Sunday, September 14, 2014

TUGASAN KEDUA CABARAN IPHONE 5S BY DENAIHATI.COM DAH KELUAR!

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali Muhammad.



Assalamualaikum w.b.t.



Mengenai cabaran iphone 5s yang pertama, Alhamdulillah team denaihati.com memilih wawa untuk ke pusingan yang seterusnya. Korang boleh baca entri wawa mengenai cabaran iphone 5s impian setiap blogger di  LINK INI. Bila dah terpilih dalam cabaran pertama, mesti tak sabar untuk pergi ke cabaran seterusnya kan? Jadi, hari ini wawa nak bagitahu dekat semua peserta yang tugasan kedua cabaran iphone 5s dah keluar hari ini. Sabar-sabar. Jangan menompat lagi tau! Sebelum tu, check dulu nama blog korang tersenarai atau tak dalam cabaran kedua. Kalau ada, Alhamdulillah dan tahniah!


(Sekiranya ada senarai peserta yang tertinggal, boleh PM pihak denaihati.com di SINI)

Tugasan kedua yang diberikan oleh team denaihati.com kali ini tidaklah susah mana. Yang penting korang kena ALERT selalulah. Untuk cabaran kali ini, para peserta perlu menjadi top 70 penulis komen untuk kiraan komen bertarikh 15.09.2014 sehingga 15.10.2014. Nampak agak susahkan? Untuk makluman korang, cabaran ini berjalan selama sebulan. Jadi, kalau buat ramalan ni, agaknya 100/300 jugak ni nak berjaya. Mudah-mudahan ada rezeki wawa. 
Untuk baca maklumat seterusnya boleh tekan SINI SINI SINI SINI. 

Tapi korang janganlah mengalah. Usaha dulu mana tahu ada rezeki kita. 


Walaupun iphone 6 sudah dilancarkan beberapa hari yang lalu, tapi keinginan hati ini lebih kuat untuk memiliki iphone 5s berbanding iphone 6. Bila dengar iphone 6 rasa tawar je hati. Mungkin akibat terkena penangan cabaran iphone 5s kot. Sekali dah jatuh cinta, tak pandang yang lain. (setia jugak wawa ni ye?)

Wawa harap semua para peserta jujur dalam persaingan ni. Menang dan kekalahan tu adat dalam pertandingan. Kalau kita jujur, insyaAllah kemenangan itu berpihak pada kita. Yang penting, usaha kita. Semoga kita semua berjaya bersaing secara sihat ye dalam Tugasan Kedua Cabaran Iphone 5s

Para penaja yang dihormati :

http://amariman.com (PENAJA UTAMA)

http://www.ombakcreatives.com
http://wowberita.org/
Japan Budget Trip

Dan Arwah Syuhada Baharudin (http://www.syuhada1981.com @ http://syuhadabaharudin.com) juga salah seorang penaja. Kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah. Semoga tajaan ini menjadi sedekah yang diterima oleh Allah SWT.


InsyaAllah, amin.




1 comment: