*GAMBAR HIASAN*
Assalamualaikum.
Hai hai semua. Entri kali ni wawa nak kongsi sikit macam mana nak jadi awet muda menurut Islam. Korang semua nak cantik dan lawa-lawa kan? Petua yang wawa kongsi ni, korang kena la amalkan selalu ye. Jangan kejap buat, kejap tak buat. Lambat menjadi nanti. Sebelum tu, wawa nak bagitahu satu rahsia kat korang semua. Petua ni mak wawa yang bagitahu tempoh hari dan wawa nak kongsikan petua ni kat semua orang. Ilmu kalau kita kongsi bertambah nanti hehe.
Okay, petua dia macam ni, selepas korang makan, pastikan korang minum segelas air suam sebelum masuk tidur. Nak tau kenapa? Sebab air suam yang kita minum nanti akan menurunkan semua makanan yang terlekat kat badan kita dan bawa ke perut. Selain itu, kalau kita minum air suam selalu sebelum masuk tidur, kita dapat menghindari diri dari penyakit yang bahaya dan dalam masa yang sama boleh jadi awet muda juga tau.
Dan kat bawah ni, wawa nak kongsikan 16 petua awet muda menurut Islam. Wawa amik petua ni melalui Fattabiouni Malaysia. Kat page ni, banyak sangat tips yang berguna yang boleh kita amalkan. Jadi, kalau korang nak cari tips atau info-info yang korang perlukan, jenguk la Fattabiouni Malaysia.
- Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W sebanyak 3 kali.
- Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi, ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
- Lakukan pada setiap pagi disusuli dengan minum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. [PERINGATAN] Jangan sesekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan. *cepat tua*
- Sejurus bangun pagi, baca doa. Amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air ke dalam mulut selamat 10 saat dan selawat sebanyak 3 kali dalam hati. Kemudian, air tadi diteguk.
- Air liur pada awal pagi mengandungu ENZIM yang boleh menjadi penawar , kemudian barulah menggosok gigi anda.
- Baca surah Al-Waqiah ayat 35-38 setiap kali mandi. Untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
- Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
- Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rmuput yang masih berembun.
- Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat
- Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
- Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
- Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
- Amalkan solat tahajud.
- Sentiasa tenang dan bersikap positif.
- Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
- Maafkan semua orang sebelum tidur.
nice sharing wawa..semoga kita semua sentiasa kekal muda gitu.. :D
ReplyDelete