Saturday, September 6, 2014

THE VERSATILE BLOGGER AWARD : 7 THINGS ABOUT WAWA

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.




I HAVE BEEN TAGGED ON AN AWARD  THE VERSATILE BLOGGER AWARD

HI! Baru-baru ni wawa kena tag oleh Cik Na. Terkejut kejap sebab wawa baru baca komen dari Cik Na. Ni memang salah dari wawa. Cuai sangat. 

Kalau sebelum ni wawa pernah kena tag dalam Liebster Award, kali ni wawa kena tag lagi dalam THE VERSATILE BLOGGER AWARD. Agaknya #factsaboutme ni dah jadi trend sekarang kot. Dalam blog ada, instagram pun ada. Kat Twitter tu tak tau la ada tak sebab wawa bukan pengguna Twitter.  




Antara perkara yang perlu korang lakukan apabila "KENA TAG" 






RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SAUDARI YANG BAGI AWARD NI   CIK NA


Select 15 awesome bloggers and nominate them to The Versatile Blogger Award : 


7THINGS ABOUT ME




1. MALAS - semua orang ada sifat ni. Jangan kan manusia, haiwan pun ada ok. Wawa merupakan anak dara yang sangatlah malas untuk makan. Suka makan tapi malas nak mengunyah. Nak-nak bila terperap dalam bilik sambil tengok drama korea pastu landing atas katil yang sedap memang tak terkata. 

2. PALING TAK SUKA SERANGGA - Yang ni nyamuk kena beware dengan wawa. Sebab pintu bilik wawa sentiasa tertutup dengan kehadiran nyamuk. Setiap petang kalau boleh kena spray bilik supaya tak ada satu ekor nyamuk pun. Kalau ada nyamuk yang terselamat dari spray tu, memang wawa tak akan tidur sampai nyamuk tersebut mati ditapak tangan wawa. Heh. Lipas pun sama. Tapi tak ada macam nyamuk sebab "wa pantang nampak lipas wa lari". Selalu lepas tengok drama korea dalam bilik, dalam pukul 1 atau 2 pagi wawa akan cari makan. Dan kalau jumpa lipas kat dapur sambil tengah makan comfirm panjat atas kerusi, lari selaju mungkin sambil bawak makanan. Satu lagi, kalau wawa nampak serangga terbang kat lampu dalam bilik memang wawa akan duduk bawah selimut (selalu) lepas tu lari sambil kepala tertutup dengan selimut sebab wawa takut dia hinggap dekat wawa. 

3. MIGRAIN/PENING - Yang ni rasa macam dah sebati dalam hidup. Tapi tetap tak boleh nak control diri kalau sakit ni berulang. Wawa selalu kena. Kalau pening biasa tak apa lagi. Tapi kalau migrain, Allah je tahu macam mana sakitnya. Dan wawa tak tau ubat apa yang sesuai untuk menghilangkan migrain. Panadol memang tak makan sebab wawa takut akan ada kesannya bila tua nanti (korang patut baca semua buku yang ditulis oleh Jerry D. Grey). 

4.  SUKA SHAWL - Yay! Ni faveret wawa. Wawa suka tengok shawl dan beli. Agaknya koleksi shawl wawa sekarang hampir 50 helai kot. Boleh muat sekotak. Wawa memang tak boleh tengok shawl yang cantik-cantik sebab rasa macam nak grab je. Satu lagi shawl ni mudah pakai kot dari bawal. Sebab tak perlu gosok. Kalau ada kedut-kedut sikit tu, style la kan? 

5. JIWA YANG SENSITIF - Wawa sangat sensitif. Kepada bakal suami wawa tu, mohon ambil tahu ye. Wawa cepat sangat terasa. Tapi wawa tak suka tunjuk depan orang sebab wawa rasa berdiam diri lebih baik kot. Even stress atau ada masalah ke, wawa luahkannya dengan menangis. Kalau tengok drama korea, melayu, jepun, hindustan atau kisah haiwan pun boleh mengalir air matanya. Dan untuk rancangan hindustan yang bertajuk Haathi Mere Saathi yang wawa pernah tengok ketika usia 6 atau 7 tahun dulu, maaf tu cerita sekali dalam seumur hidup yang wawa akan tengok sebab cerita dia sangatlah sedih terutamanya gajah tu. DVD dia tu sampai sekarang wawa tak pegang dan tak tengok.



6. GAME FAVORITE - Game Hayday by Supercell ialah game kegemaran wawa. Almost every time wawa main. Kalau jadi petani ni, memang menjadi petani berjaya lah wawa ni. Korang boleh download game Hayday ni menggunakan Apps Store dan Play Store.



7. KUCING - Wawa merupakan seorang yang obses dengan kucing. (dah banyak entri #factsaboutme waw gitau suka kucing). Tapi obses wawa dengan kucing ni boleh dikatakan agak melampau. Kawan-kawan panggil wawa "ibu kucing" sebab selalu bagi kucing makan tak kira kat sekolah ke atau mana-mana, Dan wawa rela tak nak pergi jalan jauh semata-mata hanya kerana kucing. Wawa ada 9 ekor kucing. Dimana 3 ekor anak kucing ni berada dibawah penjagaan wawa. (dah macam anak sendiri). Dan 2 ekor ibu kucing yang tengah sarat sekarang. 4 ekor yang lainnya, lelaki sejati. Setiap hari wawa akan kurung anak kucing, dan setiap pagi wawa akan lepas diaorang. Najis diaorang yang fresh dari oven ni rasa macam dah sebati dalam hidung ni walaupun kekadang terpaksa jugak tutup hidung. Haha. Okay, itu fakta yang wawa kena hadapi setiap hari.

P/S : Kepada yang kena tag tu, kalau dah siap inform la wawa ye. Hihi. Selamat berkenalan semua.

8 comments:

  1. game itu!!! mama main tau... tapi dah uninstall.. asik mengadap je.. abis keje tak buat.
    dear, tag mama ek? insyaallah ... ada masa mama buat entri ok.. hihi thanks tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa game tu macam berhantu je. ketagih main. Wawa pun asik mengadap je tapi sayang nak uninstall. level kita dah banyak :D
      kita tag mama kat atas tu, yang ade list 15 blogger yang kena tag.. :)
      Alright mama! ^^

      Delete
  2. hahah kan..sensitif sangat..kadang tu tak bertempat haha

    ReplyDelete
  3. kita geng part migraine tu.. hehehe.. sbb tu nama blog saya 'hikayat budak pening'.. ehehe
    ni dah kali ke-3 saya kena tag, nmpak gayanya mmg kena buat jugak la nih.. hehe..
    thanks sudi tag..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh baru lah wawa tahu kenapa Pha Is buat tajuk blog hikayat budak pening. Hehehe.
      sama-sama kasih. Pha is jangan lupa buat :)

      Delete
  4. eh ! cn kena tag la, huhu

    nnti bila free cn buat entry yer dear..btw..Selamat Hari Malaysia ;)

    ReplyDelete
  5. Eh eh eh kena tag laa.. Harap bersabar ye.. mungkin hujung tahun baru siap entri tu xD biasalah.. malas =,=" Haha serangga tu paling best.. dengan high pitch shout bhahahahaha.. JANGAN. SESEKALI. INFLUENCE. ME. TO. DOWNLOAD. GAME. hahaha buruk akibatnya nanti..

    ReplyDelete
  6. okay, dah buat.. :)

    http://pening-pala.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award.html

    ReplyDelete