SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DIRECT EMAIL : wawaabdhadi@gmail.com. Terima Kasih ^^

Thursday, January 9, 2014

MIMBAR AKHIR PENCETUS UMMAH

Assalamualaikum.



Sekarang rancangan Pencetus Ummah final sedang berlangsung di Astro Oasis. Sekejap je, dah nak akhir. Rasanya haritu baru je. Hmm. Agak-agak korang siapakah yang bakal jadi juara Pencetus Ummah nanti? 
Sebenarnya wawa tak kenal sangat dengan para peserta PU ni. Sorang dua je yang wawa kenal. Tapi wawa suka diaorang semua bagi tazkirah. Walaupun ada sedikit gurauan, tapi apa yang diperkatakan oleh diaorang, banyak memberi pengajaran terutama dalam hidup wawa. Dari situ, wawa dapat banyak sangat ilmu baru. Alhamdulillah.

Tengah rancangan ni berlangsung tadi, ada sampai satu part tu, Dr. Ridhuan Tee Abdullah memberi sedikit tazkirah pasal ibu dia. Jujur wawa cakap, sangat menyentuh hati. Ramai para penonton menitiskan air mata ketika dia bercakap. Sejak wawa tengok PU ni, terbuka sikit hati wawa untuk mengenali Dr. Ridhuan Tee Abdullah ni. Wawa suka dengar dia bagi tazkirah. Dan kalau boleh, wawa nak berjumpa dengan dia. Nak dengar dia beri tazkirah di depan wawa. InsyaAllah. Wawa harap suatu hari nanti wawa dapat peluang tu. 

Semoga rancangan Mimbar Pencetus Ummah ni dapat dilangsungkan lagi. :)



No comments:

Post a Comment