SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DIRECT EMAIL : wawaabdhadi@gmail.com. Terima Kasih ^^

Friday, September 5, 2014

CABARAN 30 HARI [HARI3] : SESUATU YANG MENGUATKAN ANDA

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah hari ini hari ketiga wawa join cabaran 30 hari walaupun tadi ada liat-liat sikit nak update blog ni. Penat setengah hari pergi @on9shopfestival tadi dekat Terengganu Trade Centre (TTC). Festival ni dijalankan selama dua hari, 05 September sehingga 06 September 2014. Yang mana tak sempat datang tu, jemputlah datang esok, hari last. Elfira Loy dan Kru Gegar pun ada. 

Untuk melihat cabaran wawa sebelum ni, boleh klick SINI dan SINI. Kalau taknak klik, boleh scroll bawah ni. 

Cabaran pada hari ketiga bertajuk "sesuatu yang menguatkan anda". Setiap orang mesti ada kelemahan masing-masing. Tiada yang dilahirkan dengan sempurna. Maka, suntikan semangat,dorongan amatlah diperlukan untuk mengisi kekuatan diri agar kita dapat bangkit kembali.



Perkara yang menguatkan wawa selama ini :

1. ALLAH S.W.T - Yang Maha Pencipta. Hanya kepadaNya tempat wawa bersujud memohon pertolongan dan keampunan tatkala berada dalam sesuatu masalah. Baik dalam duniawi mahupun ukhrawi. 

2. MAK AYAH - Ni satu-satunya harta yang wawa ada sekarang. Tanpa mereka, siapalah wawa disini. Mereka banyak tolong wawa dari kecil sampai ke besar. Memang tak ternilai harganya kalau nak dibandingkan dengan wang ringgit. Melihat raut muka mereka pun buat kita rasa tenang dan semakin bersemangat. Nak-nak kalau time exam, mesti nak kena tengok mak ayah dulu. Kalau duduk jauh, dengar suara ke, mesej ke pun cukup untuk menguatkan kita. Bila duduk berjauhan, terasa rindunya. 

3. ADIK BERADIK - Adik beradik banyak memberi sokongan. Terutamanya dalam pelajaran. Lebih menguatkan wawa, bila kakak wawa dapat pergi sambung belajar ke UK. Terasa seperti ingin mengikut jejak langkah dia. Dan setiap perkara yang wawa lakukan, mesti bersertakan semangat dan dorongan daripada mereka untuk menguatkan lagi wawa mencapai cita-cita.

4. ANGIN - Dekat kampung, angin bertiup macam pantai. Dan disaat itulah wawa akan mengumpul kekuatan wawa dengan merasai kehadiran angin. Dikala sedih atau stress, anginlah yang meleraikannya. Sambil memejam mata, merasai kehadiran angin dan bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada kita selama hidup. 


Boleh kongsi sampai sini je sebab kepala mak aih pening tak hilang lagi. Kalau teruskan menaip memang tak boleh nak fokus langsung. Berdenyut-denyut rasanya. 

No comments:

Post a Comment