SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DIRECT EMAIL : wawaabdhadi@gmail.com. Terima Kasih ^^

Wednesday, September 24, 2014

CABARAN 30 HARI [HARI 13] : 5 BLOG KEGEMARAN

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.




Hampir seminggu lebih wawa menghilangkan diri dalam dunia blog. Dan selama tu jugalah wawa tak melaksanakan tugas wawa dalam mengomen dalam blog tuan denaihati.com. Aduhai, masih banyak lagi tugasan yang perlu dibereskan minggu ini juga. Cabaran ini pun dah banyak tertunda. Betul lah cakap orang tua dahulu, sekali kita berhenti, melarat la jadinya.

Dalam cabaran hari 13 ini, wawa nak kongsi dengan korang semua 5 blog yag menjadi kegemaran wawa apabila blogwalking. 

1. Blog yang ringan.

Kebanyakan pembaca lebih gemar melawat blog yang ringan. Sekali bukak je, tak sempat nak kelip mata dah keluar blog yang kita search tu. Bukan apa, cuma nak berpesan masa itu emas. Satu lagi, sebagai blogger kita kena la tahu yang manusia ni lain orang lain perasan. Kalau ang jenis sabar tu, Alhamdulillah. Kalau dapat yang jenis tak sabar tu? Tak semena-mena kita spoilkan mood diaorang nak baca blog kita kan? 

2. Lagu.

Dulu wawa suka blog yang ada lagu. Bahkan blog wawa dulu pun ada juga pasang lagu. Tapi sekarang wawa tak suka dengar lagu yang dipasang di setiap blog.  Kalau ada blogger yang blog dia pasang lagu baca entri ni, jangan terasa tau. Tak bermakna korang pasang lagu dekat blog, wawa tak suka baca blog korang. Ni sebab atas masalah kesihatan sendiri. Memandangkan wawa selalu migrain jadi bunyi bising sangatlah tidak selesa. Sebab tu wawa selalu mute volume dekat laptop dan ejas brightness paling gelap dekat laptop ni. 

3. Tak ada paparan like page dulu baru boleh baca entri.

Yang ni part yang wawa bukanlah tak suka sangat. Kalau tunggu dalam 5 saat tu tak apa lagi. Tapi ada sesetengah web tu, dia suh tunggu sampai beribu saat baru boleh baca entri. Tak baik tu pakse orang like page. Hihi. Ni kalau wawa jumpa yang ni memang betul betul wawa tekan pangkah je. Tak ada belas kasihan dah haha. 

4. Simple.

Wawa seorang yang simple. Jadi bila blogwalking, wawa suka tengok blog yang simple. Tak ada tokok tambah widget hujan turun, selamat datang ke, cctv ke. Sebab wawa rasa lagi memberatkan blog. Bagi wawa, tak semestinya blog yang banyak widget je terkenal. Perkara ni bergantung kepada penulisan kita dalam menarik perhatian pembaca. 

5. Penulisan yang ringkas, menarik dan mudah faham.

Sebagai pembaca, wawa suka baca blog yang menulis dengan ringkas, menarik dan mudah faham. Kalau bercampur lawak sikit tu lagi la suka. Contoh macam blog Ben Ashaari. Entah kenapa rasa menarik je setiap entri yang ditulis oleh Ben Ashaari. Tak perlu nak baca panjang-panjang macam yang korang baca entri wawa sekarang ni.  Sampai kekadang tu otak korang berpusing dengan huruf-huruf sehingga nak muntah. Kan?

Dah cukup wawa senaraikan 5 blog kegemaran. Kalau boleh nak list lebih lagi tapi syarat nak 5 je dan memandangkan wawa ni banyak terlepas cabaran jadi kena kejarkan juga sampai berjaya. 

Maaf, daku kurang sihat minggu lepas. 

2 comments:

  1. heee sllu kalau bukak laptop pon akan mutekan volume..
    xsuke kadang2 lagu dok bertindan..
    klau lagu slow2 ok lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kita sama. sep!!
      wawa pun macam tu jugak, kalau lagi slow ok la. ni kalau rancak memang tak boleh nak fokus.

      Delete