SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DIRECT EMAIL : wawaabdhadi@gmail.com. Terima Kasih ^^

Monday, January 20, 2014

18 JANUARI



Hi. Dah dua hari wawa tak update blog. Hari ni baru ada masa sikit nak update 2 3 keping entry. Hihi. Bukannya apa, wawa sibuk buat lesen. Campur lagi buat biskut, pergi kenduri, layan rgam kucing. Dah tak terkira dah penat tu. Haha. 

18 Januari baru ni birthday wawa. Alhamdulillah sekarang wawa dah masuk 18 tahun. Pejam celik pejam celik dah besar panjang. Hihi. Sepatutnya, pada haritu juga wawa boleh buat lesen, tapi penuh. Terpaksa tangguh 19 Januari. Tapi Alhamdulillah masa 18 Januari haritu masjid kampung wawa ada buat sambutan maulidur rasul. Kira bertuah jugak la sebab buat time birthday wawa. Hihi.

Dan terimakasih dekat ehem ehem dan Bella sebab nyanyi lagu birthday yang paling sedap dalam dunia. Kepada kawan-kawan, family terimakasih wish birthday wawa dan doakan wawa selalu. Terharu sangat. Kawan-kawan fb,instagram terimakasihh. Semoga Allah murahkan rezeki korang dan balas jasa baik korang. Amin :)

1 comment: