Thursday, September 11, 2014

CABARAN 30 HARI [HARI 9] : 5 LELAKI YANG MENARIK PERHATIAN ANDA

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.




Untuk cabaran hari ke 9 wawa kena listkan 5 lelaki yang menarik perhatian wawa. Dulu waktu sekolah selalu la gosip-gosip dengan kawan nak future husband macam mana. Haha. Tapi yang pasti, kita cuma mampu merancang je, yang menentukannya Allah. Dan wawa pun berharap jugak supaya wawa diketemukan dengan jodoh yang baik macam sekarang. InsyaAllah. 


TAAT PADA PERINTAH ALLAH
-untuk membina keluarga yang bahagia dan harmoni kenalah pandai dalam mencari pasangan hidup. Dan wawa nak lah bakal suami wawa ni menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab dan sentiasa menjadi imam dalam setiap solat. Suami yang mampu menegur, memberi nasihat dan sentiasa memperingati isteri dan anak-anaknya tentang dunia,akhirat,dosa,pahala dan sebagainya. 

PENYAYANG
-untuk mempunyai suami yang bersifat penyayang memang impian wawa. Baik penyayang sesama manusia mahupun terhadapan haiwan. Orang cakap suami penyayang yang ni sejuk dipandang dan sukar untuk cepat marah. 

SABAR
-wawa suka lelaki yang sabar dalam menghadapi pelbagai perkara. Macam dalam drama korea tu, walaupun penat lelah baru balik kerja campur dengan stress lagi tapi sebab sayang dia tetap melayani anak-anak dan isteri.

KEPIMPINAN 
-dalam memilih lelaki, wawa akan tengok sikap kepimpinan dia. Sebab ni untuk kebaikan diri dan keluarga juga. Lelaki yang mempunyai sikap kepimpinan ni mampu membimbing dan melindungi keluarga mereka dari pelbagai cabaran dengan selamat.

RAJIN DAN MEMAHAMI
-wawa suka melihat lelaki yang rajin buat kerja rumah. Maksudnya, bila isteri tengah memasak, si suami datang tolong. Bila kita ada masalah, dia datang jadi pendengar setia. Rajin dalam mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga. 

No comments:

Post a Comment