Assalamualaikum.
Korang perasan tak sejak seminggu dua ni cuaca rasa sejuk semacam je? Kadang tu, time pagi pagi tu rasa sejuk sampai ke tulang kalau nak mandi. Air pagi sejuk tak macam dulu. Lepas tu, kalau kita jenguk kat luar rumah rasa macam baru pukul 5 6 petang even waktu tu jam dinding rumah kita dah menunjukan pukul 7 petang. Wawa selalu ingat cerita Ariana Rose tu start awal kalau tak tengok jam rumah. Bila dah tengok jam, Ya Allah rasa macam awal lagi tapi rupanya dah lewat. Dan bila tiba time sejuk macam ni, masa wawa zaman kecik-kecik dulu pernah juga berangan nak salji turun dekat rumah. Main-main macam orang matsaleh buat tu. Tapi siapa sangka perkara yang kita pernah inginkan tu dikatakan kemungkinan bakal berlaku di negara kita. Allahualam. Semua ni kerja Allah. Kalau Dia nak berlaku sekarang, sekarang juga berlaku. Tak tangguh. Tapi sejauh manakah kebenaran tu berlaku, kita tak tau. Semua tu dalam tangan Allah. Manusia cuma merancang.
Sampailah tadi, bila wawa dapat je berita pasal ni, cepat-cepat wawa pergi search google. Petang tadi juga, tengah blogwalking sedap-sedap, wawa ada jumpa blog Ana Ahmad yang dia update pasal Indonesia dilanda salji. Korang boleh pergi ke sini untuk baca entri Ana Ahmad. [LINK]
Dan tadi juga, wawa ada terbaca artikel dari MyNewsHub.My yang berbunyi macam ni :
MELIHAT carta suhu minimum dan maksimum yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini membuatkan penulis tertanya-tanya adakah negara kita sedang mengalami musim sejuk dan bakal dilanda salji?
Mungkin agak aneh, tetapi tidak mustahil kerana kawasan tinggi di Indonesia dan Vietnam sudah pun mengalaminya.
Memetik laporan Berita Harian, suhu sejuk tersebut berpunca daripada luruan udara sejuk dari tanah besar China (tekanan tinggi) yang bergerak ke Laut China Selatan.
Keadaan ini biasa terjadi ketika Monsun Timur Laut.
Menurut Pengarah Pejabat Meteorologi Kelantan/Terengganu, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Jenuwa Husin, Kuala Krai di Kelantan merekodkan suhu sejuk terendah sehingga 17 darjah Celsius.
Ia sekaligus mencatatkan rekod pertama seumpamanya di Pantai Timur.
Berbalik kepada persoalan adakah Malaysia akan dilanda salji seperti yang berlaku di negara jiran, sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa negara ini tidak akan mengalami fenomena tersebut kerana kedudukannya yang berada di garisan khatulistiwa.
Secara ringkasnya, Malaysia akan menerima cahaya matahari yang banyak sepanjang tahun.
Fenomena yang melanda beberapa negara yang selama ini tidak pernah atau sudah lama tidak dilanda salji dipanggil ‘zaman ais mini’ yang berpunca daripada aktiviti matahari yang berada di tahap minimum.
Ia menyebabkan tompok letusan solar pada permukaan matahari berkurangan dan matahari menyejuk.
Jadi, bagi mereka yang menyimpan impian untuk bermain salji di negara ini, anda mungkin boleh melupakannya.
Tetapi, apa sahaja boleh berlaku dengan izin-Nya. Betul tak?
Sumber http://mynewshub.my/
Adakah perubahan kutub bumi akan berlaku lebih cepat dari yang dijangka? Allahualam.
Smoga pkara yg baik sahaja... In Shaa Allah
ReplyDelete