Friday, December 6, 2013

[UPDATE] SEGMEN BLOGWALKING BY AMILA

====================

*Klik banner untuk join


Promote segmen di atas kepada rakan-rakan anda! 

Deadline: 25/12/2013

Jom rebut peluang ini!Jangan ketinggalan.


Sementara peluang keemasan ni masih ada, jom meriahkan segmen daripada Adik Amila ni. Semoga wawa dapat rezeki untuk menang segmen ni. hehe. Macam-macam hadiah comelz yang korang idamkan ada kat sini tau. Antara 10 3 barang yang wawa nak :
  • shawl
  • dress
  • review blog

Tapi disebabkan sponser adik Amila ni bertambah, jadi wawa nak tambah juga la barang yang wawa nak. Tapi serius, kali ni barang yang wawa betul-betul nakkan tu ada dekat GA adik Amila. So, wawa tak nak lepaskan peluang wawa yang dah bersinar-sinar macam permata ni. Semoga wawa dapat la. Hehe.
Ni antara 2 barang yang wawa nak iaitu T-SHIRT RUNNING MAN dan EXO BUTTON BADGE daripada Kpoplicious Online Shop dan D'Orchidcharm Shoppe. Wawa minat yang amat minat sangat dekat running man ni. Nak-nak Kwangsoo, Gary, Suk-Jin, Jaesuk, Jongkook semualah. Semua suka haha. Dulu pernah juga cari baju running man tapi tak jumpa. Kalau boleh wawa nak juga T-Shirt running man ni. Nak buat kenangan. Nanti bila dah tua, boleh tunjuk kat anak-anak feveret wawa. Hampir satu family tengok running man ni. Kalau hari Jumaat malam, mesti tidur lewat sebab nak tengok. So, kalau korang nak baju running man sama macam wawa nak, boleh la pergi ke Kpoplicious Online Shop untuk order baju running man kegemaran korang. Boleh buat design sendiri tau. Tapi kalau korang nak betul-betul macam running man macam baju yang boleh tarik tag nama tu, korang pun boleh terus order kat sana juga. Haa amacam? Best kan?? Meh meh kita serbu Kpoplicious Online Shop!
Kat bawah ni salah satu baju running man yang ada dalam facebook Kpoplicious Online Shop. :)




Kalau kpop pula, dulu wawa tak minat sangat. Tapi adik wawa yang minat sangat-sangat sampaikan dalam satu hari tu tak tengok kpop memang tak sah. Sampai lah satu hari tu, dengan wawa sekali terikut-ikut dengan minat adik wawa terhadap kpop. Sekarang, hampir hari-hari wawa dengar siap boleh ingat lagi nama group korea. Haha. CnBlue, GirlGeneration, FtIsland, Shinee, Beast, Super Junior, Kara, ZE:A, 2PM, 4 minute, EXO, Shinwa, 2NE1 dan macam-macam lagi lah. Tapi yang wawa tertariknya, EXO ni terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu EXO-K dan EXO-M. Tapi wawa lagi minat EXO-K. Lagu dia pun sedap nak nak Mama dengan History. Tapi, dalam kumpulan EXO-K tu wawa lagi minat Suho ( Kim Joon Myun )





Kalau wawa dapat badge EXO-K, wawa nak mintak badge gambar Suho la. Hihi. Tapi kalau korang nak juga dapat macam ni boleh la pergi ke D'Orchidcharm Shoppe untuk dapatkan badge. Wawa tau pun baru semalam lepas usha blog adik Amila ni. Nampak je segmen dia ada update baru terus wawa update blog wawa. Haha. Hadiah dia pun ohsem laa. Rugi tau tak join. 

Btw, wawa tabik spring la kat adik Amila comelz ni sbb muda-muda dah buat giveaway. Wawa bila la lagi nak buat. Dulu pernah la jugak nak, tapi tak pandai nak cari sponsor. 

Blogger ID

Nama : wawaabdulhadi
Warna : salmon
Tulis apa : AS 
Mula menjadi ahli : since August 2011
Tarikh luput : 06 April 2030
Tarikh lahir : 18 Jan 1996
Gambar : nak gambar sendiri boleh?

Tag

comel | cute | cantik


KFC hanya RM4!! Dapatkannya sekarang!! [LINK]

2 comments: