Wednesday, September 10, 2014

CABARAN 30 HARI [HARI 8] : 5 LAGU CINTA KEGEMARAN ANDA

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.

i love music by saintcat d331lyl Best Photography Love Music Photos Free Download

Malam ni berjiwang la pulak wawa. Sejujurnya wawa memang tak nyanyi, tak pernah ada bakat menyanyi ni dalam diri wawa. Kalau setakat menyanyi dalam hati tu takpe lah sebab perasaan kita je yang tahu tone lagu yang kita nyanyi. Tapi bila tengok drama, wawa suka la jugak dengar diaorang menyanyi. 

Kalau tak buat entri 5 lagu kegemaran anda, banyak je tajuk lagu keluar dalam kepala ni, Tapi bila sampai masa nak buat entri ni, mula lah hilang semua tajuk lagu yang jiwang-jiwang. 

Lagu kegemaran wawa yang wawa rasa tak puas dengan ialah semua lagu yang dinyanyikan oleh  Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Wawa dari kecik penggemar cerita melayu yang dilakonkan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Dan sampai sekarang, wawa masih tengok lagi even cerita yang ditayangkan tu dah beratus-ratus kali tayang. Lagu yang didendangkan dalam cerita tu pun sedap. 

Lagu kegemaran wawa yang kedua ialah lagu Allahyarham Sudirman. Lirik lagu yang dinyanyi oleh Allahyarham Sudirman ni sangat mendalam. Kalau kita menghayatinya betul-betul memang boleh mengalir air mata ni. Hampir kesemua lagu Allahyarham Sudirman wawa minat. 

Yang seterusnya, wawa suka dengar lagu hindustan. Kalau ada je babak Shah Rukh Khan, Salman Khan comfirm semangat nak dengar. Haha. Tapi bagi wawa sekarang hindustan sekarang memang tak boleh nak lawan dengan cerita hindustan zaman dulu macam Kuch Kuch Hota Hai, Mann, Dil To Pagal Hai dan banyak lagi. 

Lagu drama korea memang selalu menjadi kegemaran wawa setiap masa. Kalau dua drama wawa tengok, comfirm semua lagu dalam drama tu wawa suka dengar walaupun dia pasang musik instrumental. 

Last sekali, wawa suka dengar lagu Your Calldan Fall for you - Secondhand Serenade. ;)



No comments:

Post a Comment