Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.
Assalamualaikum w.b.t.
sumber google.
sumber google.
Begitu banyak wawa terlepas cabaran 30 hari ini. Rasa tidak adil pula bagi wawa. Nak mengundur diri, rasa dah nak masuk separuh jalan. Jadi diteruskan juga cabaran ini walaupun cabaran ini bakal tamat dalam masa 2 atau 3 hari lagi.
Cabaran 30 hari ini lebih kurang macam buku "The Pocket Scavenger" yang ditulis oleh Keri Smith, peminat wawa. Tapi isi dalam buku ini lagi banyak dan lagi banyak misinya. Teringin juga wawa nak buat cabaran yang ada dalam buku ini untuk blogger di luar sana.
Dalam cabaran hari ke 14 wawa kena bercerita mengenai kasut saya. Wawa bukan seperti perempuan lain yang memiliki kasut berpasang-pasang banyaknya. Bagi wawa satu pasang dah memandai untuk wawa bawak pergi jalan-jalan, majlis rasmi. Untuk bersukan tu, tak. Wawa tak bersukan lepas habis sekolah.
Maaf tak ada gambar pula nak tunjuk. Apa-apa pun, kasut wawa ini dibeli oleh mak dan ayah ketika wawa di tingkatan 4. Untuk tahun ni, hampir 2 tahun wawa masih setia memakainya. Walaupun sekarang nampak agak lusuh, tapi wawa lebih selesa memakainya. Dah banyak sangat kasut ni berbakti kepada wawa. Malahan, kasut mak dan ayah wawa bagi ini lebih tahan berbanding kasut yang wawa beli sendiri sebelum ini.
Rasanya itulah kehebatan pilihan ibu bapa kita. Mereka memilih kasut yang terbaik untuk anak-anaknya pakai supaya tampak lebih selesa dan tahan lama. Dan kasut itu menjadi kasut kegemaran wawa untuk dipakai selalu walaupun rupanya sudah berusia. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment