SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DIRECT EMAIL : wawaabdhadi@gmail.com. Terima Kasih ^^

Thursday, September 4, 2014

CABARAN 30 HARI [HARI 2] : 5 PERKARA MEMENANGI HATI ANDA

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.


Nah, nak belanja sikit gambar dari UK yang kakak wawa hantar haritu. Nak memenangi hati diri sendiri ni bukannya mudah. Apatah lagi apabila kita terpaksa berkorban kebahagiaan kita demi kebahagiaan orang lain. Jadi, antara 5 perkara yang memenangi hati wawa ialah :

1.  Selalu berada disamping wawa sama ada susah atau senang. Wawa suka bercerita, sangat banyak bercerita. Tak kira waktu susah senang sedih ke gembira kalau boleh semua nak kongsi. Tak ada rahsia. Even kucing jatuh tangga, bergaduh ke, luka ke pun wawa cerita jugak. 

2. Gambar. Tu faveret wawa. Kalau pergi jalan-jalan dapat ambil gambar yang cantik memang cukup memenangi hati dan jiwa wawa. Tak kira gambar diri sendiri, kucing, pokok, pemandangan atau lain-lain. Kalau tak dapat nak ambil gambar memang agak sedikit terkilan la sebab niat wawa bergambar nak kongsi dekat blog, belanja gambar pemandangan ke sikit bagi penyejuk mata.

3. Wawa suka tengok orang yang senyum selalu. Sebab senyuman itu melambangkan mereka dalam keadaan bahagia dan tenang. Dan orang yang susah nak senyum tu bukannya sombong. Mungkin dia tak pandai nak luahkan senyuman dia ke. Kita lain orang lain perasaan. Tu kalau menurut wawa lah. Yang penting kita kena sentiasa husnuzon. 

4. Haiwan peliharaan wawa kucing. So, bila wawa pergi kedai kucing memang rasa macam tak nak balik. Bahagia duduk sana sebab boleh main, tengok pegang kucing. Berbuat baik pada kucing memang cukup memenangi hati wawa. Sebab tu wawa tak kisah kalau duit wawa digunakan semata-mata untuk membeli makanan kucing. 

5. Cake, cookies etc faveret wawa. Cara nak selesaikan masalah stress wawa dengan buat kek, biskut. Selama wawa duduk rumah banyak makanan yang wawa cuba buat sendiri. Kalau malam-malam teringin nak makan ais krim goyang, esok tu jugak wawa cari jalan cara nak buat ais krim goyang tu sendiri. Sedap ke tak sedap tu lain kira. Janji perkara tu buat kita rasa bahagia. :)


2 comments:

  1. no 1 sampai 5 semua sama dengan sy jugak. cuma yang no 5 tu cubaan tak berapa nak menjadi sangat. so beli dekat kedai je la..express ! hehe

    ReplyDelete