SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DIRECT EMAIL : wawaabdhadi@gmail.com. Terima Kasih ^^

Friday, December 13, 2013

[AWAS] ULAR MENCEROBOH




Assalamualaikum

          Dah dua hari wawa tak update blog ni. Banyak sangat kesibukkan tu sampai tak sempat nak update blog. *lap peluh* Kalau nak update pun asyik tertangguh je kerja. Haha. Oklah,  kali ni banyak jugak wawa nak kongsi cerita tapi satu per satu. Nanti kalau cerita sekaligus, jadi karangan pula. Entri yang wawa akan buat ni semuanya berlaku dalam hidup wawa sejak sehari dua lepas. Masih segar lagi dalam ingatan wawa ni. Hehe. Tak lupa. Malam semalam, sewaktu family wawa tengah khusyuk makan nasi, tetiba wawa ternampak seekor kucing wawa ni pandang sesuatu yang pelik macam nampak musuh. Wawa cepat-cepat bangun pergi kat kucing sebab taknak bagi kucing bergaduh. Korang tahu la kan macam mana kalau kucing bergaduh. Lintang pukang berlari sampai luka badan. Lepas sampai je depan pintu, wawa tengok dekat rumah sebelah ada "dahan" yang tak bergerak. Waktu tu kucing wawa dah ada depan "dahan" tu sambil teliti dengan penuh semangat. Then tiba-tiba, "dahan" yang wawa sangkakan "dahan" tadi tu bergerak. Eh? Biar betul ni. Wawa cepat-cepat paggil family cakap ada ular, ular, ular. Kucing-kucing wawa semua dah pergi dekat ular tu. Ular tu pula semakin laju jalannya. Nasib tak makan kucing wawa. Alhamdulillah.. Waktu tu dalam gelap. Kebetulan penyewa rumah tak ada. So, ayah wawa bagi torchlight yang ala-ala polis tu. Sekali picit, cerah macam spotlight. Haha. Lepas suluh dekat ular tu, panjang bebenar badan dia tu. Lebih satu depa. Ular tu pulak warna hitam dan berminyak. Kalau ikotkan, anak muda kot sebab dia halus dan panjang. Orang cakap kalau ada anak, ibu mesti ada. Huishh. Bimbang jugak ni. Nak-nak sekarang musim hujan, tanah pula lembap mesti ular tu lagi syok campur lagi musim dia nak cari habuan. 

       Lepas wawa nampak si ular tu, hati rasa tak sedap. Sibuk fikir keselamatan kucing-kucing wawa. Walaupun ada yang wawa dengar kalau kucing lawan dengan ular, menang kucing. Tapi, hati tetap bimbang jugak. Hari ni, wawa cari kira semua kucing-kucing wawa tengok cukup tak. Semua ada 13 ekor. 7 ekor baby, 2 ekor warga emas (betina), 3 ekor anak remaja, 1 ekor dewasa+matang. Nasib baik semuanya cukup lengkap. Petang tadi pula wawa tengok semua ibu-ibu kucing ni sibuk alihkan anak-anak dia dekat ruang dekat tempat letak kasut. Dia duduk satu tempat. Pelik juga bila macam ni. Macam dah tau-tau je musuh ada. So, wawa try la search google macam mana nak halau ular. Ada yang minta letak blerang kuning. Tapi kebetulan rumah wawa tak ada. Nak cari kat kedai pula jauh, so wawa search lagi cara lain. Cari punya cari, wawa jumpa la satu laman ni, dia cakap 'Tabur Garam Bukan Untuk Mistik, tapi Menghalau Ular'. Wawa cepat-cepat buka laman ni, baca baca baca. Lepas tu wawa try la tabur garam dekat tempat kucing wawa letak anak dia tu. Habis satu tempat wawa tabur garam. Haha. Atas kasut, lantai, lubang semua lah wawa letak. Magrib tadi, wawa tabur lagi sebab tak puas hati. Garam habis tak apa, asal kucing selamat. hee. Semoga dengan cara tu, ular tak berani nak datang la :)

  Taburan garam. Itu efektif bila tidak hujan. Lidahnya ular kan selalu keluar ketika berjalan, dia akan merasakan asin lalu akan mundur tidak mau lewat. Ular itu kalau berjalan, dengan membuka dan menutup kulitnya. Ketika ada benda yang masuk, dia merasa tidak nyaman. Sehingga dia akan mundur kembali.
Jadi ular takut sama garam bukan kepercayan mistik sebetulnya. Benda lainnya adalah duri atau tambang ijuk. Bisa dipakai musim hujan atau panas tidak masalah. Kita kelilingi saja. Ketika dia merasakan yang kasar, dia akan mundur tidak mau lewat. Makanya jarang di pohon-pohon salak ada ular karena dia merasa terganggu.

No comments:

Post a Comment