Saturday, September 6, 2014

CABARAN 30 HARI [HARI 4] : BUKU KEGEMARAN ANDA

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.




Sudah masuk hari ke 4 wawa join cabaran 30 hari ni. Blogger lain dah masuk hari ke 6, syok jugak ni tengok makanan apa yang diorang makan hari ni. Hihi. Cabaran hari ke 5 tu, khusyuk pula wawa baca entri blogger. Masing-masing luahkan perasaan diaorang dekat bekas kekasih. 

Dalam cabaran hari 4, tajuknya "Buku Kegemaran Anda". Ternanti-nanti juga wawa nak buat entri hari 4 ni. Siap list siap-siap buku favorite wawa dalam hati. 

Wawa penggemar buku, dan bukanlah seorang yang ulat buku. Wawa suka baca buku yang ada gambar, terutamanya komik. Dan wawa merupaka peminat nombor satu KEITH. Buku lawak kampus penghibur hati wawa dikala sunyi dan bosan. Setakat ni hampir 20 jilid lawak kampus wawa dah baca. Tak sabar rasanya nak memiliki lawak kampus jilid 21. 


Seterusnya, buku yang ditulis oleh Keri Smith juga merupaka favorite wawa selepas Keith. Hampir semua koleksi buku Keri Smith wawa kirim kakak wawa beli dekat UK. Buku Keri Smith ni menepati citarasa wawa. Rasa tak boleh nak control diri bila nampak buku ni. Sebab comel sangat dan unik. (ni kalau fikiran orang perempuan). InsyaAllah nanti wawa kongsikan isi kandungan yang terdapat dalam buku ni nanti ye.

Lastly, sekarang wawa suka membaca buku yang mempunyai motivasi dan fakta. Dan melalui buku ini wawa dapat menambah ilmu pengetahuan wawa baik dari segi agama mahupun dalam kehidupan. Buku macam ni banyak membantu wawa untuk berubah kepada yang lebih baik. Selain itu, wawa jugak boleh saling berkongsi ilmu bersama kawan-kawan dan keluarga. 

4 comments:

  1. suka baca lawak kampus ni

    Singgah blogwalking dari blog kak Mia :)

    Happy weekend!

    Jemput singgah
    http://www.azhafizah.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah :)
      lawak kampus ni best..siap boleh hafal setiap lawak dalam buku tu. :D

      Delete
  2. Saya pun minat gempak gak. Siap beli yang compilation lagi hehe. Follow sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh..ni memang peminat nombor 1 gempak la? hihi. Wawa datang singgah nanti ^^

      Delete