Friday, January 17, 2014

Pencarian Bloglist by Fiona Ellallynx




Malam ni wawa nok join segmen pertama yang dianjurkan oleh Fiona Ellallynx iaitu Pencarian Bloglist 2014. Memandangkan Cik Fiona ni baru pertama kali buat segmen, apa kata kita semua ramai-ramai support Cik Fiona ni supaya segmen dia mendapat sambutan meriah. Hip hip horayy. Haha. 
Ada 5 kategori bloglist yang akan korang dapat kalau join segmen ni tau. Antaranya : 

  • Bloglist sepanjang tahun 
  • Bloglist bulanan
  • Bloglist jejaka kacak
  • Bloglist cantik manis
  • Bloglist peserta


Korang apa tunggu lagi, meh cepat tekan [LINK] untuk masuk ke dunia Cik Fiona. Hee :)
Dalam banyak-banyak syarat yang diberikan, Cik Fiona minta ceritakan sedikit tentang diri dan impian kita. 


&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Diri wawa, wawa manusia biasa. Masing-masing ada kelemahan dan kelebihan diri malah sering melakukan kesilapan. Lebih gemar orang memanggil diri ini sebagai wawa. Sebab dari kecik tuek lagi mak ayah dah start panggil wawa. Cuma cikgu cina dekat tusyen wawa je panggil wawa ni dihah. Nama penuh Wadhihah. Ringkas je. Tak ada Nur, Nurul, Wan atau apa-apa. Berasal dari Terengganu. Tak layak untuk dipanggil sebagai anak jati Terengganu even dah 17 tahun duduk sini sebab wawa tak pandai nak cakap loghat Terengganu yang pekat. Tahu sikit sikit je. Hihi. Umur wawa nak masuk 18 tahun, 18 Januari nanti genaplah umur wawa 18 tahun. Alhamdulillah. :) 
Masa sekolah dulu wawa amik aliran Lukisan Kejuruteraan. Cita-citanya nak jadi pereka landskap sebab wawa suka tengok bunga tetapi sejak habis sekolah ni minat memasak tu lebih-lebih pulak. Wawa suka makan. Cheese leleh oreo dengan blueberry cheese tart tu favourite wawa. Act, semua makanan yang sedap wawa suka telan. Dekat rumah, wawa bela 11 ekor kucing. Kucing tu dah jadi separuh dari hidup wawa. Dan rasa macam anak dah. Even kucing gaduh tengah malam pun wawa sanggup keluar. Kasih ibu orang kata. Haha. Bukan kucing rumah je, wawa juga ada bela kucing dekat sekolah. Setiap kali pergi sekolah mesti bawak makanan kucing. Sampai kucing tu berani tidur atas meja cikgu. Hm, korean and philipina drama favourite wawa. Dua-dua cerita ni boleh buat wawa meroyan kalau tak dapat tengok episod seterusnya. Haha. Running man lagi lahh. Drama melayu, matsalleh pun tengok. Pendek cerita, semua wawa tengok. Wawa start berblog dah lama tapi terpaksa delete, sekarang baru bangkit balik. Wawa harap dapat support dari blogger lain :) 





Okay. Kalau sebut je pasal impian, macam-macam keluar dalam benak fikiran kita. Kalau wawa lah, ada lah dalam 1001 impian tu. Tapi tak semua impian tu kita akan dapat. Manusia cuma merancang, yang tentukan tu Allah. Dengan berdoa, insyaAllah apa yang kita minta, dimakbulkan. Impian wawa nak berbakti kepada ibu bapa, keluarga. Wawa nak buat diaorang bangga dengan wawa suatu hari nanti. Yela, anak mana yang taknak tengok ibu bapa kita bangga dengan kita. Semua nak kan? 
Untuk jangka masa yang panjang, dah lama sangat wawa nak bina rumah kucing untuk kucing-kucing wawa. Haritu mak ada cakap nak buat lepas siap baiki rumah tapi masih tak tercapai lagi. Sibuk agaknya. Last sekali  wawa nak mintak supaya Allah panjangkan umur kami, murahkan rezeki kami, ampunkan kesalahan kami, kekalkan jodoh kami nak nak wawa dengan ehem ehem dan kuatkan iman kami seluruh umat Islam. :)


No comments:

Post a Comment