Thursday, September 11, 2014

[SEGMEN BEN ASHAARI] IMPIANKU SEORANG BLOGGER!

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.

BEN ASHAARI

KLIK BANNER UNTUK JOIN!

TAMAT : 11.09.2014 / 8 MALAM

Hari ini wawa nak join segmen yang dianjurkan oleh Ben Ashaari. Buat pertama kalinya wawa join, entah sempat ke tak ni nak menaip sebelum pukul 8 malam nanti. Korang apa tunggu lagi, cepat join segmen Ben Ashaari ni. Bukan senang tau Ben Ashaari nak buat segmen. 



LATAR BELAKANG ANDA
Nama penuh Wadhihah. Orang yang tak biasa selalu je panggil Wad-hi-hah. Family dan kawan-kawan selalu panggil "wawa" je. Kalau dah rapat sangat wa, wawe. Korang nak panggil apa-apa pun wawa tak kisah. Asal nama tu baik untuk disebut. Tapi jangan lah pulak korang panggil wawa ni Siti Nurhaliza ke, nanti tak pasal-pasal kembang pulak hidung wawa ni. Hihi. Wawa dilahirkan di Terengganu. Menetap disini dari kecil sampai lah dah besar panjang. Wawa ada 9 ekor kucing dan hidup macam orang yang dah berkawin sebab kena jage kucing setiap masa. Sekarang wawa tengah menunggu panggilan untuk masuk ke sebuah kolej. InsyaAllah keputusannya keluar pada bulan 10 nanti. Wawa mintak sangat korang doakanlah supaya wawa ni dapat pergi belajar u ye.  

Dulu wawa pernah mula berblogging pada tahun 2010/2011. Lepas tu berhenti. Dan pada tahun 2013/2014 wawa mula berblogging dari 0 follower kepada follower yang ada sekarang. Pada kali ini, azam wawa memang nak active dalam berblogging. Walaupun wawa tak tahu mana selok belok nak edit blog, tapi wawa yakin dengan usaha sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 

KELEBIHAN BLOG ANDA
Sejujurnya kalau tengok balik blog putih+daisy wawa ni, rasa bangga pada diri sendiri pun ada sebab selama setahun usaha wawa untuk menjayakan blog ni, ada juga berbuah hasilnya. Alhamdulillah dan tahniah kepada diri sendiri. Kelebihan blog wawa, apa yang wawa rasa penting, wawa akan kongsikan bersama. Seperti resepi, review, tips, sinopsis drama dan banyak lagi. Wawa menulis disini pun kebanyakkannya berdasarkan dari pengalaman diri sendiri dan tidak akan copy paste entri orang lain semata-mata untuk kepentingan diri sendiri. Kalau dari segi tips, memang ada yang wawa share dari blog lain kepada blog wawa dengan meletakkan link blog tersebut sebagai sumber maklumat yang wawa dapat. Dan wawa harap dengan entri yang wawa wujudkan dalam blog ini dapat membantu blogger lain.

IMPIAN ANDA APABILA MENJADI BLOGGER
Semua orang ada impian masing-masing. Ramai blogger sekarang terkenal dan itu merupakan salah satu impian wawa juga. Tapi bukan niat untuk menjadi femes atau jadi artis. Kalau boleh biarlah wawa jadi blogger ni hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman, nasihat, tips dll kepada pembaca dan diri sendiri. Sekali sekala, wawa nak juga setiap penulisan wawa ni dibaca oleh korang disamping dapat memberi manfaat kepada semua macam Ben Ashaari ni. Sekiranya ada peningkatan pada blog, Alhamdulillah. Kalau ada rezeki wawa untuk menang mana-mana cabaran yang diadakan, Alhamdulillah, rezeki yang Allah berikan untuk melihat sekuat mana keimanan wawa ni bila berjaya.

Tujuan lain wawa berblog pun mestilah nak berkenal kenalan dengan blogger lain walaupun di alam maya. Orang cakap nak eratkan hubungan silaturrahim ni tak kira alam maya ke alam nyata. Kalau diberi peluang, wawa nak juga join event yang diadakan untuk blogger tu. Tapi niat tu kena hold dulu sebab baru 18 tahun jadi tak sesuai lagi kot. Hihi. 

Akhir kata, goodluck wawaabdulhadi.blogspot.com. 












4 comments: