Sunday, September 14, 2014

CABARAN 30 HARI [HARI 10] : APA DI DALAM HANDBAG ANDA?

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Wawa terlepas satu cabaran hari ke 10 memandangkan semalam ribut. Nak tak nak terpaksa juga batalkan hajat nak update blog sebab ribut kuat. Nanti tak semena-mena laptop dan wifi kena sambar petir. 

Apa yang ada dalam handbag wawa kali ni meh kita curi-curi tengok. Isi dalam bag wawa ni memang tak macam korang semua ada make up, purse, perfume semua. Wawa tak pandai berfashion. Wawa suka kumpul barang yang comel.  Kalau dah nama perempuan, berfungsi atau tak barang tu, kalau rupa dah cantik memang simpan. Kan?

Seperti dalam gambar tu, wawa selalu letak novel dalam bag sebagai langkah berjaga-jaga kalau rasa penat menunggu lama. Kalau ada 2 3 buah buku komik lain, memang wawa sapu je letak dalam bag. Baca atau tak tu lain kira. Lumrah hidup. Kalau bawak, tak rasa bosan, nanti bila tak bawak pulak, rasa bosan. Sama lah macam barang yang kita cari. Bila perlu, tak jumpa cari, bila tak perlu, tak cari pun dah jumpa. 

Duit kertas RM1 dan duit syiling 20sen memang ada dalam bag untuk spare. Wawa memang tak bawak duit banyak kalau keluar. Maklumlah, zaman sekarang kes ragut mana-mana je ada. Nak bawak duit banyak pun tak berani. Cukup la ni buat makan kedai mamak. 

Segala kartun canimals yang korang nampak tu semuanya wawa dapat semasa Monsoon Cup tahun lepas. Sampai sekarang simpan. Nak buang sayang sebab semua tu wawa boleh jadikan sebagai penanda buku, atau sebagai kenangan. Resit pembayaran ni memang selalu ada dalam bag. Entah sebab apa rasa malas pulak nak pergi buang. Hmm. 

Lip scrub dan lip balm memang bawak selalu memandangkan bibir wawa kering dan kusam. Kalau nak guna, boleh selok je dalam bag ni. Dan plastik tu wawa letak dalam bag sebagai langkah berjaga-jaga mana tahu ada kecemasan ke apa. Orang cakap sediakan payung sebelum hujan. 

Pensel 8B dan nota kecil tu memang dah setia dalam bag wawa sejak tahun lepas lagi. Maklumlah, pergi sekolah pun pakai bag tu, keluar pun bag tu. Tak ada orang nak sponsor bag untuk wawa ke kat sini?

Kad library dan jarum memang wajib ada dekat bag memandangkan wawa selalu pergi library dan penggemar shawl. Jadi, kalau nak pinjam buku ke, shawl tercabut pin ke, boleh cari dalam bag tu je. Memang ada. Paperclip pun ada. Limited edition sebab ada satu je. Hehe. 

Oh ya, buku nota dan marker sharpie tu baru je wawa beli 2 3 minggu lepas. Ingatkan nak pakai untuk lukis, tapi bila lama tangan tak pegang pensel rasa kaku pula nak melukis. Huhu. So, kena peram la dulu dalam bag tu. 

Yang selebihnya, ada tisu, lotion tangan dan coklat. Barang berharga memang tak akan ada la. Sebab manusia sekarang macam-macam perangai. Takut nak bawak barang berharga. Bag ni pun murah je beli kat tepi jalan. Tak berani nak beli yang mahal-mahal. 

Semoga Allah melindungi kita selalu, amin. :)

No comments:

Post a Comment