Monday, January 6, 2014

LEE-SEUNG-GI KU KINI MILIK ORANG


Assalamualaikum.

Tadi adik wawa ada tunjuk keratan akhbar pasal Yoona SNSD dengan Lee Seungi Gi sah bercinta. Terkejut wawa lepas baca. Haha. Lee Seungi Gi ku kini menjadi milik orangg. T.T
Wawa minat gila Lee Seungi Gi dulu lepas tengok dia jadi hero dalam cerita My Girlfriend Is Gumiho. Cerita yang serigala ada 9 ekor tu. Selain menjadi pelakon popular, Lee Seungi Gi juga terkenal dengan beberapa buah lagu balada yang menjadi hits dalam dunia hiburan dan merupakan seorang bintang program variety serta popular dalam iklan. Aww. Dan si Yoona SNSD pulak ehem ehem wawa yang minat tersangat-sangat. Dan wawa yakin mesti ramai lagi lelaki-lelaki kat luar sana tu tengah kecewa tahap gaban bila dengan berita ni kan? Haha. *gurau* Mana taknya kan Yoona kan pernah dinobatkan sebagai salah seorang wanita tercantik di Asia. Nak ditambahkan ceritanya lagi, Yoona juga mempunyai kelebihan sendiri iaitu sebagai salah seorang bintang Korea dengan nilai komersial terbesar melalui iklan serta sebagai model dan pelakon drama.




Berdasarkan maklumat yang wawa baca tu, dikatakan Lee Seung Gi dan Yoona dah mula berjumpa sesama sendiri sejak September 2013 lagi dan mula berdating dengan Lee Seung Gi di Han River selepas Lee Seung Gi pulang dari Jepun. Mereka didedahkan telah keluar bersama beberapa kali oleh agensi berita Dispatch di Korean lengkap dengan gambar.

Berdasarkan maklumat yang wawa baca, Lee Seung Gi dan Yoona merupaka pasangan selebriti Korea yang paling hangat (super POWER) selepas Rain dan Kim Tae Hee. Jadi, bagi pandangan korang yang tak minat dengan dunia kpop, ini merupakan versi mereka untuk kisah percintaan antara Jennifer Aniston dan Brad Pitt.

yoona dan lee seung gi bercinta

Diam-diam ubi berisi rupanya. Hihi. Btw, Lee Seungi Gi ni memang pernah cakap yang dia suka dekat Yoona dalam rancangan varietynya.

No comments:

Post a Comment