SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DIRECT EMAIL : wawaabdhadi@gmail.com. Terima Kasih ^^

Tuesday, January 21, 2014

PENGALAMAN BAWA KERETA


Baru-baru ni wawa ada praktikal 3 jam bawa kereta. First time nak bawak kereta, rasa macam berdebar sangat. Dalam kepala ni dah macam-macam perkara negatif keluar. Rasa macam nak SPM balik pun ada. Haha *melampau sangat ni* 
Wawa sampai dekat pusat memandu tu dalam pukul 8 pagi, then amik no giliran, tunggu dekat blok D, tunggu akak panggil nama dalam pukul 10 lebih baru boleh bawak. Lama gila kena tunggu sampai perut dah macam-macam ragam bunyi. Bila sampai giliran wawa untuk bawak tu, wawa rasa macam suka sangat-sangat haha tapi kaki tak pro lagi. Maklumlah baru pertama kali. Tapi Alhamdulillah boleh bawak even ada satu dua tika tu kereta mati tengah jalan. Waktu nak naik bukit tu over excitedd rasa macam turun gelongsor pun ada. Haha. Tapi time pakcik ajar berhenti dekat atas bukit tu ok lah jugak. Tapi ada satu part tu kereta mati tengah-tengah bukit. Hampir nak undur ke belakang. Haha. Nasib baik pakcik tu cepat bertindak. Kalau wawa rasanya tawakal je kot kereta undur belakang. Haha. 
Satu lagi part yang wawa tak boleh lupa, bila nak turunkan handbreak kereta. Wawa guna dua tangan nak turunkan handbreak. Pakcik yang ajar wawa tu gelak siap perli lagi. Haha. Kalau JPJ tengok ni, comfirm out. Tak merasalah lesen P. 

No comments:

Post a Comment