SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DIRECT EMAIL : wawaabdhadi@gmail.com. Terima Kasih ^^

Monday, January 6, 2014

IDK

Assalamualaikum

Hari khamis nanti wawa ada ceramah teori 3 jam. Seminggu lepas ujian berkomputer, baru terdetik hati ni nak call tanya bila boleh continue buat lesen. Hmm. Masuk ni dah bulan 1, lagi 2 bulan lagi result SPM keluar. Ya Allah, mintak-mintak keputusan cemerlang la. Sementara wawa tengah tunggu result, ada la juga nak cari part time job tapi mak wawa tak bagi kerja atas alasan tertentu. Nak buat macam mana, kalau mak dah tak izinkan, tak boleh lawan kan. Hee. Jadi, wawa cuba cari kerja dekat rumah tu. Walaupun tak dapat nak kerja, nak juga cari duit ni isi tabung. 
Fikir punya fikir, ada juga berhajat nak buat felt craft. Tapi bila fikir, ada ke yang nak beli? Kalau ada yang nak sponsor tudung ke baju ke apa ke boleh wawa promote kan dekat blog dan instagram. Alang-alang wawa tengah free, boleh tolong orang. Hihi.
Selain tu, wawa ada juga nak jual kuih lipat segera. InsyaAllah hujung minggu ni start. Ni pun try slow slow dulu. Kalau wawa free time dekat nak raya tu, wawa boleh buatkan putukhua/putu kacang. Time nak raya tok wawa selalu jual. Wawa selalu tolong tok buat. Sampai sekarang resepi ingat dalam kepala je. Haha. *Cewahh*

No comments:

Post a Comment