Wednesday, September 10, 2014

CABARAN 30 HARI [HARI 7] : SEJAUH MANA PENDIDIKAN ITU PENTING BAGI ANDA

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.

\

Belanja komik indonesia sikit untuk cabaran pada hari ketujuh. Sedar tak sedar hari ini dah masuk hari ketujuh wawa join cabaran 30 hari ini. Sekejap je rasanya masa berlalu. 

Sejauh manakah pendidikan itu penting bagi wawa? Pendidikan bermula sejak kita berada dalam kandungan sehingga kita kembali kepada Maha Pencipta. Korang perasan tak, apabila seseorang wanita itu bakal menjadi ibu, mereka akan menjaga kandungan mereka dengan baik seperti memberi anaknya yang berada dalam kandungan mendengar surah Al-Quran/nasyid dengan harapan anak yang bakal dilahirkan itu menjadi seorang anak yang baik, soleh/solehah. 

Melalui ilmu dan pendidikan juga kita boleh menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Dalam islam juga mengajar kita untuk mencari ilmu sepertimana yang terdapat di dalam hadis

« اطلبوا العلم ولو بالصين ، فإن طلب العلم فريضة على كل مسلم »

“ Tuntutlah ilmu sampai ke negeri China, kerana sesungguhnya menuntut ilmu sangatlah wajib atas setiap orang muslim”.

Nash di atas adalah matan dari hadits dhoif tetapi diriwayatkan melalui banyak sanad, di antaranya Imam Baihaqi dalam kitab syi’bul iman. Ahli hadits menyatakan di antara perowi hadits tersebut adalah Abu ‘Atikah yang dikatakan oleh ulama’ hadits sebagai perowi dhoif, sehingga muncul banyak pendapat dalam menilai hadits ini sebagai hadits dhoif, bathil atau tidak bersanad. Namun demikian, menurut al-hafidh al-Mazi : kerana hadits ini memiliki banyak jalan (sanad), maka dari dhoif naik ke derajat hasan lighoirihi.Oleh kerana itu TIDAK BOLEH bagi kita mengatakan bahwa ia bukan hadits atau hadis palsu.

Selain itu, dengan adanya pendidikan kita tidak akan dipandang rendah oleh orang luar. Kalau tak ada pendidikan memang tak kemana lah kita ni kan. Tetapi, janganlah pula kita menjadi sombong dan kedekut dengan ilmu yang kita ada. Kerana orang yang kedekut ilmu merupakan orang yang rugi. 

Pendidikan yang baik juga boleh dijadikan contoh kepada adik-adik kita supaya mereka menjadi lebih bersemangat untuk berjaya seperti kita. Namun, kejayaan tidak semestinya dalam pelajaran sahaja, kita juga boleh berjaya melalui perkara lain. 

Bagi mereka yang kurang berkemampuan, mereka akan berkerja keras untuk menelaah ilmu kerana mereka yakin bahawa hanya melalui pendidikan, mereka dapat mengubah kehidupan mereka untuk menjadi lebih baik. Sama lah macam wawa. Wawa pun kalau boleh nak belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah hidup wawa ni. Mana tau kalau ada rezeki boleh bina rumah kucing, bawak family pergi umrah, tolong orang susah. Hehe.

Jadi wawa pun rasa bangga juga dengan diri wawa dan berterima kasih dekat mak ayah sebab memberi pendidikan kepada wawa sejak kecil sampai sekarang. Memang tak ternilai harganya. Hanya kejayaan yang boleh membuatkan mereka tersenyum gembira.

 Sedikit-sebanyak wawa ada juga belajar bahasa asing seperti korea, mandarin melalui online. Mana tahu nanti boleh guna pakai suatu masa akan datang. hihi.

2 comments: