Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.
Assalamualaikum w.b.t.
Sekali skip cabaran 30 hari rasanya macam nak skip selalu. Nasib baik wawa kuatkan juga azam ni nak menghadap laptop. Hari-hari menghadap laptop boleh rabun mata wawa ni.
Untuk cabaran hari ke 12, wawa kena kongsikan 5 wishlist wawa. Kalau diminta 100 wishlist pun agaknya wawa boleh kasi 200 wishlist kot. Kikiki..
Antara 5 wishlist gempak yang wawa akan kongsikan :
MENANG DALAM CABARAN IPHONE 5s - Memandangkan wawa pernah berangan nak memiliki iphone, jadi wawa pun joinlah cabaran Iphone 5s yang dianjurkan oleh Tuan Denaihati.com. Dan Alhamdulillah wawa berjaya ke pusingan kedua yang mana pusingan ini tengah hangat di pasaran. Ya Allah, berdebar rasanya. Semua peserta sibuk bersaing untuk menang. Wawa mohon korang semua doakan wawa berjaya menang iphone dari tuan denaihati.com ye. Nanti kalau berjaya, boleh la wawa nak buat segmen kesyukuran sikit. Hihi.
SAMBUNG BELAJAR - Ini wishlist tahun 2014. Memang dah lama wawa nak pergi belajar tapi belum ada rezeki lagi memandangkan wawa terpaksa tolak tawaran uitm. Sekarang wawa sedang menunggu tawaran kedua wawa. Mudah-mudahan ada rezeki wawa untuk belajar di universiti.
MENJADI BLOGGER TERKENAL - Dari dulu memang wawa berangan untuk menjadi seorang blogger yang terkenal, dihormati dan disegani. Alhamdulillah, sedikit sebanyak wawa berjaya menarik perhatian para pembaca untuk ke blog wawa walaupun tak ramai. Biar lah sedikit pun, lama-lama nanti In Sha Allah berhasil.
KAHWIN - Rasa tak sabar nak kahwiiiinnnnn. Memang semua impian orang ramai. Zaman sekarang, ramai yang berkahwin awal unutk mengelakkan berlakunya maksiat. Kawan wawa pun dah ada yang berkahwin dalam usia 18 tahun. Tapi wawa nak kumpul duit, belajar,kerja dulu. hihi.
BUAT MACAROON - Mengikut perancangan wawa, dah lama nak buat macaroon sendiri tapi tak berkesempatan lagi nak buat. In Sha Allah sebelum wawa pergi belajar nanti wawa akan buat macaroon ni dan kongsikan di blog.
Dah pun cukup 5 wishlist wawa untuk hari ke 12. Dah lama kekwa tak berkongsi resepi ye? Apekata esok kekwa kongsi cara nak makan buah congkak?
selamat bertemu jodoh ye..moga cepatla dikabulkan hajat di hati
ReplyDelete