah tak kongsi dengan Jiha.kitaorang masing-masing buat haluan sendiri, ada yang bekerja, goyang kaki, melancong, buat lesen kereta. Nak berjumpa pun terhad sebab kat sini hujan tak henti. Banjir bila-bila masa je boleh berlaku Hehe. Dan wawa pula, nak belajar setia dengan blog ni dan jadi babysitter untuk kucing wawa.

No comments:

Post a Comment