Monday, January 13, 2014

MAULIDUR RASUL 2014

Assalamualaikum.



Marilah sama-sama kita berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W sempena Maulidur Rasul pada tahun 2014. Sepatutnya, amalan berselawat ni dilakukan pada setiap hari bagi semua umat Islam. Bukanlah bila tiba je Maulidur Rasul, baru nak berselawat. Kasih sayang kita terhadap Nabi Muhammad S.A.W seharusnya mekar dan subur selalu dalam hati. Barulah disayangi.
Wawa bukannya fasih sangat kalau nak cakap bab-bab Islam nak nak kalau hukum, hadis dll. Sekarang pun dalam proses untuk mendalami dengan lebih lagi. Banyak lagi yang perlu wawa belajar. Selama 17 tahun wawa bernyawa, tak banyak ilmu agama yang kutip. Dan dengan adanya ilmu di dada wawa sekarang, belum tentu boleh bawa wawa ke syurga. Masih banyak lagi ilmu yang perlu wawa cari sebagai bekalan akhirat nanti.

Sempena Maulidur Rasul kali ini, marilah kita ringankan mulut dan lidah untuk berselawat kepada Rasul kita. Besar pahalanya. InsyaAllah. :)



No comments:

Post a Comment