SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DIRECT EMAIL : wawaabdhadi@gmail.com. Terima Kasih ^^

Wednesday, September 10, 2014

[RESEPI] CHURROS

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.



Hai uolls. Hari kekwa nak kongsi resepi bersama korang. Dah lama tak share resepi dekat blog. Ada lebih kurang dua entri jugak ni kekwa nak kongsi resepi. 

Resepi kekwa pada hari ini kepada uolls semua ialah resepi churros. Churros ni macam kuih belimbing je. Tapi churros lebih ranggup dan panjang. Kalau kuih belimbing, dia berisi sikit. Ni 1st time kekwa buat churros ni dah menjadi. Hasilnya wa-la-weh sedap nohh. Boleh kasi 5 thumbs up!
Tak banyak bahan yang korang perlukan untuk buat churros ni. Geledah sikit dapur, jumpalah bahan nak buat churros ni. 

BAHAN-BAHAN CHURROS

- 1 1/2 cawan tepung gandum (diayak)
- 1 sudu besar butter (wawa pakai planta)
- 1 sudu besar gula
- 1 cawan air kosong
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- secubit garam
- 1 biji telur ayam (dipukul sebentar)
- minyak masak secukupnya untuk menggoreng


APA YANG DIPERLUKAN :

- piping bag 
- Nozzle yang muncung bintang

P/S : Kekwa tak ada nozzle yang bermuncung bintang jadi kekwa guna acuan untuk buat kuih bunga cina je. Menjadi jugak. 


CARA MEMBUATNYA :

1. Masukkan 1 cawan air dan biarkan air tersebut mendidih. Kemudian, masukkan butter, gula dan garam. Kacau sehingga sebati. (Gunakan api yang sederhana)

2. Apabila acuan sudah sebati, perlahankan api yang kecil dan masukkan tepung yang telah diayak, sedikit demi sedikit supaya tepung tidak berketul-ketul. Kacau sehingga sebati dan tutup api. 
P/S : Kalau masih ada berketul-ketul sikit korang jangan risau, nanti lepas kita uli dia akan okay. 

3. Masukkan telur yang telah diputar sedikit demi sedikit. Kemudian, masukkan esen vanila ke dalam adunan tadi. Kacau sehingga sebati. Kalau adunan dah sejuk sikit bolehlah korang uli dengan tangan. 

4. Setelah siap, masukkan adunan ke dalam piping bag. 
(Kekwa letak dalam acuan kuih bunga raya cina je, saiz panjang dia tu sampai adunan yang kita letak dalam acuan kuih bunga raya tu habis di tekan)

5. Buat bentuk stick atas baking paper. Kalau nak jimat baking papr, boleh je korang tabur tepung sikit atas dulang untuk mengelakkan adunan ini melekat pada dulang.

6. Boleh la korang mula menggoreng. 



Ni churros pertama yang kekwa buat. Boleh dimakan bersama gula atau nutella. 


Tapi kekwa lagi syorkan korang makan dengan nutella la. Sebab sedap. Bak kata blogger Pha Is dalam entri INI "kalau dah nutella, buat apa pun sedap". 

Jadi selamat mencuba ye korang buat churros ni kat rumah. 

8 comments:

  1. Replies
    1. mana-mana pun boleh. wawa pakai mixer sebab kat rumah tak ada whisk :)

      Delete
  2. Replies
    1. sedapp, akak cuba la buat churros ni. hihi ^^

      Delete
  3. Wah, cantik gebu je,...akak pun suka churros. Nak wangi sikit, akak gaul gula tu dgn sedikit serbuk cinnamon :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak! kita sama, wawa pun suka makan churros ni. Ohh, baru ni wawa makan dengan letak gula, satu lagi dengan nutella.
      Lepas ni nak cuba ikot resepi akak pulak, gul gula dengan cinnamon :D

      Delete
  4. Lisa memang suke giler churros,,but susah nak dapat kat sini.thanks ya for sharing the recipe:)

    ReplyDelete
  5. pernah nak beli nutella..tp bila check mcm takde tanda halal je..huhu

    ReplyDelete