Sunday, September 7, 2014

CABARAN 30 HARI [HARI 5] : 3 PERKARA YANG ANDA INGIN KATAKAN KEPADA BEKAS KEKASIH

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.



Cabaran pada hari ke 5 soalan yang sangat asdfghjkl. Kena guna pakai segala emosi dan perasaan untuk menaip entri pada hari ini. 

3 perkara yang wawa ingin katakan kepada bekas kekasih :



7 September 2014,
Kehadapan bekas kekasihku yang kini berada entah kemana,

Disini saya menulis surat ini bukan kerana keinginan hati, tetapi kerana saya menyertai cabaran 30 hari. Jadi amatlah wajib untuk saya buat entri sepanjang 30 hari ini mengikut tajuk yang telah ditetapkan. Saya bold sikit ye. Bukan apa, takut awak salah faham ingat saya ada hati kat awak lagi kan. Padahal tak doh dah pun. 

Dalam surat ini, saya ingin mengucapkan terima kasih dekat awak sebab pernah suka kat saya/sayang saya. Sudi kawan dengan saya. Walaupun kadang-kadang tu bila ingat balik rasa macam dok masuk akal je kita jadi kasih haha. Saya pun nak ucap terima kasih sebab pernah tolong saya, buat saya rasa stress, dikongkong, terasa atau mana-mana lah. Semua tu buat saya rasa jadi lebih matang lepas awak jadi bekas kasih saya. Perkara yang lalu kalau boleh tak perlu nak dikenang. Kita dah ada haluan masing-masing. Awak dengan kehidupan awak, saya dengan kehidupan saya. And saya mintak maaf jugak sebab tidak tahan dengan perangai awak sampai saya gi cari orang lain. Saya harap awak boleh kawal emosi/baran awak bila dengan makwe baru awak. 

Dan sekarang saya dah ada pengganti yang lebih baik daripada awak. Pendengar segala masalah saya dari dulu sampai sekarang. Menolong saya, memberi nasihat dan menegur salah silap saya. Dan dia penggemar kucing macam saya jugak. 

Yang benar, 
bekas girlfriend .




No comments:

Post a Comment