Thursday, September 4, 2014

GIVEAWAY: JUBAH DRESS CANTIK BY ARIESCAPE SHOPPE

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.

giveaway jubah dress cantik

KLIK BANNER UNTUK JOIN!


MENGAPA ANDA RASA LAYAK MENANG DRESS DARI ARIESCAPE SHOPPE? 

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Alhamdulillah dapat juga wawa luangkan masa untuk join giveaway dari Ariescape Shoppe ni. Maaf kalau sebelum ni ada blogger lain invite wawa join giveaway tapi wawa tak join. Bukan memilih, kebetulan bila wawa buka link giveaway tu dah terlepas tarikh. InsyaAllah lepas ni wawa akan alert.

Mengapa wawa layak menang dress sebab wawa nak pakai bila sambung belajar nanti atau kalau rasa tak sabar sangat nak pakai bila Raya Aidiladha nanti. InsyaAllah kalau ada rezeki menang dress dari Ariescape Shoppe. Kalau dulu wawa bukanlah seorang pengemar dress. Selalu pakai seluar je bila keluar sebab cepat dan senang. Tapi sejak kebelakangan ni rasa suka pula dengan dress, jubah, blouse labuh dan skirt. Dan wawa memang berniat untuk meninggalkan dunia seluar dan menggantikannya dengan baju labuh suatu hari nanti. Maklumlah usia wawa pun penghujung belasan tahun. Jadi kena nampak matang dan sopan. Jadikan contoh kepada adik. Sekarang nak kata dah ada 'banyak' koleksi tu memang tak ada banyak lah. Nak beli banyak-banyak memang tak cukup duit. Sebab wawa jenis yang tak suka mintak duit dengan mak ayah untuk beli sesuatu barang. Kalau boleh nak kumpul sendiri taknak bebankan orang lain. Dan Alhamdulillah rasanya bila hati semakin dekat dengan Maha Pencipta. Semoga wawa diberikan petunjuk untuk terus mendekatiNya.  


TAMAT : 30 SEPTEMBER 2014

P/S : Korang tau tak kedai online mana yang jual baju blouse yang tak jarang? 

3 comments:

  1. Hai , Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Selamat Meyambut Hari Kemerdekaan , jemput join & singgah yea . And Goodluck :)
    - http://inlove-wanda.blogspot.com/2014/08/mega-giveaway-anak-merdeka-malaysia.html(16/9)
    - http://inlove-wanda.blogspot.com/2014/08/giveaway-jubah-dress-cantik-by.html (30sept)

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan dari saya... terima kasih kerana menyertai Giveaway by Ariescape Shoppe. PM page untuk claim hadiah sagu hati ye... =)

    done follow your blog... =)

    ReplyDelete